-->

RASMI! JDT Juara Liga Super 2018/2019 [Kali ke 6 Berturut-turut]

RASMI! JDT Juara Liga Super 2018/2019. Semalam telah dinobatkan siapakah juara liga super musim ini dan sudah pasti ramai yang dah tahu pasukan manakah yang menjadi juara. Pasukan JDT telah dinobatkan sebagai juara musim ini dengan berbaki 4 perlawanan liga lagi.

Tahniah diucapkan buat pasukan JDT untuk kejuaraan keenam berturut-turut liga super. Satu sejarah baru dan rekod baru dicipta oleh pasukan dari selatan tanah air ini.


JDT Juara Liga Super 2018/2019

Berdasarkan jarak mata dengan pasukan tempat kedua yang agak jauh dan mereka juga mustahil mengejar JDT jika menang baki perlawanan yang ada.

JDT berada di tangga pertama dengan 46 mata, manakala Pahang di tangga kedua dengan 30 mata. Konsistensi JDT sepanjang musim memang sukar digugat oleh mana-mana pasukan. Mereka juga tidak pernah tewas setakat ini dalam saingan liga.

Pasukan lain pula masih terumbang ambing. ada yang awalnya sempurna, tetapi terkandas di hujung saingan.

Banyak lagi persedian yang perlu dilakukan oleh pasukan-pasukan liga super bagi mencabar kejuaraan ketujuh liga pada musim hadapan.

Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat buat para pemain untuk musim yang akan datang.

Tapi ingat tau ! ada 4 perlawanan liga laggi perlu dihabiskan. Banyak masa lagi untuk perbaiki kedudukan pasukan-pasukan lain dalam liga.










Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama