Dari Gergasi Malaysia ke Pelengkap Jadual: Apa Sebenarnya Punca Kejatuhan Pasukan Kelantan?

Hai korang!! apa khabar? sihatkah untuk hari ni pula? aku macam biasa tetap bersemangat untuk update blog setiap hari tanpa tertinggal pun.. ehh ada juga yang tertinggal kan.. hehe tapi takpalah kan, aku sibuk masa tu tapi sekarang dah ok dah.. baiklaahh, hari ni kita nak sembang pasal kelantan the red warriors.. siapa peminat Kelantan dulu sampai sekarang?


Jujur aku cakap zaman Ghaaddar tengah on form tu lah masa peek Kelantan kan tapi lepas dia pindah pergi JDT terus hilang dan kacau mood kelantan kan.. Untuk korang yang tak tahu pasukan-pasukan dari kelantan ni dah banyak dah.. Ramai yang mengaku yang mereka yang asli sehingga fans pun tak tahu nak sokong yang mana kaan..


Tapi aku tengok kalau team tu perform baaiiikk, mesti stadium sultan muhammad IV full house tak kiralah pasukan mereka dari pihak yang manakan.. mereka juga terkenal dengan gelaran gomo kelate gomo yang dipakai sejak berkurun lamanya.. dulu kalau fans cakap macam tu  teruss dah tahu dah ni mesti budak bola kelantan ni..


Dari Gergasi Malaysia ke Pelengkap Jadual: Apa Sebenarnya Punca Kejatuhan Pasukan Kelantan?



Haahah dah boleh cop dekat dahi yang niii fans Kelantan.. haha.. tapi sekarang kita dengar juga benda ni tapi dalam sukan lain lah seperti takraw ke sukan SEA ka..sebabnya pasukan Kelantan berada di kedudukan yang kurang baik dalam liga.. senang cerita diorang tak konsisten dalam liga, jadi fans pun dah mula boring nak turun stadium dan beri sokongan.


Bukan tu jerr,, isu gaji sentiasa ada setaip musim membuatkan ia menggangu taau mood fans... baru nak happy eehh ada kes FIFA pulaa.. adooii penat weh.. ingat dah seelesai dah tapi tak jugaakk !! sebab apa aku cakap kacau mood? sebabnya setiap musim lepas ada kes gaji  jerrr perofrmance akan drop gila-gila tau.. sampai tak nampak dah macam pasukan bola tau..


Fans luar pula asyikk naak kecam dan kritik sampai pengurusan susah nak buat kerja diorang..tapi persoalannya adakah ini punca kejatuhan Kelantan dalam saingan liga super?? aku yakin ini salah satu daripadanya.. dulu kelantan sangat poweer weehh !! tapi sekelip mata sahaja dalam 3 atau 4 tahun terus jatuh lepas ada masalah kewangan yang berat.


Kini diorang bergelut pulaakk nak kekal relevan di hati peminat setia kelantan. dekat mana laah salahnya? Kelantan menjadi kuasa besar gila dekat bola sepak malaysia dan menjadi gergasi bola sepak Malaysia dalam tempoh 2010 sehingga 2015.. masa tuu, semua pakai jeri merah putih saja wehh.. aku yang masuk Universiti pun penuh lahh cakap gomo kelate gomo bagaii.. haha


Dlu mana ada JDT!! tak da dalam list pun tau.. hahaha saja bagi panas hati dekat fans johor.. Tapi lepas tulah JDT ambil alih.. kita lihat sendiri penghijrahan pemain-pemain berkualiti Kelantan ke JDT beramai-ramai macam Mat yo, Shakir, Daudsu dan ramai lagi.. bila pemain berkualiti pindah ke pasukan Johor, kualiti pasukan itu makin naik.


Lain pula jadi engan kelantan yang terus merudum sehinggalah hilang dari radar terus.. fuhh bila nak cerita pasal zaman kelate tengah power tuu aku boleh katakan yang pasukan kelantan memiliki pasukan yang berkualiti dan mereka memang nak menang yang akhirnya membuatkan mereka menjadi kuasa besar bola sepak Malaysia ketika itu.


Nama-nama lain seperti Badri Radzi, Dickson Nwakame dan lain-lain terus diingati fans kelantan sehingga ke hari ni.. Bahkan perlawanan amal melibatkan bekas pemain juga penuh dah sold out tau.. itulah tanda kecintaan peminat bola sepak kelantan yang tak pernah mati sehinggalah ke hari ni.. fuhh sedih pula nak cerita pasal pasukan ni kan.. hehe


Kelatan dulu kuat sebab pasukan tu mempunyai pemain yang tidak kenal erti putus asa, mereka juga pemain yang agresif dalam pressing pemain-pemain lawan. itu memang tak nafikan.. ditambah setiap posisi tu solid dan mempunyai kualiti skuad kebangsaan lah aku cakap.. jika nak dibandingkan dengan hari ini memang jauh besza abe weyy...!!


Lagi satu sewaktu kebangkitan pasukan ni aku nampak dengan jelas yang mereka ada mentaliti juara, bawa lah pasukan apa pun dalam liga, matlamat mereka satu ja nak menang dan nak jadi juara.. suasana dalam pasukan pun nampak harmoni dan semakin berkembang sehinggalah mereka menjadi juara untuk beberapa pertandingan.


Namun sekarang ia sekadar untuk mencipta fenomena kembali macam dulu-dulu balik.. dan ia menampakkan kekuarangan pasukan lebih buruk berbanding sebelum ini.. Tekanan mungkin kurang sebab fans kelate pun tak harap sangat pasukan itu akan bangkit secara drastik sebab pengurusan pun masih mencuba dan masih ada banyak salah.


Pemain pun belum nampak nak bermati-matian bermain untuk pasukan dan tak nampak ada pemain yang menonjol dalam menunjukkan kualiti mereka.. jadi apa lagi nak buat kan? jadi pelengkap jadual jerr laahh.. huhu sedih tau satu pasukan yang dibanggakan dulu tetapi sekarang sudah kurang diendahkan.. ada masa ia kembali menjadi sebutan tetapi bila isu luar padang muncul, mereka hilang lagi..


Kelantan ketika tahun kegemilangan itu mempunyai identiti hebat kerana penyokongnya. Ini memang satu Malaysia tahu bertapa fanatiknya peminat pasukan kelantan.. fuhh masuk jer stadium jer dah gerun sebab sorakan dari penyokong sehingga membuatkan pasukan lawan takuut tau.. betapa bingit stadium masa tu weh.. aku dengar pun takut sebab semangat diorang memang tinggi. 


Sebab itulah ia menyerap dalam pasukan kelantan ketika itu. tetapi sekarang? yang turun stadium pun boleh kira dengan jari kan.. macam mana nak support pemain dan pasukan kann. .bila penuh pula, pasukan tu kalah pula.. haha pelik-pelik tau.. Tapi sampai ada peminat fans lain tak nak pergi stadium masa away days sebab peminat diorang sangat kuat berbanding pasukan-pasukan lain.


Yang paling penting ketika itu pasukan Kelantan diuruskan oleh pengurusan yang ada visi dan misi untuk berjaya.. itu yang penting dan menjadikan pasukan kelantan satu pasukan yang digeruni ramai dan menjadi kuasa besar skuad di pantai timur. terengganu pun tak jadi macam tu walaupun zaman power diorang tau..


Kelantan memang lain macam dari segi pengurusan sehinggalah ke peminat. semuanya saling membantu antara satu sama lain bagi memastikan nama pasukan terus gah dipersada liga super.. Tapi semua itu hilang seklip mata sahaja dan kini mereka menanti masa untuk kembali bangkit untuk masa hadapan.. aku jujur wehh puji kelantan walaupun dah banyak isu tapi rakyat mereka tak putus asa.


Mereka tetap buat pasukan baru sebab nak elakkan dari nama kelantan lenyap dari liga super.. ini memang aku respek. walaupun gagal banyak kali tetapi mereka tetap ada untuk liga kita.. Aku harap pasukan kelantan sekarang ni dapat buat yang terbaik dalam liga dan tidak buat isu gaji lagi lah ya sebab kesian dekat pemain-pemain dan peminat.


Diorang tu tak putus asa berusaha menaikkan semangat dan prestasi pasukan tetapi kalau da maslaah macam tu akan menjatuhkan moral pemain kita.. aku nak tengok kelantan yang baru dan lebih baik tahun 2026 ni ya.. korang yang fans kelantan dari dulu tu, boleh komen dekat bawah ya apa yang patut pasukan kelantan sekarang buat bagi sampai ke tahap dulu-dulu balik tu.


Aku yakin, korang ada jawapannya. jadi tolong komen banyak-banyak nanti aku baca ya.. terima kasih kerana sudah baca sampai sini.. kita jumpa dalam entri seterusnya kejap lagi tau.. aku nak sembang pasal satu pasukan ni.. korang tunngu ya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama