-->

EPL : Tottenham malukan Arsenal dalam Derby Utara London.

Tottenham malukan Arsenal dalam Derby London. Tottenham Hotspur berjaya memperolehi kemenangan 2-0 atas Arsenal pada perlawanan ke-11 Premier League 2020/2021 di Tottenham Hotspur Stadium. North London Derby atau Derby Utara London kali ini jadi milik pasukan tuan rumah.

Dua gol kemenangan Spurs datang dari gandingan penyerang mereka. Gol pertama dijaringkan oleh Son Heung-Min pada minit ke-13, kemudian Harry Kane menggandakan jaringan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Tottenham malukan Arsenal dalam Derby Utara London.


Hasil dari keputusan ini, Spurs kembali ke tempat pertama liga dengan 24 mata. Manakala Arsenal pula terjatuh ke tangga 15 dengan 15 mata.

Ulasan Separuh Masa Pertama.

Perlawanan bermula dengan tempo yang agak tinggi, Kedua-dua pasukan saling membalas serangan dan pada 10 minit pertama, perlawanan masih seimbang.

Ketika saling berbalas serangan, Harry Kane menghantar bola kepada Son di sebelah kiri dan ketika itu, pertahanan Arsenal telah bersedia untuk menghalang son. Namun penyerang sayap kiri itu membuat pintasan kedalam dan terus membuat percubaan dengan tendangan lencong dan akhirnya bola tersebut memasuki gawang arsenal. Tottenham 1- 0 Arsenal.

Pasukan Arsenal juga bermain agak baik, tapi mereka telalu bermain secara terbuka. Namun mereka ada masalah di bahagian serangan jadi mereka sukar untuk menembusi Lloris.

Kelemahan Arsenal itu dihukum spurs pada hujung babak pertama. Ia bermula dari serangan balas( counter attack) yang dilakukan Arsenal untuk menyerang kubu spurs. Namun sebaliknya, Spurs berjaya menghalang serangan balas tersebut dengan melakukan serangan balas balik ke gawang Arsenal.

Sehingga ketika itu, Arsenal hanya ada dua pertahanan di bahagian sendiri untuk menghalang 4 pemain spurs. Son membawa bola kedalam kotak penalti dan kemudian membuat kuisan bola kepada Kane dan akhirnya Kane menjaringkan gol! Tottenham 2 -0 Arsenal.

Ulasan Separuh masa kedua.

Separuh masa kedua bersambung. Nama tempo perlawanan agak perlahan bagi pasukan Tottenham. Manakala Arsenal meneruskan serangan mereka bagi memburu gol penyamaan. 

Possesion ball atau penguasaan bola ketika itu adalah Arsenal 64% dan totteham hanya 36%. Walaupun menguasai bola, Arsenal hanya mampu melakukan percubaan tepat hanya sekali.

Pada minit ke 60, Tottenham kembali bermain seperti biasa. Mereka bermula dengan bertahan dan memancing Arsenal untuk keluar dari kawasan mereka. Tujuannya adalah untuk melakukan serangan balas.

Arsenal membuat pertukaran dengan mengeluarkan Bellerin dan ditukarkan dengan Nketiah pada minit ke 75. Selepas itu, tempo serangan Arsenal makin meningkat.

Pada 10 minit terakhir, Arsenal terus mencuba namun pertahanan spurs berjaya mengekang kemaraan pasukan Arsenal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan Akhir, Tottenham 2-0 Arsenal.

Formasi dan Susunan Pemain Tottenham dan Arsenal.

Tottenham Hotspur (4-2-3-1): Hugo Lloris; Serge Aurier, Toby Alderweireld, Eric Dier, Sergio Reguilon; Moussa Sissoko, Pierre-Emile Hojbjerg; Son Heung-min (88' Lucas Moura), Giovani Lo Celso (72' Ben Davies), Steven Bergwijn (90' Joe Rodon); Harry Kane.


Arsenal (3-4-3): Bernd Leno; Rob Holding, Gabriel Magalhaes, Kieran Tierney; Hector Bellerin (75' Edward Nketiah), Thomas Partey (45' Daniel Ceballos), Granit Xhaka, Bukayo Saka; Willian, Alexandre Lacazette, Pierre-Emerick Aubameyang


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama