-->

JDT Juara Liga Super Malaysia 2017

JDT Juara Liga Super Malaysia 2017. Baki 3 perlawanan bola sepak untuk liga super malaysia 2017, pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya mengesahkan kejuaraan mereka buat kali keempat berturut-turut dalam saingan liga 2017.


JDT Juara Liga Super Malaysia 2017
JDT Juara Liga Super Malaysia 2017


Kehebatan pasukan ini memang tak di nafikan lagi apabila berjaya di nobatkan sebagai juara ketika saingan masih belum tamat.

Tahun 2017 banyak menguji pasukan JDT. Awal musim yang agak suram dengan jaringan gol dan lebih meriah dengan bolos yang banyak ,akhirnya membuatkan TMJ menukar jurulatih mereka dari Benjamin Mora kepada Ulisses Morais.

Selepas pertukaran ini, akhirnya berjaya memberi kemenangan demi kemenangan di pusingan kedua liga.

Untuk pengetahun anda, pasukan JDT merupakan pasukan pertama dalam liga super yang berjaya mengesahkan tempat ke saingan AFC buat kali keempat berturut-turut.

satu pencapaian yang harus di puji kerana mereka berjaya meletakkan pasukan mereka di atas standard mereka.

Tahniah JDT !

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama