Stadium Kosong: Salah Harga Tiket Ke Atau Kualiti Game Yang Buat Fans Malas Turun Stadium?

 Hello guys !! apa khabar semua? sihat lah kott.. haha aku macam biasa sihat.. weh ! aku ada benda nak cerita dengan korang.. Hari ni kan aku bangung pagi ,lepas minum kopi O Panas dekat kedaaii.. lepas tu aku terintas satu benda dekat kepala aku.. fuhh macam detective conan pula kan..haha tapi aku hensem lagi laah.. haha


Apa yang aku terfikir sebenarnya adalah mengenai suasana di stadium sekarang ni.. korang perasan tak sejak kebelakangan ini stadium kita dah nampak macam rumah hantu.. yer lahh rumah ada, tapi penghuni pun tak da.. adeehh.. seram weh.. sunyi sepi weh !!kalau dulu kena beperang dan berebut sebab nak dapatkan tiket perlawnaan kann..


Dulu punya sussahh, kena beratur panjang dekat kaunter,, kalau beli sebelum match nak mula memang tak dapat lahh.. tengokk bumbung stadium jerr lahh.. tapi sekarang ni, apsal banyak sangat kerusi kosong? kenapa weh?? orang dah tak minat nak tengok game bola ka? atau liga dah semakin boring? atau tiket masuk staadium makin mahal?


Stadium Kosong: Salah Harga Tiket Ke Atau Kualiti Game Yang Buat Fans Malas Turun Stadium?



atau sebab gameplay team kesayangan korang tengah jatuh teruk dan membuatkan korang fikir yang malaslah nak bazikan duit minyak pergi stadium.. lebih baik tengok dekat rumah sebab keputusan dah tentu-tentu kalah kaan.. jadi baik santai-santai jer dirumah dan tak tengok pun dekat stadium dah selagi vibe paukan nak menang tu tak ada....


Aku rasa korang mesti point yang terakhir tu kaan.. macam aku lah kalah asyik kalah jerr buat apa buang masa pergi stadium kann.. selalunya dekat malaysia ni fans memang akan fikir macam ni, bila team onform, aku turun tengok kalau tak mesti layan dekat tv jer kaan.. bukan sebab harga tiket mahal sangat pun tapi lebih kepada nak jaga emosi sendiri kan..


Ada tau yang bagi alasan dekat aku yang harga tiket sekarang makin mahal.. aiihh biar betul?? aku faham yang sekarang ni zaman harga barang sentiasa naikk kan.. jadi tak kanlah harga tiket pun nak naik memanjangkan.. aku pun faham yang pasukan kita juga perlukan duit dari hasil jualan tiket untuk tampung kos-kos penting..


Yerlah kitaa ni penyokong tak nampak pun pasukan nak kena tanggung bil elektrik, bayar security lagi dan yang paling penting sewa stadium.. tu bukan murah tau..tapi yerlah tak kanlah fans nak fikir semua tu kan.. kalau tak dapat duit tiket, pengurusan perlu cari jalan lain untuk dapatkan duit kaan.. habis tu ambil gaji buat apa kaan.. hahaha.


Sebab itulah pengurusan pasukan ni bukan tunggu duit jerr.. adoiii kena cari sendiri dana untuk pastikan pasukan tak bergantung pada satu sumber sahaja tau.. kalau tiket dah sampai RM 50 ke RM 100 siapa lah yang nak datang stadium kan.. korang rasa fans yang gaji sikit yang majoriti penyokong pasukan nak datang ker?? lebih baik beli makanan untuk keluargakaan..


Yee dekat Malaysia ni tak sampai lagi lah tiket RM 50 sekali masuk kan.. masih dalam lingkungan RM 25 KE 5O kan.. kurang sikit tapi tetap orang tak turun stadium.. pelik kan.. JDT punya stadium baru tu puun tak penuh bila game-game diorang main HOME kaan.. padahal pasukan dah no 1 dalam liga tu.. tapi still tak penuh.. manalah silapnya kan..


Aku sendiri nampak yang kualiti permainan menentukan kehadiran penonton ke stadium.. Menang kalah tu normal lah kan tapi biarlah nampak ada saingan sikit kaan.. ni tak dari awal dah gol banyak.. tu bukan pergi berjuang namanyaa.. tu namanya makan angin.. haa geram aku tengok team sendiri asyik kalah ja home dan away.. fuh menyirap weh !!


Macam manalah fans nak keluarkan duit yang banyak untuk turun stadium yang jauh daripada rumah diorang tu..  kalau aku pun tak nak sebab apa? pemain dapat gaji, aku dapat apa ? sakit hati ? sakit jantung tengok game teruk nak mamposs ... haaa jadi itulah antara sebab kenapa ramai tak mau turun stadium dan penuhkan seat tempat duduk di stadium kita.


Korang tahu tak ya? fans ni berusaha betul-betul ada yang sanggup diet sebab nak beli tiket nak tengok game pasukan kesayangan diorang main.. tapi pemain pula tunjuk perangai halai balai main.. suam-suam kuku ja main.. malass.. macam mana fans tak rasa di khianati kaan.. fikirlah balik ya.. game hambar nak mati.. pemain main macam tak dapat gaji..


lepas tu asyik buat silap mistake mudah yang sama setiap minggu.. fans kelab manchester united pun bleh menyirap tengok perangai peman dan pasukan macam tu.. aduss.. korang tu gaji besar lebih besar dari peminat tapi peminat yang berkorban lebih berbanding korang tau.. duit tiket, minyak dan lepas tu kau buat halai balai.. ermm malas lah aku nak marah-marah.. sendiri mau ingat lah..


Korang ingat tak zaman 90 an dulu, bila kau tengok game memang kena pergi stadium atau tunggu depan tv yang ada dalam almari tu.. haha teringat pula pengamana aku dengan arwah abah aku tengok tv dalam almari tu... hahaha tapi sekarang ni media sosial adalah segala-galanya.. semua ada di youtube jerr dan google pun semua info dia dah sediakan untuk kita.


Tak perlu tengok dekat papan kenyataan stadium untuk tengok siapa main siapa kena bench bagi kaan.. jadi kalau stadium pun sudah tak dikunjungi untuk beri pengalaman unik untuk peminat, lebih baik fans tengok depan tv jer.. tak pun duduk dalam kereta sambil layan game dekat phone jer.. sejuk aircond kereta lagi selesa dari panas stadium kaan..


Jadi aku memang haraaapp sangat yang pasukan - pasukan liga super kita ni kena faham yang zaman sudah berubah. mahu tak mahu kena jadikan stadium sebagai tempat best dan wajib hadir bukan sekadar untuk tengok game ja.. buatlah banyak program kerr lepas tu kemudahan asas sebagai contoh tandas apa tu semua kenalah diselenggara dengan baik..


Jaga elok-elok untuk fans datang dan nak datang lagi selepas ini. Kalau tandas pun macam 'tongkang pecah', fans perempuan terutamanya memang akan pangkah stadium tu terus! harap pengurusan kita ambil tindakan cepat, jangan tunggu stadium dah penuh baru nak renovasi bagai kaan.. nanti vibe tu hilang lagi susah kann..


Yang penting, matlamat kita adalah nak naikkan kembali suasana stadium macam dolo dolo tau.. sebenarnya stadium kosong tu bukan sebab satu faktor jer, adan banyak faktor yang ramai tak sedar dan buat tak tahu jer pasal benda tu.. jadi sama-sama lah kita berubah demi memeriahkan lagi liga super kita yang semakin suram tu..


Buatlah event-event di luar stadium setiap bulan agar hati peminat tu masih kenal ohh ini stadium kita bukan sekadar rumah hantu yang kosong sepi tanpa pengunjung.. jadi apa pendapat korang mengenai etri aku ni.. penat weeeh cakap sorang-sorang.. hahaha korang yang ada pendapat tu boleh komen dekat bawah ya.. nanti aku baca tau.


Korang rasa harga tiket sekarang ni dah okey ke atau memang mahal sangat atau Ke korang rasa kualiti permainan yang buat korang malas nak turun stadium? .. fuhh panas-panas lah isu nii.. haha Cerita lah sikit pengalaman korang kat ruangan komen. Aku nak tahu jugak apa yang korang rasa dan pengalaman korang kaan.. Mana tahu ada penganjur yang baca blog aku ni kan? Hehe.


Baru lah diorang buat kerja diorang tukann.. haha cepat komen banyak-banyak tau.. terima kasih sebab baca entri aku sampai entri ni.. jangan pergi mana-mana sebab aku ada entri baru akan keluar kejap lagi.. jadi tunggu tau !!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama