-->

Rasmi: Sanchez sertai Inter Milan dari Manchester United

Sanchez sertai Inter Milan dari Manchester United. Sejak mula ditandatangani dari Arsenal, pemain Alexis Sanchez menjadi mimpi ngeri buat penyokong-penyokong Manchester United. Datang dengan reputasi sebagai pemain terbaik liga diharap dapat membantu pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi merudum sejak pemergian Sir Alex Ferguson.

Namun, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Sanchez gagal memberi impak kepada pasukan. Akhirnya pada musim ini beliau memilih untuk berpindah ke Inter Milan dan akan bermain dalam liga Itali.

Sanchez sertai Inter Milan dari Manchester United


Menurut laporan, Perpindahan Sanchez ini adalah sebagai pemain pinjaman sahaja dan tiada perjanjian untuk tanda tangan secara tetap. Mungkin ini jalan terbaik untuk sanchez mendapat kembali bisanya bagi membantu united untuk musim depan.

Apa-apun terima kasih Sanchez, Jasa anda dikenang.
Selamat maju jaya!

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama