-->

EPL : Manchester City diikat West Brom!

EPL : Manchester City diikat West Brom! Selain perlawanan melibatkan pasukan Chelsea dan Wolves, awal pagi tadi juga menyaksikan Manchester City menerima kunjungan West Bromwich Albion di Stadium Etihad. Keputusan akhir perlawanan, kedua-dua pasukan terikat jaringan satu sama. 


EPL : Manchester City diikat West Brom!


Pasukan Manchester City bermula garang apabila mereka mula menjaringkan gol se awal minit ke 30 perlawanan hasil jaringan dari Ilkay Gundogan. Dia mendapat umpanan dari Rahim Sterling dan menjaringkan gol melalui kaki kanannya.

Pada minit ke 43, West brom berjaya menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan selepas Ruben Dias melakukan gol sendiri. Kedudukan kekal sehingga tamat babak kedua. 1-1!

Manchester City kini berada di kedudukan keenam liga dengan 20 mata, manakala West brom berada di tempat ke 19 dengan 7 mata. 

Perlawanan lain akan berlangsung pada awal pagi esok waktu Malaysia.

Jadual Perlawanan EPL Awal Pagi Esok !

Arsenal vs Southampton (2 am)

Leicester City vs Everton ( 2 am)

Leeds United vs Newcastle (2 am)

Fulham vs Brighton (4 am)

Liverpool vs Tottenham (4am)

West Ham vs Crystal Palace (4 am)

**waktu Malaysia

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama