Fokus Bola

Mei 17, 2026 | Editor FokusBola

"Kami Masih Cari Rentak" - Farhan Adam Dedah Punca Tukar Tekong Masa Lawan Jepun

Apit kiri negara, Farhan Adam, mengakui bahawa skuad regu Malaysia masih dalam proses mencari rentak permainan sebenar meskipun berjaya membuka kempen Piala Dunia Sepak Takraw dengan kemenangan 2-0 ke atas Jepun semalam.

Farhan yang bertindak sebagai ketua pasukan menjelaskan bahawa aksi pertama di pentas antarabangsa bagi tahun ini memberikan cabaran tersendiri buat para pemain, terutama dalam menyesuaikan diri dengan suasana perlawanan sebenar di Stadium Titiwangsa.


"Kami Masih Cari Rentak" - Farhan Adam Dedah Punca Tukar Tekong Masa Lawan Jepun




"Seperti semua tahu, ini (menentang Jepun) adalah perlawanan pertama kami di peringkat antarabangsa tahun ini. Kami tak dapat nak uji tahap permainan bila duduk bersama dalam skuad kebangsaan. Jadi sekarang masih dalam proses mencari rentak dan suasana permainan," katanya.

Strategi Pertukaran Tekong

Mengulas mengenai pertukaran tekong antara Syahir Rosdi dan Haziq Hairul Nizam di awal permainan, Farhan menegaskan ia adalah sebahagian daripada strategi pasukan untuk memastikan semua pemain mendapat keselesaan dan sedia menghadapi cabaran lebih sukar.

Beliau menjangkakan persembahan skuad negara akan terus meningkat menjelang aksi terakhir peringkat Kumpulan A menentang Singapura esok.

Fokus Lawan Singapura

Kemenangan semalam seakan mengesahkan kedudukan 'Trio Emas' negara ke suku akhir, namun perlawanan menentang skuad Seberang Tambak esok amat penting bagi menentukan gelaran juara kumpulan.

"Untuk regu kami fokus lawan Singapura dulu. Permainan memang perlu ditingkatkan lagi dari segala aspek supaya kami nampak lebih bersedia untuk perlawanan berikutnya," tambah beliau lagi.

Info Perlawanan Seterusnya:

  • Perlawanan: Malaysia vs Singapura
  • Kejohanan: Piala Dunia Sepak Takraw 2026
  • Lokasi: Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur