3 Ragam Fans Bola Malaysia Dekat Stadium, Nombor 2 Tu Mesti Ada Kat Setiap Kelab!
Hai korang!! aku kembali lagi dengan entri terbaru ya! aku harap korang berada dalam keadaan sihat lah ya.. aku macam biasa terus bersemangat nak kongsi cerita lebih menarik untuk korang.. hehe.. kali ni kita nak sembang pasal fans lagi ya.. ramai yang tak tahu dan tak perasan sebenarnya fans ni banyak betul perangai dan ragam tersendiri tau..
Kalau nak sebut pasal bola sepak Malaysia ni.. memang bukan setakat jurulatih buat perangai tetapi fans juga banyak buat perangai tau.. hahaha macam pelik ja kan.. tapi tu lah hakikatnya yang ramai tak tahu.. jiwa liga super kita ni ada dekat tempat duduk penyokong kita iaitu di dalam stadium.. tak kiralah korang team pasukan mana pun, memang akan rasa kelainan setiap pasukan yang korang pergi stadium di tempat lawan tu kan..
Dari yang hardcore sampailah yang datang sekadar nak buat content dan bergambar untuk kenangan jerr.. fuhh macam-macam weh.. jom kita sembang bersama-sama untuk aksi fans bola sepak malaysia yang paling popular yang pernah berlaku ketika perlawanan liga kita berlangsung.. haaa kirenya korang pun boleh tengok kot-kot korang pun termasuk sekali.. hahaha bukan boleh percaya korang ni..
Korang tahu ada satu kategori fans bola kita nii yang aku anggap sebagai hardcore.. atau lebih manis aku cakap nadi kepada pasukan dan juga suasana stadium.. diorang ni memang aku respek sebab apa dari sebelum game mula sampailah ke orang dah keluar stadium lepas game pun, diorang masih ada menyanyi dan menaikkan semangat pasukan..
Ini memang RARE tau!! bayangkan kau menyanyi banyak lagu dalam masa 3 jam tau.. fuhh aku pun tak leh nak berdiri lama untuk tengok game sambil menyanyi untuk naik semanagt pemain-pemain kesayangan mereak tu beraksi.. ni bukan setakat untuk tengok pasukan sendiri makin naik semangaat tapi membuatkan pasukan lawan takut terketaq-ketaq taauu..
Ada pasukan yang dah tak boleh control nervous diorang masa game dan akhirnya membuat kesilapan kecil yang menghasilkan gol untuk pasukan tuan rumaah.. Memang mental habis kalau macam ni tau.. banyak pasukan besar ada masalah kalah main derbi dan beraksi away.. mesti ada gangguang dan juga mesti ada sorokan besar dari penyokong di tempat sendiri tu kaan..
Memang gila lahh.. aku yang tengok ni pun boleh gerruun.. macam ni pi berperang pulak.. hahaha kiri kanan semua pakat menyanyi dengan nada kuat dan semangat.. memang lain maciam.. dalam 90 minit tuu.. diorang ni tak kan duduk punya lahh.. ada yang lompat-lompat, ada yang menyanyi ada yang buat chant dan ada yang main drum.. fuhh memang semanagt tu lain..
Tuuu tak kira lagi yang kibar bendera besar dan tinggi bangunan 2 tingkat tu sepanjang 90 minit perlawanan.. hahah.. aku terfikir juga.. tak lenguh ker tangan tu.. kalau satu minggu ada dua 3 game, diorang terus menerus pegang benda tu..hahaha aku tengok dah berat dah, yang pegang lagi konfem lah berat gila.. tapi ni semua jiwa bola yang sukar di tandingi.. aku respek !
Diorang ni boleh dikatakan orang stadium yang dari kecil sampai ke dewasa membesar dengan stadium.. sebab tu lah mereka rasa serasi dan tidak kisah pun apa yang orang lain nak cakap dekat diorang..kadang-kadnag tu kan.. aku sendiri tengok yang bila bola dah sampai dekat pintu gol pun mereka tak perasan sebab tengah sibuk chantt.. hahaha
Pernah jadi taau.. diorang dah gol dah baru diorang perasaan.. nasib baik stadium penuh kalau tidak malu weeh !! hahah tapi sebenarnya tanpa diorang ni.. aku boleh cakap suasana stadium akan hilang dan akan jadi macam perpustakaan.. haha senyap sunyi jerr tau.. mesti bosan gila kalau diorang ni tak ada dekat stadium kan..
Ada lagi perangai fans dekat stadium tau.. meh sini aku cerita.. jangan bagitau dekat orang lain.. share jer entri ni.. haha.. dekat stadium dengan dekat mamak sama jer mesti ada coach yang tak bertauliah kann.. diorang ni akan komen sepanjang game berlangsung.. itu tak kena dan ini tak kena.. haha pelik betul perangai diorang ni..
Komen dan krtik team sendiri pulak tu.. geraam aku !! buat macam diorang ada lesen pro FIFA pulakk.. padahal main bola pun tak reti tau..Dari awal game diorang dok laa membebel bagai pasal taktikal.. tak leh blah tu siap cakap line up kesebelasan utama malam tu tak boleh pakai mesti kalah punya lah dengan konfinden weeh !! tapi pauskan dia menang pula..
Hahaha. nasib baiklah aku tak pergi tepuk bahu dia cakap, analisis kau tadi tak boleh pakai !! haha kalau tidak masuk muka depan surat khabat esok pulak.. haha kadang-kadang tu badan dia sendiri tak larat nak lari tapi jerit dekat pemain macam dia boleh lari laju dari diorang tu.. adeehh.. tu pun belum campur lagi dengan yang sebab apa pasing ke kiri tapi tak pasing ke kanan..
Kita di tempat penonton memang lah kita nampak semua satu padang tapi pemain tu penglihatan mereka terhad jer.. yang mana sempat dan terdekat tu lah yang di pass nya bola.. sedih dan geraam !! sebab tak leh nak explain macam ni masa dekat stadium hari tu.. harap orang tu bacalah entri aku ni..
Tahun lepas aku namapk ada perangai baru fans bola sepak malaysia. apa dia? geng-geng update content mula turun stadium sebab rakyat Malaysia terus beri sokongan dekat bola sepak jadi diorang turun sebab nak join vibe trending jerr.. ada yang datang stadium sebab nak ambil gambar jerr.. bila tanya peraturan padang pun dia tak tahu.. yang penting content !! haaha terkejut juga aku..
Benda ni jadi sebab stadium kita dah makin cantik dan nampak trending kaan.. datang stadium pun bukan kisah sangat keputusan tapi bergaya tu penting.. jersi pun pakai tuck in jerr.. rambut kilat lepas tu pakai perfume.. fuhh stau stadium bau.. hahaha ni over lah kann.. mana boleh pakai perfume satu stadiium bau.. haha
Lepas tu ambik kamera dan snap gambar dekat setiap sudut stadium.. macam tak mau datang stadium dah lepas tu.. haha semua dah ambil gambar.. lepas tu masa rehat separuh masa pertama pun dah nampak balikkelibat diorang nii.. siap-siap selfie bagai dan kalau dtang dengan couple tu memang kerja selfie jer lah dua orang tu.. hahaha..
Kiranya geng macam ni lebih kepada nak cari angle paling padu untuk tangkap gambar ootd jerr.. sebelum game pun dah ada 5 story bagai..haha zaman dah berubah kan.. nak tegur pun salah dan tak tegur pun rasa bersalah sebab aura stadium sebenar dah tak macam dulu dulu lagi.. kalau terlebih tegur pula akan kosong pula stadium kan.. hehe jadi layan jer laahh..
Itulah macam aku cakap zaman dah berubah kan jadi kita kena ikut trend asalkan prestasi pasukan kita tak ikut trend gagal lah kan.. hehe. aku ada lagi beberapa ciri-ciri lain tau.. jangan risau.. aku akan update lepas ni tau.. dalam entri seterusnya ya.. tapi korang kena komen lah perangai fans yang korang nampak dekat stadium..
Nanti aku boleh tambah dalam entri seterusnya tu ya.. jangan lupa komen tau.. aku baca sampai habis tau.. jangan ingat aku tak baca ! gigit kang !! hahaha terima kasih sebab sudi baca artikel aku ni.. kita jumpa lagi ya..

Catat Ulasan for "3 Ragam Fans Bola Malaysia Dekat Stadium, Nombor 2 Tu Mesti Ada Kat Setiap Kelab!"
Jom komen ! :)