Hai korang !! apa khabar hari ni? aku harap korang sihat selalulah yer.. hari ni, aku terbaca mengenai berita Kim Pan Gon menjadi jurulatih selangor secara rasmi, jadi ada satu pengharapan besar untuk melihat pasukan Selangor memberi saingat terhadap JDT dalam liga super musim ini.. Fuhh terus yerr aku cakap.. hahaha
Sebenarnya selepas game Selangor vs JDT baru-baru ni kaan.. kita tahu Selangor kalah 0-2 kepada JDT.. aku terfikir satu benda, adakah dominasi JDT sekarang ini membuatkan liga super kita menjadi suram? yerr aku tahu korang akan marah aku sebab pilih tajuk ni.. tapi tajuk ni dah di bincangkan oleh ramai orang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.. Fans Jdt dah ready nak serang aku kaan.. Sabar !! aku da point menarik untuk korang tau..
Korang tak nak setuju itu masalah korang tetapi aku hari ni nak sembang santai jer bukan nak kecam siapa-siapa tau. Kita ni kaan peminat bola sepak Malaysia, jadi kita nak yang terbaik untuk liga kita. tak nak laah asyik di dominasi satu pasukan ja.. bosan weh.. kalau kau fans jdt, kau akan seronok lah setiap game menang kan.. kalau fans lain tuu nak muntah tengok game jdt...haha
JDT nii, siapa jer yang tak kenal.. sebuah kelab yang dah mennag liga super malaysia nak masuk tahun ke 11 weh !! memang gila-gila punya menang.. sebab itu jugalah ramai peminat bola malaysia berpindah untuk support sukan lain selain bola sebab apa dari mula first game liga jerr dah tahu dah siapa yang akan menang.. fuhh sebab tu liga makin boring.
Tapi satu persoalan yang timbul.. apa dia? betul ker JDT ni lah yang buatkan liga malaysia jadi bosan sampai boleh dikatakan dah mati? atau jdt sebagai trend setter kepada pasukan lain untuk meningkat naik ke arag proffesional yang betul? kalau aku lah kan, lebih kepada number satu tu.. kalau dah 10 tahun tak da pasukan boleh lawan diorang nii, mesti ada masalah besar dalam sistem pasukan-pasukan lain..
Yerlahh JDT ni pasukan kaya raya, pemilik pun anak sultan kaan.. jadi memang tak dinafikanlah masalah kewangan tu memang tak da masalah lah kan.. berbanding pasukan-pasukan dalam liga super yang hanya mengharapkan ahli peniagaan untuk bagi sumber kewangan kepada pasukan tersebut kaan.. bukan mudah jadi kadang-kadang tu rasa macam tak fair nak compare jer dengan kelab-kelab lain kan.
Ada juga yang memberi komen dekat aku yang dia kata liga hanya untuk satu pasukan jer sebab tu makin bosan.. pasukan lain tak nak menang lawan pasukan JDT.. sebab itu liga semakin boring dan membosankan para peminat.. fans bola kita ni dah dapat tahu dah dari sebelum liga bermula lagi yang JDT akan jadi juara liga sekali lagi.
Korang trylah tanya fans bola negeri lain, semua dah tahu dah dan yang paling merisaukan adalah diorang ni kaan tak kisah dah JDT nak menang berapa kali pun.. yang paling penting tempat kedua jadi tumpuan.. sebab itu, game lawan JDT tak best berbanding kelab liga yang lain bertemu sesama sendiri sebab nampak mereka bersaing secara sihat tau..
Kalau game JDT jer mesti aku tak tengok sebab apa? sebab tak nampak pasukan lain nak menang lawan JDT.. dah macam diorang ni dah set up macam tu dah.. tapi korang cuba tengok bila selangor lawan terengganu ke, selangor vs KL City dan lain-lain, perlawanan tu semua ada value tersendiri, fans masuk jer stadium terus rasa ada peluang nak menang..
Tapi kalau lawan JDT, tengok import diaa pun dah tahu mesti kalah punya lah kaan..sebab itulah perlawanan liga JDT agak membosan kan bagi majoriti peminat bola sepak Malaysia.. Bila pemenang kita dah jangka awal, saingan tu dah tak da.. kau bagilah dia menang lagi.. malas aku tengok.. ni semua alasan yang diberikan oleh peminat bola kita..
Ada orang kata, bila game lawan JDT stadium mesti penuh . macam mana pula tu? diorang turun saja-saja ja.. game tu ja ramai, game lain tetap tak ramai kaann..Benda nilah orang kata merosakkan liga sebab gap antara pasukan lain dengan JDT sudah semakin jauh daaah.. dan kelab dekat malaysia tetap tak mampu nak lawan kewangan JDT yang kaya raya tu..
Duit menentukan kualiti sesuatu pasukan, kita tengok Manchester City, berapa billion diorang keluarkan untuk hasilkan pasukan yang hebat macam city.. setiap musim tukar pemain yang tak boleh pakai macam tukar baju jer diorang buat.. JDT pun macam tu, tengok lah setiap musim perpindahan di buka.. ada ja pemain baru yang dibawa masuk..
Berbanding pasukan liga yang lain, bajet pula lebih terhad kepada pemain import level 3 yang majoritinya hanya sekadar main bola ja.. berbanding dengan JDT tu.. macam mana nak lawan diorang kan sedangkan bajet pun tak banyak kan.. diorang akan terus cakap cara pengurusan bagai tapi diorang tak pernah cakap pasal kerugian yang mereka alami kaan..
Jadi sekarang ni kita mungkin boleh duduk dan kembali berfikir kernapa pasukan lain tak boleh lawan JDT yang menyebabkan liga jadi mati dan sunyi? ada yang kata banyak kelab masih berada di takuk yang lama.. masalah gaji pun tak selesai lagi.. masih ada yang mengharapkan dana politik lagi untuk pasukan mereka..
Tapi aku tak setuju dalam banyak perkara antaranya adalah kalau pasukan-pasukan ini tak harapkan dana ahli politik nii.. kau nak suruh JDT main liga satu pasukan jerr kaa.. kita ambil contoh kedah darul aman fc yang gah dengan sponsor yang masuk bertubi-tubi sebelum saingan liga bermula, tapi bila tengah season semua tu hilang..
Bukan salah pengurusan tetapi sponsor yang menipu pasukan sehingga membuatkan depa tu terpaksa bermain di liga bawah.. berbanding JDT yang kebanyakkan duitnya datang dari pemilik sendiri dan duit sponsor mungkin tak banyak.. ini berdasarkan pemerhatian aku lah.. mustahil penaja letak duit lebih banyak duit berbanding pemilik kan..
tengok import diorang juga sudah lah.. ramai betul kaan.. jadi kelab-kelab bawah di minta untuk ukur baju di badan sendiri.. kalau tak mampu nak beli pemain import berkualiti beli lah yang cap ayam atau guna khidmat anak tempatan jaa.. itulah yang dimomok kan.. katanya nak elak isu gaji laah , tapi kalau guna pemain tempatan dan import murah tuu tak mampu nak kalahkan JDT juga kaan..
Sebab itulah aku nampak pasukan-pasukan lain tetap berbelanja seperti biasa dan mempunyai peluang yang lebih besar untuk kalahkan JDT selepas itu.
Bagi aku, JDT taklah sampai nak bunuh liga tetapi kerja mereka membuatkan kelab lain tak mampu nak lawan mereka sehinggalah ia mematikan liga kita..itu ja, aku tahu pasukan-pasukan lain liga super buat apa setiap musim.. diorang juga berusaha untuk cipta saingan kepada JDT tetapi masih belum mampu, jadi mereka tumpu sahaja di kedudukan kedua liga untuk bermain di Asia.
Jadi aku harap isu ini dapat diubah agar dapat membantu liga kita menjadi semakin hidup dan terus diminati ramai.. korang ada pendapat tak?? kalau ada komen jer dekat bawah ni ya.. nanti aku baca tau.. cuba komen boleh lah aku tahu pendapat korang kan.. teruskan komen ya ! terima kasih kerana sudi baca entri aku kali ni..
.jpg)
Catat Ulasan
Jom komen ! :)