-->

Luqman Hakim Sah Milik Kelab Liga Belgium, KVK Kortrijk.

Luqman Hakim Sah Milik Kelab Liga Belgium, KVK Kortrijk. Sebentar tadi, telah diumumkan bahawa pemain bawah 17 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin yang mencipta nama dalam saingan AFF baru-baru ini menjadi milik KVK Kortrijk.

Untuk pengetahuan anda, Kelab KVK Kortrijk merupakan kelab yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan yang merupakan jutawan dari Malaysia. Mereka berada di tangga ke 11 liga belgium.

Luqman Hakim Sah Milik Kelab Liga Belgium, KVK Kortrijk.



Kedudukan ini menyaksikan mereka berada di atas kumpulan Anderlect yang diuruskan oleh Vincent Company yang merupakan lagenda Manchester City.

Luqman akan menyertai kelab tersebut pada tahun depan selepas memasuki usia 18 tahun pada Mac 2020 nanti. Sementara menunggu dia sampai ke usia tersebut, Luqman akan berlatih bersama Academy Cardiff City bermula Januari 2020 sehingga Mac 2020.

Tahniah kepada Luqman, Teruskan usaha anda di sana dan timba sebanyak mungkin pengalaman bermain di sana. Anda masih muda dan bakat anda ditagih untuk skuad kebangsaan di masa hadapan.

Tahniah sekali lagi.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama