NSFC nak rombak pasukan? boleh ke cabar JDT?
Langkah awal yang dilakukan adalah dengan mengesahkan yang mereka dapat sokongan penuh dari pengerusi kelab bagi bertindak cepat dalam memastikan pasukan Negeri sembilan dapat kembali bersaing di pentas liga super. Perkara itu disahkan sendiri oleh ketua pegawai eksekutif mereka iaitu Faliq Firdaus.
Dia berkata dia bersyukur dengan persetujuan dan sokongan dari pengerus NSFC yang mana pengerusi bersetuju untuk membuat langkah pembaikan keluati pasukan negeri sembilan fc. ini menjadi satu langkah awal yang baik tau. kalau pengerusi dah on, maka lankah seterusnya akan jadi lebih lancar. selalunya lah.. haha harap begitulah kan..
Sudah pasti jendela perpindahan pemain di tengah musim ini menjadi tumpuan ramai pihak terutamanya pasukan-pasukan yang bertanding ini. Ada yang sudah pun lepaskan pemain dan ada yang sudah pun menanda tangani pemain tetapi hanya tunggu secara rasmi jer.
Begitu juga dengan negeri sembilan yang manan mereka mahu merombak pasukan itu agar kekal dapat beri laluan sukar kepada pasukan lain dalam liga. Faliq turut berkata yang pengerusi pasukan risau dengan prestasi pasukan di liga super dan mahu menggunakan fasa kedua perpindahan pemain untuk buat pembaikan pasukan.
Kalau tak buat juga, tak mustahil negeri sembilan akan jadi seperti musim lalu
sebagai pelengkap jadual sahaja.. ni kita tak mau tau. Sejak dari
kekalahan kepada melaka fc awal bulan ni, penyokong negeri sembilan semakin
meluap marah diorang ni.. walaupun kalah 0-2 ja tapi beberapa perlawanan lain
turun kalah menjadi faktor utama kemarahan penykong.
Jadi ia membuatkan penyokong melepaskan kemarahan mereka kepada pemain dan jurulatih selepas perlawanan itu. Turut menjadi mangsa aadlaah nidzam jamil.. dia pun kena maki dengan penyokong sehinggakan dia pun turut bergaduh bertengkar dengan penyokong tu..
Sudah pasti krtikan dan komen penyokong dititik beratkan oleh pengurusan dan sebab itulah pengurusan buat keputusan untuk berubah dan mencuba sesuatu yang baru bagi memastikan pasukan mampu bersaing dalam liga.
Kalau korang ingat, awal musim baru ni negeri sembilan antara pasukan yang dikatakan rising star dalam saingan liga kita.. stadium penuh dan lebih best penyokong happy tengok kebangkitan bekas juara piala malaysia ni. tapi lepas tu, prestasi makin menurun. import yang dulu onform tiba-tiba main biasa-biasa jer..
Tak nampak semangat langsung untuk menang. jadi penyokong yang tengok game tahu dan nampak prestasi mereka atas padang. kalau diam nanti pemain akan selesa dan ambil tak kisah dengan apa yang berlaku. bila cakap depan-depan.. gaduh pula kan.. jadi memang susah nak jaga hati semua pihak tapi yang penting masing-masing sedar kekurangan dan salah masing-masing.

Catat Ulasan for "NSFC nak rombak pasukan? boleh ke cabar JDT? "
Jom komen ! :)