Hello guys !! selamat datang kembali ke blog aku.. haha hari ni kita nak sembang sikit pasal bola lah kan sebab ni pun blog bola.. ade korang tanya aku macam tu.. haha. tapi kali ni tak nak serius-serius sebab hari cuti kan, jadi kita rilek-rilek jer dan santai-santai je ya. sebagai peminat bola sepak Malaysia, aku dah alami banyak perkara bersama dengan skuad kebangsaan dan juga kelab.
Bermula dari zaman Fam kena sound dengan Ultras Malaysa kaw kaw kaw dulu dan juga daripada JDT tak ada fans dan asyik kalah setiap game sehinggalah kejayaan kita beraksi di pentas asia 2023 dan JDT menjadi pasukan terkenal tau.. fuhh macam tua pula aku sekarang ni.. haha tapi itulah pengalaman yang aku sendiri lalui ya.. aku tahu ramai yang sebaya dengan aku melalui fasa yang sama.
Jadi tak lah terkejut sangat kan.. hehe tapi korang pernah ke terfikir yang dalam saingan liga super tu kenapa banyak kelab yang bungkus ikat tepi setiap musim.. kita pernah tengok Felda United, kemudian Kelantan dan banyak lagi kan.. persoalannya kelab-kelab ni tak balik untuk ker? sedangkan fan base diorang ni lah paling banyak.
Dari segi komersil tu memanglah kita nampak diorang jaga media dengan baik. posting harian lengkap sesi latihan bagai kan tak kan lah diorang tak fikir untuk jana pendapatan kan.. mustahill weeh !! Diorang pun main dengan pemain import bergaji besar dan berkualiti tapi taklah dapat tarik minat penaja untuk menaja pasukan ini kan..
Tak laku sangat ker liga super kita? tak bernilai ke kelab-kelab kita?? fuhh ayat dia macam kureng skit kan.. haha aku risau korang kata aku kecam pula kan tapi bukan kecam lebih kepad apersoalan.. alaahh, korang pun sama juga kaan pikiaq benda macam tu juga kan.. hehe.
Sebenarnya ada bebarapa isu besar yang kita lihat berlaku antaranya adalah tiada dana dari kerajaan negeri dalam membantu pasukan-pasukan itu bermain di liga super. macam kita tahu sejak penswastaan liga, kelab-kelab tidak bergantung dengan kerajaan negeri macam sebelum ini maka diorang kena cari duit dan penaja sendiri bagi meneruskan aksi mereka di liga super..
kita ambil contoh mudah kedah lah kan.. daripada kelab bawah kerajaan negeri bertukar menjadi suwasta dan kemudian tidak mampu nak bayar gaji pemain sebab penaja tak bagi duit tajaan. haaa kalau dulu senang sebab kerajaan negeri akan pump duit masuk jer beberapa juta dan kemudian nya isu gaji tak ada.. jadi bila kena ada duit sendiri, kelab-kelab baikan hidup susah dalam memastikan dapat rentak permainan di liga super dan kebajikan pemain terjaga.
Disebabkan penswastaan ini juga membuatkan mentaliti minta duit kerajaan telah dimusnahkan dan perlu berusaha dengan lebih baik untuk memastikan pasukan tak bungkus ikat tepi..tapi tu laah satu perkara yang merisaukan apabila kelab-kelab yang tak bayar gaji ni macam tak kisah pun tak bayar gaji malah ada yang menyalahkan liga kerana buat peraturan macamtu.. fuhh gila kerr..
Korang kenalah faham, bila kelab terlalu bergantung kepada dana kerajaan negeri, maka duit rakyat akan disalurkan kepada pihak pasukan.. jadi kita nak elakkan benda tu.. tapi dari sudut lain kan kalau korang perasaan, kelab yang ada isu gaji, penyokong turut kena kesan dia.. stadium pun tak penuh, pasukan aysik kalah jerr.. benda-benda ni buat fans sakit hati dan meluat baq hang !!
Aku pun tak tahu nak cakap apa, kadang kadang tu memang kita nak tengok kelab-kelab liga super ni jadi macam EPL dah boleh support sendiri tanpa perlu dana kerajaan kan.. tapi tulah bila ada masalah gaji nii.. game pasukan pun tak best.. asyik kalah dan sendu, kadang tu aku pun pikiaq lah yang lebih baik pakai duit kerajaan boleh lah bangga dengan pasuukan negeri kita kaan.
Satu lagi masalah adalah bila kerajaan negeri bertukar, ada pasukan yang kena potong budget tau.. lepas tu jadilah balik isu gaji tu.. dia simple jer, kalau ada dana kerajaan negeri, tak da duit kelab pun, hujung tahun akan ada duit masuk dengan mudah kan.. jadi kita tak nampak usaha kelab untuk cari duit sendiri dan ada yang hanya letak nama dan kemudian ambil elaun jer dari duit rakyat untuk pauskan itu.. Tak nak lah jadi macam dulu kan.
Korang tahu tak.. ni panas sikit sebab isu gaji pemain import yang di luar kemampuan pasukan.. haa ini yang tak sedap dengar tapi banyak berlaku.. Aku panggil benda ni sebagai "Biar Papa Asal Bergaya". hahaha siap peribahasa weh.. Ramai sedar dalam Liga Malaysia, kita ada masalah inflasi gaji yang tak masuk akal yang mengganggu dana pasukan.
Fuhh menyirap pula aku nak tulis benda ni.. korang kan sabarkan aku jap.. fuhh ada yang nak kena tumbuk ni.. adeehh.. korang tahu yang ada kelab yang bajet setahun cuma RM5 juta, tapi berani ambil pemain import yang gajinya RM100,000 sebulan. Belum masuk gaji pemain tempatan yang status bintang lagi. memang gila betullah tindakan pengurusan macam ni.
Itu baru pemain, gaji jurulatih lagi, kerani dan pengurusan kelab lagi yang menjadi tulang belakang pasukan? takpikiaq keerr !! amboi amboi amboi !! awat jadi sampai lagu ni? jawapan dia muda ja, sebab wujudnya "bidding war" antara kelab. Kelab A nak player tu, Kelab B tawar lebih tinggi semata-mata tak nak kalah.
Akhirnya.. fuhhh kelab terpaksa berhutang atau guna duit yang sepatutnya untuk pembangunan bakat muda semata-mat nak bayaq gaji pemain senior. Bila penaja tak bayaq dana yang dah dijanjikan tu.. atau dana kerajaan lambat masuk, kelab terus sesak nafas. mula-lah sangkut isu gaji lepas tu.. sebab tulah nak cegah benda ni, kelab-kelab kita kena belajar kawai gaji ikut poket kita sendiri.
Jadi, korang rasa ada harapan tak kelab Liga Malaysia nak untung lepas nii? Jawapannya adalah boleh jerr !! tapi kena ada perubahan drastik. Kelab kena fokus kepada penajaan yang betul-betul serius dan bukan hanya ambil penajaa yang tangkap muat jer.. last-last sponser pun tak bayar sampai habis musim dahh.. ermm nama kelab juga yang tercalar.
Korang rasa kelab mana kat Malaysia ni yang paling "sihat" kewangan dia sekarang? Dan apa cadangan korang untuk selamatkan liga kita? Jom komen cepat !! kita bincang ramai-ramai tau di ruangan komen.. Jangan lupa share artikel ni biar sampai ke mata pengurusan kelab korang! oh ya,, tunggu artikel aku seterusnya ya.. kejap jerr lagi.. hehehe

Catat Ulasan
Jom komen ! :)