-->

Benzema Bawa Real Madrid ke Pusingan 16 Pasukan Champion League!

Benzema Bawa Real Madrid ke Pusingan 16 Pasukan Champion League! Kehebatan penyerang Real Madrid, Karim Benzema, sentiasa menjadi persoalan para penyokong. Namun, malam tadi Benzema menjadi hero yang membawa pasukannya ke pusingan 16 pasukan Champion League. Benzema menjadi penyelamat Real Madrid dalam kejohanan musim ini.

Benzema Bawa Real Madrid ke Pusingan 16 Pasukan Champion League!



Real madrid hanya memerluan 9 minit untuk membuka jaringan mereka dengan Benzema menanduk masuk bola umpanan Lucas Vazquez dari arah kanan padang. Pada minit ke 31, Benzema sekali lagi menjadi tumpuan apabila menendang masuk gol selepas mendapat umpanan dari Rodrygo! 2-0!.


Modric pula berjaya menjaringkan gol pada minit akhir separuh masa pertama, namun gol tersebut dibatalkan kerana dia berada di kedudukan offside. 


Di separuh masa kedua pula, Real terus menekan Borussia Monchengladbach, tapi tiada gol dihasilkan pada babak kedua dan keputusan akhir perlawanan adalah Real Madrid 2 - O Borussia Monchengladbach.


Senarai Kesebelasan utama dalam perlawanan ini.

Real Madrid (4-3-3): Thibaut Courtois (Penjaga Gol); Lucas Vazquez, Raphael Varane, Sergio Ramos, Ferland Mendy (pertahanan); Luka Modric, Casemiro, Toni Kroos (tengah); Rodrygo, Vinicius Junior, Karim Benzema (penyerang)

Pelatih: Zinedine Zidane


Borussia Monchengladbach (4-2-3-1): Yann Sommer (penjaga gol); Stefan Lainer, Matthias Ginter, Nico Elvedi, Ozcar Wendt (pertahanan); Christoph Kramer, Florian Neuhaus, Alassane Plea, Lars Stindl, Marcus Thuram (tengah); Breel Embolo (penyerang)

Pelatih: Marco Rose

Untuk Kumpulan B, Real dan Monchengladbach layak ke pusing kalah mati.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama