Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

TFC Menang Tipis 3-2, Tapi Kenapa Fans Masih Tak Puas Hati Dengan Prestasi?

Perlawanan yang sangat menarik tetapi merisaukan peminat bola sepak Terengganu! sebab apa pasukan mereka hanya mampu menang tipis keatas pasukan Imigresen dalam saingan liga super petang tadi. itupun hasil gol sendiri pemain TFC hampir memusnahkan harapan anak buah Badrul Afzan untuk mendapatkan 3 mata penting dari pulau pinang.

Pasukan TFC berjaya bawa pulang 3 mata dari Stadium negeri Batu kawan dalam aksi awaydays mereka dengan keputusan 2-3 memihak kepada pasukan mereka. Perlawanan ini bermula dengan garang apabilan terengganu terlebih awal menjaringkan gol menerusi pemain import mereka iaitu Careca. 

Dia yang mendapat lorong cantik dari Akhyar dan kemudiannya membuat rembatan laju menewaskan penjaga gol imigresen pada minit ke 10 perlawanan. Memang cuak terus muka keeper lawan tu bila nampak bola rembatan Careca dah terlepas daripada kawalan dia. fuhh nampak lain terus muka. lawak pula bila tengok balik gol tu bila diulang tayangkan.



Terengganu FC Atasi Imigresen FC 3-2 Dalam Aksi Dramatis Liga Super

Duo kebangitan pasukan terengganu FC sudah pasti adalah Careca dan Akhyar. bukan selalu nak tengok diorang main dengan bersemangat macam dalam perlawanan ni kan.. sebenarnya ada momen lain yang mungkin korang terlepas. Momen tu adalah ketika Akhyar hampir mendapatkan gol awal pada minit kedua untuk TFC.

Tetapi percubaan dia berjaya di tepis dengan mudah oleh Zarif Irfan yang merupakan penjaga gol Imigresen. kalau tidak dari awal lagi dah tfc dapat banyak gol. ketangkasan zarif memang patut di beri pujian melambung oleh peminat pasukan mereka. Banyak percubaan awal yang ditangkis dengan kemas oleh zarif tau.

Sekarang ni gol penyamaan oleh pasukan Imigresen muncul menerusi pemain mereka Joao Pedro selepas 7 minit daripada gol awal pasukan TFC. Kau memang tak akan perasan bila tengok perlawanan, tapi jelas gerakan awal bermula menerusi Wilmar Jordan.

Dia mula di bahagian tengah yang kemudiannya Wilmar mudah menolak masuk ke gawang terenganu dan menewaskan penjaga gol tfc, Suhaimi Husin.

Pada minit ke 44 sepatutnya sudah ada gol kedua terengganu tetapi VAR menafikan gol tersebut yang dijaringkan oleh Shahrul Nizam yang menyambar bola muntah Nurillo Tukhhtasinov apabila VAR mengesahkan dia berada di kedudukan offside. memang waktu ni jelas nampak kekecewaan pasukan Terengganu yang terdesak mahu mendahului perlawanan ini.

Ia juga membuatkan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sama ketika rehat separuh masa pertama. Namun sudah pasti ketika rehat banyak taktikal yang berubah dan diperbaiki untuk misi 3 mata penting. Tak kan mereka nak duduk sahaja dan cukup untuk 1 mata. jadi peringatan dan penambah baikan pasukan diperlukan bagi merealisasikan impian tersebut.

Masuk sahaja babak kedua, tak tunggu lama, careca terus menghukum Imigresen dengan gol kedua pada minit ke 65. Sebelum tu memang kedua-dua pasukan banyak mengasak dan memburu gol tambahan tetapi Careca yang berjaya menjaringkan gol dalam tempoh masa itu. Dia yang mendapat hantaran cantik dari Engku Shakir berjaya melegakan pasukan TFC dengan mendahului 2-1.

Gabriel Silva pemain yang lincah dalam pasukan terengganu berjaya melegakan pasukan itu dengan gol ketiga pasukan pada minit ke 73. ia jelas memberi kelegaan apabila pasukan TFC mendapat 3 gol awal berbanding tuan rumah. Dia yang menyempurnakan penalti selepas Junior sam dijtauhkan fayadh di dalam kotak penalti. Ia menjadikan kedudukan 3-1.

Namun kegembiraan itu disentak dengan gol sendiri pemain Terengganu iaitu Syafiq danial apabila dia yang baru sahaja dibawa masuk gagal mengeluarkan bola yang ditendang laju oleh Elvis kamsoba lalu masuk kegawang sendiri ketika perlawanan berbaki 3 minit sahaja lagi. bayangkan kalau imigresen berjaya menyamapakan kedudukan dan sudah pasti ia mengecewakan pasuakn TFC.

Mujurlah ia tidak berlaku dan berjaya memberi 3 mata penting kepada pasukan TFC yang bergelut dengan prestasi mereka sejak kebelakangan ini.. secara keseluruhannya masih banyak yang perlu diperbaiki oleh pasukan TFC dalam memastikan mereka dapat terus bersaing dalam liga dan merebut kedudukan lebih baik selepas ini.

Jujur aku cakap, terengganu fc perlu sesuatu untuk kembali ke prestasi terbaik mereka. Musim ini nampak sangat ada masalah besar dalam pasukan yang mana membuatkn pasukan mereka sering kalah dan mudah dikalahkan. Jadi kita harap baki musim lepas ini akan menjadi titik perubahan besar untuk pasukan TFC selepas ini.

Untuk penyokong, teruskan beri sokongan dan aku yakin pasukan TFC akan terus bangkit. Begitujuga dengan Imigresen. Pasukan baru dalam liga super yang masih kurang pengalaman tetapi tetap mampu beri saingan hebat kepada pasukan sebesar Terengganu dalam saingan liga musim ini.

Catat Ulasan for "TFC Menang Tipis 3-2, Tapi Kenapa Fans Masih Tak Puas Hati Dengan Prestasi?"