Live Streaming Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026 (RTM Klik & Astro Sooka)
Live Streaming Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026 (RTM Klik & Astro Sooka)
Mahu menyaksikan libasan gila dan servis kuda daripada skuad takraw negara secara online? Kejohanan TM ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2026 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa bermula 16 Mei hingga 23 Mei 2026 ini boleh ditonton secara digital di mana sahaja anda berada.
Bagi peminat tegar sukan takraw yang tidak dapat hadir ke stadium, berikut adalah senarai pautan (link) rasmi siaran langsung dan live streaming secara percuma mahupun berbayar untuk rujukan anda.
Saluran Siaran Langsung Televisyen & Aplikasi Digital
Anda boleh menonton paparan berkualiti tinggi (HD) menerusi penyedia penyiar rasmi yang membawakan aksi secara real-time sepanjang kejohanan:
- Astro Arena & Astro Arena 2: Boleh ditonton menerusi Saluran CH 801 & CH 802.
- Astro GO & Sooka: Aplikasi penstriman rasmi bagi pengguna telefon pintar dan tablet.
- RTM TV Okey: Pilihan percuma terbaik menerusi aplikasi atau laman web rasmi RTM Klik Live Okey.
Pautan Live Streaming Media Sosial (Alternatif Terbaik)
Jika anda menghadapi masalah akses pada aplikasi utama, beberapa platform media sosial rasmi turut menyiarkan skor masa nyata (live score) serta penstriman langsung bagi memudahkan peminat global:
- Facebook PSM: Laman rasmi Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
- YouTube WeAreSepaktakraw: Saluran rasmi WeAreSepaktakraw untuk aksi video penuh.
- Facebook ISTAF: Laman rasmi Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Sepaktakraw World Cup).
- Facebook BolaRotan: Laman komuniti takraw popular BolaRotan TV.
Cara Dapatkan Keputusan Keputusan Terkini (Live Score)
Selain menonton video siaran langsung, anda juga boleh menyemak kemaskini jadual harian, keputusan perlawanan, dan kedudukan mata semasa pasukan kegemaran anda secara pantas.
🔗 SEMAK JADUAL: Untuk melihat waktu perlawanan terkini skuad negara hari ini, sila semak di Jadual Penuh Perlawanan Team Malaysia Piala Dunia Takraw.
FAQ: Soalan Lazim Siaran Langsung Takraw 2026
1. Adakah siaran di RTM Klik percuma?
Ya, siaran menerusi TV Okey di RTM Klik boleh ditonton secara percuma oleh semua rakyat Malaysia.
2. Di manakah lokasi kejohanan berlangsung?
Semua aksi panas ini diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur yang dikenali sebagai "Home of Sepaktakraw".
3. Berapa banyakkah negara yang bertanding?
Sebanyak 14 buah negara elit dunia akan berentap dalam kategori Premier bagi merebut gelaran juara dunia.
Pastikan talian internet anda stabil sebelum perlawanan bermula bagi menikmati aksi mendebarkan daripada 14 buah negara elit dunia yang berentap di Kuala Lumpur kali ini! Ayuh berikan sokongan padu kepada Skuad Takraw Malaysia!
