Cara Betul Nak Support Team Tempatan: Bukan Sekadar Beli Jersi Gred AAA Jer, Beb!

Hai korang!! selamat pagi jumaat yang mulia ni.. korang sihat ker?  aku macam biasa sihat jer.. semalam aku tak pasti korang sempat baca artikel aku tulis ke tidak. tapi banyak yang aku dapat dari entri tu untuk aku teruskan dengan entri ni pula.. Korang dah berapa lama support pasukan kegemaran korang? ehhh tak kira lah epl ke local team kerr..


Mesti lama kaan.. aku pun sama juga tapi pernah tak korang terfikir yang banyak tak sokongan korang untuk kelab kesayangan korang? kita ni kaan selalu cakap yang aku sayang gila kat team aku, ada yang sampai mengaku darah yang mengalir dalam badan dia sudah berwarna pasukan kesayangan.. fuhh dasyat, kalau dah warna oren tu.. risau pulak aku hahaha.


Tapi sejauh mana kita punya cinta tu kalau jersi yang kita pakais endiri pun jenis gred AAA kaan.. yer aku tahu korang tak banyak duit untuk beli mahal-mahal kan.. jersi murah dengan harga RM 25 pun sentiasa menjadi tumpuan ramai peminat bola kita..itulah tanda sokongan korang kepada pasukan dan nak rasa sama dengan para pemain pakai jersi lambang ke banggaan korang kan.


Cara Betul Nak Support Team Tempatan: Bukan Sekadar Beli Jersi Gred AAA Jer, Beb!



Persoalan sekarang, ada ke cara lain nak support pasukan kita dalam liga super ni? tak kan beli jersi sahaja tanda support kan. Macam aku cakap tadi, aku faham sangat sekarang ni jersi kelab kita pun dah cecah ratusan ringgit kaan.. dengan keadaan ekonomi semasa memang sukar untuk kita ikut trend beli jersi yang ratusan ringgi tu.. 


Jadi Ramai yang pilih untuk beli jersi gred AAA sebab nampak sama dan kualiti dia pun boleh lah kan.. tapi kita kena sedar yang jersi murah selain official ni sebenarnya tak masuk langsung ke akaun kelab. haaa !!! terkejut kaau !! memang lah, korang beli dekat shopee yang jual murah-murah tu kan tapi korang tak menyumbang langsung untuk kelab kesayang korang.


Duit tu pi mana pulak dah? dia p dekat tauke-tauke kilang buat jersi dekat negara jiran laah.. dah lah copy yang ori punya lepas tu jual dan korang beli.. fuhh ruuugiiii kelab kita. sebab itu kelab akan ada store atau kedai diorang sendiri untuk jual jersi dan merchandise diorang agar duit tu dapat masuk terus ke pengurusan kelab dan duit itu boleh digunakan untuk pembangunan kelab.


Kalau beli dekat yang tak official tu kaaan, kelab dapat apa? diorang dapat tengok stadium penuh dengan jersi sahaja tapi poket dalam akaun kelab kosong.. huhu sedih. Kalau kita beli jersi original, keuntungan tu digunakan untuk bayar gaji pemain, sewa padang latihan, dan kos pengurusan. Jadi, kalau tak mampu beli yang Player Issue, belilah yang Fan Version.


Sekarang ni, yang fan bersion pun dah semakin baik dan semakin berkualiti untuk kita pakai dekat luar dan dalam stadium.. tak lah malu sangat kalau dah cantik kan.. tapiii kalau tak mampu juga, belilah kemeja-T rasmi kelab yang lebih murah. Janji original! itu yang penting sekarang ni.. banyak kelab terpaksa menanggung kerugian kerana penjualan jersi tak laku..


Tapi fans tetap pakai jersi ciplak ke stadiumm.. fuhh itu yang jelas mengecewakan pasukan kita sendiri.. bila ada masalah gaji, fans akan salahkan pengurusan tak reti cari duit tapi korang sendiri tak nak beli di official store kaan.. fikir-fikirkan lah untuk kelangsungan kelab korang dan juga sebagai tanda janjii setia dan cita korang untuk pasukan.


Korang tahu tak selain dari korang beli jersi ori tu, korang beli lah tiket perlawanan untuk pasukan korang terutamanya main dekat HOME tu.. haa ni tak turun stadium tapi komen jerr lebih ..geram aku.. ramai tak sedar yang sokongan pemain ke 12 dalam pasukan kesayangan korang sangat di perlukan tau.. bukan hanya tengok dpean TV jerr..


lepasu update dekat facebook tanda sokongan korang.. rugi kelab macam ni .. kalau semua buat perangai macam ni.. alamatnya bankrup weh !! jangan main-main..kalau korang perasan kan, pengurusan KDA FC pernah merayu peminat hadir ke stadium bagi kelangsungan kelab itu dan ribuan peminat sahut cabaran itu kerana nak support pasukan..


Ini contoh sinergi yang sangat baik yang boleh kita ambil daripada pasukan-pasukan ini. ini tidak, stadium tak turun tapi dia yang paling lebih update dekat facebook.. ahaha adeehh.. korang kena tahu kehadiran ke stadium adalah salah satu bentuk sokongan yang real daripada penyokong untuk pasukan.. Pembelian tiket kalau satu perlawanan boleh cecah puluhan ribu ringgit bayangkan kalau satu musim??


Korang rasa kelab akan ada masalah kewangan ker?? tak kan.. mesti tak da tetapi pasukan juga kena main peranan penting mereka dalam menunjukkan prestasi terbaik mereka di atas padang.. aku ambil contoh mudah fans negeri sembilan kembali ke stadium selepas pasukan mereka berjaya mencuri mata dari pasukan besar liga super.. beberapa kali menang yang memaksa penyokong hadir ke stadium.


Memang full house gilaa !! tapi bila performance dah makin jatuh, fans kembali tidak datang stadium.. ada yang datang pun tengok game kalah lepas tu diorang maki player.. itu jer.. tak ada perasaan saling bantu membantu antara satu sama lain.. memang tak nafikan macam aku pernah tulis dan entri-entri aku sebelum ni yang mana prestasi pasukan memainkan peranan yang sangat besar dalam menarik penonton.


Jadi sebagai peminat juga, kita kenalah tahu yang pasukan memerlukan sokongan kita tak kira ketika kalah dan menang.. pemain-pemain kita ni sangat suka kalau ada sorakan-sorakan padu dari penyokong dan dapat menaikkan semangat diorang tuu.. pemain lawan pun takut nak masuk stadium wehh kalau dari awal tak henti sorak dan membuatkan perlawanan itu menjadi hidup.


Korang tahu tak kalau korang jadi ahli kelab dan beli barangan merchandise tu semua akan salur balik kepada pasukan kesayangan korang? tapi yang official store jer lah..kalau kau beli dekat pasar malam tu memang tak masuk lah duit dekat kelab kecualiiii.. yang jual tu orang official store yang buka booth dekat situ.. haaaa


Selalunya yang paling laris sekarang ni adalah skaf dan mafla kaan.. setiap perlawanan mesti ramai jer yang pakai dan bawa ke stadium.. kalau duduk jauh macam away games tu semua penyokong lepak mamak pun pakai mafla kan.. korang simpan lah duit sikit kemudian pergilah beli dekat official store ya.. hasilnya korang tetap bantu pasukan..


Jadi membership pun dapat bantu pasukan dari segi kewangan tau.. ramai tak nak jadi membership sebab mahal tapi diorang tak sedar yang membership tu banyak bantu pasukan kesayangan korang tuu untuk terus survive tau tak..pada masa yang sama korang pun dapat manfaat tau macam  dapat diskaun tiket, diskaun barang merchandise, dan yang paling penting, korang menyumbang secara terus kepada dana kelab secara bulanan atau tahunan.


Nampak tak banyak gila cara yang korang boleh support pasukan kegemaran korang.. kita sembang pasal local club yang memang memerlukan sokongan fanbase diorang untuk terus bersaing dalam liga.. jadi peranan kita sebagai penyokong ni kenalah sedar yang kita juga memainkan peranan penting untuk pasukan kita berjaya.


Jangan asyik salahkan pengurusan semata-mata tetapi kita tak buat peranan kita sebagai ahli kelab dan penyokong setia. aku harap entri kali ni dapat buka mata kita untuk terus beri sokongan kepada pasukan-pasukan tempatan agar nama negeri kita terus dapat beraksi di pentas tertinggi bola sepak dunia.. korang setuju tak dengan pendapat aku? 


Kalau setuju dan tak setuju? korang komen lah banyak-banyak dekat bawah ni, aku baca tau setiap komen korang tu sebab ia menunjukkan kesetiaan korang terhadap pasukan-pasukan yang ada di dalam negara kita ni.. ia lambang jati diri peminat bola sepak Malaysia kann.. korang komen cara korang support team korang ya.. terima kasih semua, kita jumpa di entri seterusnya!! chooww !!

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama