Selangor FC Memang Tengah 'On-Fire', Tapi PDRM Hampir Buat Gergasi Merah Gelabah!"
Hai korang!! misi sukar semalam berjaya selangor lepas dengan bergaya!! ceeywaah !! haha bukan apa, ramai haters dah standby nak kecam tapi las-last tak jadi sebab selangor menang.. haha. kau tahu anak buat Christophe Gamel menang weh semalam, dah la perlawanan penting semalam apabila mereka berjaya mengalahkan pasukan pdrm dengan jaringan 3-1.
Mula-mula ramai risau sebab main dekat Away kan, sebab selangor ni susah sikit nak menang away tapi nasib baiik wehh, diorang menang.. haha Pasukan ini bermain dengan sangat baik sepanjang 90 minit perlawanan.. defend padu lepas tu kaan attacking kita pula berdesup shuh shuh shuh.. hahaha
dan jelas keterujaan dan kemahuan diorang pasukan selangor menang game ni sangatlah tinggi.. nampak beza gila kan.. tapi lawan jdt nanti boleh jadi macam ni ker?? ehh aku tanya ja, bukan kecam.. selalunya diorang tak bersemangat bila lawan jdt kaan.. yerlah daripada stress-stress kalah, baik menang dengan team lain kan.. hahaha.
Apalah aku merepek ni, mungkin sebab game ni selangor menang kot... hahaa Selangor yang sangat gah dalam persedian perlawanan ni bermula garang tetapi serangan balas laju pdrm buatkan defend tarik hand brake kejap.. haha sebab tengok diorang nak attack penuh pun takut-takut sebab yerlah pdrm main counter laju teruk tau.
Nasib baiklah Faisal halim berjaya menggoncang dunia.. ehh menggongcang pertahanan pdrm awal-awal macam dah bagi warning dah jangan main-main dengan selangor.. kalua tidak mesti pdrm boleh menang dalam game ni tau.. fuhh risau jugakan, Faisal buat hantaran lintang yang cantik ke tengah gawang gol tapi sayang weehh hantaran cantik itu tak menemui sasarannya.
Aku suka tengok gameplay selangor semalam.. sebab apa tau, sebab banyak main shot pass dan banyak gerakkan bola di bahagian lawan berbanding bermain di bahagian diorang sendiri. Pdrm pula memang tak dijangka. Mereka kerap datang dengan serangan balas yang sangat laju sehingga menggangu pertahanan selangor yang lebih bermain di bahagian atas.
![]() |
| kredit gambar facebook Selangor fc. |
Gelabah terus defend selangor lepas kena counter dengan pdrm semalam. Kalaulah pdrm main tanpa masalah, memang selangor fc kena bolos 2 atau 3 gol semalam tau. Tapi pujian harus diberikan kepada pemain pertahanan selangor yang bermain dengan sangat baik dan berjaya untuk mengekang asakan pemain pdrm dalam perlawanan semalam.
Pesta gol, Chigor dan Al Rawabdeh jadi wira kita.
Chigor moraes muncul sebagai wira selangor kerana berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke 20 selepas mendapat hantaran cantik dari Faisal Halim. Bahkan dia berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke 49 sejurus selepas sepak mula separuh masa kedua bermula.
Noor al rawabdeh pula yang bermain baik sepanjang perlawanan berjaya mendapatkan gol pada minit ke 66. aku puji permainan al rawabdeh sebab apa aku nampak dia struggle untuk main laju tetapi dia masih buat banyak percubaan ke arah gawang gol pdrm semalam.
Pdrm pula dapat gol saguhati saja semalam hasil jaringan pemain Muhammad Fakhrul Azim. pasti perkara ini tidak disukai jurulatih Gamel kan. mana taknya sepatutnya menang tanpa bolos tetapi bolos juga di hujung perlawanan.
Rekod pasukan meningkat.
Perlawanan ini menunjukkan rekod tanpa kalah Selangor FC bertambah ke 6 perlawanan liga super selepas mengalahkan pdrm semalam. Sebenarnya ia satu rekod yang baik untuk selangor untuk melayakkan diri mereka ke pentas asia sekali lagi pada tahun hadapan.
Namun mereka perlu berkerja keraslah untuk memintas kuching city dan kl city yang juga dalam prestasi terbaik mereka di tempat kedua dan ketiga.
Sementara pdrm pula terus menerus merudum dengan kekalahan ke 7 mereka dalam liga super 2025. apa sudah jadi dengan pdrm? adkaah musim mereka sudah tamat lebih awal dari yang sebenarnya?
Peminat Selangor Memang Padu.
Rata-rata peminat memberi pujian yang banyak kepada pasukan selangor selepas berjaya memenangi perlawanan semalam. Namun ada juga yang memberi peringatan agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan kemenangan ini sebab masih jauh perjalanan liga kita kan. jadi tak nak team lupa diri sebab tu lah ada peminat yang beri peringatan kepada pasukan.
Mungkin risau kalah lagi lepas ni. hehe tapi 6 perlawanan liga tanpa kalah jelas menunjukkan prestasi selangor dalam keadaan terbaik dalam memastikan mereka berjaya mendominasi liga dan layak ke Asia sekali lagi.
Aku tengok dekat stadium memang ramai gila turun bagi support dekat pasukan selangor walaupun main dekat away. Mungkin stadium mp selayang juga dalam kawasan selangor, jadi kelebihan besar untuk SFC untuk mendapat sokongan padu dari penyokong mereka.
Kesimpulan.
Secara keseluruhannya aku nampak perlawanan ini di dominasi oleh pasukan selangor. Tapi pada masa yang sama pdrm tak bagi laluan mudah untuk selangor menang mudah dan berpesta gol keatas mereka. Korang pun nampak sendiri betapa lajunya attacking pdrm semalam.
Cumanya kalau pdrm bermain dengan tiada isu gaji, maka semalam akan jadi mimpi ngeri pasukan Selangor fc tau. Ada banyak perkara yang perlu di lakukan selangor dari segi taktikal untuk bermain lebih baik di masa hadapan.
Untuk fans selangor, ahad ni, pasukan kesayangan korang bakal menerima kunjungan melaka fc bagi aksi terakhir tahun 2025. Manakala pdrm pula akan terbang ke brunei untuk menentang dpmm fc. Bolehkan kedua-dua pasukan ini mengekalkan momentum mereka dalam perlawanan seterusnya? sama-sama kita tunggu.

Catat Ulasan for "Selangor FC Memang Tengah 'On-Fire', Tapi PDRM Hampir Buat Gergasi Merah Gelabah!""
Jom komen ! :)