JDT Terkandas di Thailand! Buriram United Sah Cabar Selangor FC di Final ACC
Impian peminat bola sepak tanah air untuk melihat pertembungan 'All-Malaysian Final' tidak kesampaian apabila Johor Darul Ta'zim (JDT) terkandas di peringkat separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2025/26 malam tadi.
Meskipun berjaya menewaskan Buriram United 2-1 di Arena Chang, keputusan tersebut tidak mencukupi buat Harimau Selatan yang terpaksa akur tewas menerusi agregat 3-4 di tangan gergasi Thailand tersebut.
baca juga : Selangor mudah kalahkan Nam Dinh,Luncur ke Final ACC 2026.
JDT Hampir Cipta Kebangkitan Luar Biasa
JDT memulakan perlawanan dengan penuh garang bagi memadam kelebihan dua gol Buriram. Selepas beberapa percubaan Bergson da Silva dinafikan oleh penjaga gol berpengalaman, Neil Etheridge, pelawat akhirnya mendapat talian hayat menerusi sepakan penalti di penghujung babak pertama.
Penalti yang dihadiahkan selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) itu disempurnakan dengan tenang oleh Bergson pada minit ke-45, sekali gus merapatkan agregat kepada 2-3 sebelum tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, JDT terus menggandakan asakan dan hasilnya Marcos Guilherme berjaya meledak gol kedua pada minit ke-61 untuk mengikat kedudukan agregat 3-3, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Kingsley Schindler Jadi Wira Buriram United
Ketika JDT sedang memburu gol kemenangan, pemain tengah Kingsley Schindler muncul sebagai pemusnah impian Harimau Selatan menerusi rembatan deras pada minit ke-97 yang gagal diselamatkan oleh Syihan Hazmi.
Walaupun Buriram United terpaksa beraksi dengan 9 pemain selepas Guilherme Bissoli (minit ke-101) dan Goran Causic (minit ke-114) diperintah keluar padang, benteng pertahanan tuan rumah tetap kental bertahan sehingga wisel penamat.
Selangor FC Menanti Buriram United di Final ACC
Keputusan ini menyaksikan Buriram United akan berdepan dengan Selangor FC di pentas final untuk mempertahankan kejuaraan mereka. Selangor lebih awal mengesahkan slot selepas membenam wakil Vietnam, Nam Dinh FC.
| Pasukan Finalist | Kejohanan |
|---|---|
| Selangor FC (Malaysia) | Final ACC 2025/26 |
| Buriram United (Thailand) |
Adakah Gergasi Merah mampu menumbangkan Buriram United untuk menjulang trofi sulung musim ini? Terus ikuti ulasan dan analisis mendalam mengenai Final ACC hanya di fokusbola.com.
