Fokus Bola

Mei 12, 2026 | Editor FokusBola

Live Streaming Buriram United vs JDT: Semi Final 2 ACC Shopee Cup 2025/26 (Siaran Langsung)

Malam yang penuh debaran buat peminat bola sepak Malaysia! Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal berhadapan dengan ujian paling getir dalam kempen ACC Shopee Cup 2025/26 apabila bertandang ke "kubu kuat" Thailand, Buriram United untuk aksi Semi Final 2.


Live Streaming Buriram United vs JDT: Semi Final 2 ACC Shopee Cup 2025/26 (Siaran Langsung)


Pertembungan di Chang Arena ini dianggap sebagai 'El Clasico' Asia Tenggara kerana kedua-dua pasukan merupakan kelab paling dominan di rantau ini. Bagi peminat Harimau Selatan yang ingin menyaksikan aksi ini, admin kongsikan info lengkap Live Streaming Buriram United vs JDT serta butiran perlawanan.

Tonton Juga : Nam Dinh vs Selangor Live

Kategori Butiran Perlawanan
PerlawananBuriram United (THA) vs JDT (MAS)
PeringkatSemi Final 2 (Shopee Cup 2025/26)
Tarikh13 Mei 2026 (Rabu)
Waktu Kick-off8:00 PM (Waktu Malaysia)
StadiumChang Arena, Buriram (Thunder Castle)

Link Live Streaming Buriram United vs JDT

Korang boleh saksikan siaran langsung perlawanan ini menerusi beberapa platform rasmi yang telah ditetapkan:

  • Astro Arena / Astro GO (Saluran 801/802): Liputan menyeluruh dengan ulasan pakar tempatan.
  • RTM Klik: Kebiasaannya menyiarkan perlawanan melibatkan wakil negara.
  • Aplikasi Shopee & YouTube Shopee Cup: Siaran langsung rasmi untuk pasaran antarabangsa.
  • Sooka: Strim secara HD tanpa kontrak terus ke peranti korang.
  • Live Telegram di sini : Buriram vs jdt live.

Analisis: Misi Takluk 'Thunder Castle'

JDT hadir ke Buriram dengan reputasi besar, namun beraksi di Chang Arena bukanlah tugas mudah. Buriram United dikenali dengan penyokong yang fanatik dan taktikal serangan pantas. Walau bagaimanapun, barisan pemain bertaraf dunia milik Harimau Selatan pastinya sudah bersedia untuk memberikan tentangan sengit demi memburu slot ke perlawanan akhir.

Kunci perlawanan malam ini pastinya terletak pada disiplin barisan pertahanan JDT dalam mengekang asakan penyerang import Buriram, selain ketajaman penyelesaian akhir di bahagian serangan.

INFO MENARIK: Lepas layan bola, jom layan drama terbaru lakonan Tracie Sinidol yang tengah trending: Sinopsis Dendam Seorang Mentua (50 Episod)

Adakah JDT mampu membawa pulang keputusan positif ke Iskandar Puteri? Sama-sama kita nantikan keputusannya malam ini. Luaskan Kuasamu Johor!

#JDT #BuriramUnited #ShopeeCup #HarimauSelatan #FootballMalaysia #ASEANClubChampionship