Tahun Baru 2026, Impian aku sebagai Peminat bola Sepak Malaysia!

 Hai korang !! lama tak bersua kan.. kali ni aku nak cakap selamat tahun baru !! memang ramai dah wish dekat korang kan.. tapi aku nak wish juga dekat korang lah ya.. ni kira macam permulaan tahun baru untuk kita semua ya. Untuk tahun ni ada banyak impian aku naklihat dalam arena bola sepak tempatan.. memang ramai ada impian besar kali ni..


Bukan nak capat yang terbesar pun sebab kita tahu yang tahun 2026 ni bakal jadi sejarah baru bola sepak Malaysia, ada yang meramalkan ia bakal menjadi tahun suram untuk bola sepak Malaysia selepas kena denda berat daripada FIFA.. tapi aku tetap positif dalam mengharapkan hukuman itu akan diringankan dan dapat meneruskan rentak pasukan kebangsaan kita dengan baik.


Sekarang ni dah rasmi tolak mata jadi kita tak tahu keputusan CAS nanti macam mana.. tapi ikut pembacaan aku memang sukar untuk menang. Ditambah pula dengan sikap tak meyakinkan FAM dalam urusan rayuan ni membuatkan aku tidak letak harapan tinggi. Cuma harapnya FIFA tak ban FAM lah ya.. sebab itu akan melibatkan liga kita juga..


Tahun Baru 2026, Impian aku sebagai Peminat bola Sepak Malaysia!



Bosan weh kalau tak ada liga super.. walaupun dah memang sendu kan tapi itulah kalau tak da langsung tak kan nak layan EPL jer kan.. hahaha.. 


Selain dari urusan FIFA, ni mungkin aku nak fokus kepada futsal kot.. sebab tahun ni dijangka akan ada perubahan minat besar-besar kepada Futsal yang dilihat mampu memberi nafas baru bagi sukan tu.. taklah semua fokus dekat bola jer kan.. sekali sekala tu dapat lah tengok futsal yang lebih best dan menarik untuk di saksikan.. betul tak?


Harapan kalau menang CAS? ehh banyak pula soalan korang tuu.. kalau menang CAS, liga kita akan terus berlangsung dan skuad kebangsaan rasanya akan terus di hukum tolak mata dan tak layak ke Piala Asia.. jadi kemungkinan point-point hanya dapat melalui perlawanan persahabatan antarabangsa sahaja.. kita fokus lebih ke liga super sahaja tau.


Bola ni kita tak leh nak rancang apa-apa lagi selagi tak dapat keputusan CAS kita tu.. sabar jerlah kan.. darisegi komitmen pemain pula aku harap isu gaji pemain dapat diselesaikan dsecepat mungkin dan ramai pasti bersetuju dengan aku yang isu gaji harus dihilangkan dalam kancah bola sepak tempatan. kalau tidak ia akan menjadi lebih sukar berhadapan dengan FIFA.


Korang tengok jer lah.. kes FIFA dengan pasukan Malaysia dalam isu gaji pun semakin banyak.. itu masalah besar kita di Malaysia ni.. peminat-peminat pun cemuuiiihh laah nak layan isu ni.. sampai dah bosan dah.. malas pun ada.. team nak perform terbaik tetapi gaji tak bayar.. macam macam tu? ada team tu gaji bayar penuhh, tapi maih hauukk.. adehhs..


Aku tak yah sebut team mana sebab korang dah tahu kan.. haha, jadi isu penting seperti isu gaji kena selesaikan dan teruskan dengan perkara kebajikan yang lain.. selepas itu kita nak fokus kepada fasiliti pasukan-pasukan kelab liga super kita.


Sekarang ni kita dah nampak kesedaran besar pasukan liga super dalam memperbaiki fasiliti yang mereka ada.. yer kita tahu yang ada pasukan masih menyewa stadium-stadium untuk menjadi HOME mereka tetapi ada yang mendapat hak mutlak untuk stadium tersebut.. jadi sudah ada beberapa pasukan yang menggunakan peluang yang ada untuk memperbaiki padang mereka.


Terutamanya dari sudut jenis rumput yang di pakai.. Ada yang tambah saliran air yang lebih baik kalau tidak jadi kolam ikan lah bila hujan kann.. semua ni memerlukan masa yang lama dan perlu praktikal yang lebih baik.. tapi korang sedar tak yang ada pasukan lain yang buat tak tahu jer dengan benda ni?? ada yang masih guna fasiliti lama lagi dan ada yang tak ambil kisah pun walaupun dah viral gila..


Kebanyakkan pasukan ni memang fokus kepada gaji pemain sebab kalau mereka teruskan dengan penambahbaikan ini akan membuatkan pasukan diorang tak stabil tau.. sebab tulah mereka tutup mata bila kita minta untuk fokus kepada fasiliti yang akhirnya membuatkan mereka bermain dalam keadaan kekurangan.. jadi misi kita tahun ini membantu mereka memperbaiki fasiliti mereka.


Nak mula dekat padang tetapi liga sedang berlangsung, cadngan aku adalah boleh kot kita fokus dekat tempat duduk penonton, catlah stadium tu bagi nampak baru sikit.. ni dah macam rumah hantu dah aku tengok kan.. berkulat sini sana bagai.. hahaha inilah yang kita risaukan termasuklah keselamatan para pemain dan penonton yang menggunakan fasiliti tersebut.


Ermm apa lagi yang impian kita nak untuk bola sepak Malaysia ya? aku pun tak tahu nak cakap apa.. sebab memang banyak impian tapi semuanya terbantu sebab ada isu dengan FIFA, buat masa sekarang ni kita fokus kepada liga sahaja dahulu dan tunggu keputusan CAS dan seterusnya.. rasanya dah hampir selesai tu dia punya keputusan kan..


Korang pula apa impian korang terhadap bola sepak kita. mungkin korang harap JDT kena tolak mata kerr.. eehhh kuat pula soalan korang ni.. hahaha atau koranga da impian nak tengok lebih banyak pemain muda di serap masuk kedalam skuad utama dan sudah pasti aku pun nak tengok ramai pemain negara di barisi pemain muda kan..


Harapan besar tu, kita harap dapat direalissaikan dengan baik oleh pihak pengurusan.. kita juga harap di peringkat kelab juga kena ada pemain muda main skuad utama macam pasukan selangor buat musim lepas.. sangat baik dan patut dijadikan contoh kepada pasukan-pasukan lain dalam liga super. fuhh banyak lagi nak sembang ni, tapi tak pa lah..


Korang komen tau impian korang dekat bawah ni sebab nanti aku nak buat part 2 pula kan.. senang weh sebab baru aku boleh kongsikan komen korang dalam entri seterusnya.. semoga kita dapat melihat yang terbaik untuk skuad bola sepak negara dari peringkat bawah sampailah ke peringkat senior. semoga impian kita berjaya.


Oh YA!! komenlah dekat bawah ya.. terima kasih kerana sudi baca entri aku ni ya.. membebel panjang sempernah tahun baru pula.. hehe nantikan entri kau seterusnya sebab ada yang tunggu nak publish jer ni.. hehe alamak terkantoi pulakkk..  tulahh makin lama ni makin banyak pula nak cerita dengan korang tapi takpa lah kita jumpa lagi nanti.. huhuhu bye bye !!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama