Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sampai Bila Melaka FC Nak Merana? Imigresen FC Pula Kenduri 3 Mata Kat Hang Jebat!

Aduh, makin pening fans Melaka semalam. Lepas kena belasah minggu lepas, kali ni kena lagi kat rumah sendiri. Jujur aku cakap, taktikal Melaka FC semalam macam tak menjadi langsung. Jom kita bedah apa yang berlaku kat Stadium Hang Jebat semalam


Semalam berlaku satu perlawanan yang mengejutkan ramai orang taau..yang paling terkesan mestilah fans melaka kan.. kena dua gol pula tu.. ermm hampeh sungguh pertahanan pasukan melaka semalam.. Memang nampak kekecewaan di wajah penyokong Melaka sambil merenung nasib pasukan mereka.


Korang tahu ke, sebelum perlawanan ni bermula kaan.. fuhh ramai yang beranggapan yang melaka akan menang mudah jer.. alaa sebab lawan imigresen kan, jadi ramai kata diorang akan lalui perlawanan yang sangat senang. tapi haaa padan muke !! kalah juga dengan imigresen yang tengah bergelut tu..


Apa sudah jadi dengan melaka ni? aku pun tak tahu, geram juga.. dulu pasukan dia kuat gila tetapi sekarang ni lemau pulak kan.. Imigresen pula datang dan masuk ke stadium sebagai pasukan tak ada tekanan besarr.. dah biasa kalah dan masuk game pun dengan azam untuk dapatkan mata penting sahaja.


Ya, sudah pasti diorang nak dapatkan satu mata awal sebagai penaik semangat.. tetapi rezeki diorang lah kan dapat 3 mata penting dan pasti menggembirakan satu team besar diorang kaan.. 


Kalau aku fans melaka pun aku akan sedih tau sebab ni kekalahan kali kedua pasukan diorang ni dan berturut-turut ya.. jaranglah pasukan kalah dua kali.. haha pdrm fc jer kot itu ada masalah gaji kan.. tapi team melaka? masalah apa pula ya? sedih betul,  selepas sebelum ini dibelasah Kuching FC 0-4 pada perlawanan minggu lalu. Apa yang sudah jadi pada Melaka FC ? 


Melaka FC Terus Merana, Imigresen FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Stadium Hang Jebat


Aku serius nak puji imigresen sebab apa? dua gol yang sangat bermakna untuk Imigresen malam semalam yang kita semua tahu mereka juga bergelut nak menang.. ditambah pula dengan prestasi yang kurang baik sebleum titu membuatkan game semalam satu benda yang indah.. kau boleh tengok oach dan pemain semua senyum jerr lepas game kann..


Permulaan perlawanan ini menyaksikan pasukan Imigresen bermain dengan sangat baik dan mendominasi perlawanan dengan sempurna. Banyak hantaran-hantaran mudah dan sampai kepada hala tuju nya tanpa membuang peluang yang terhidang. Jelas ia satu perubahan taktikal yang baik bagi pasukan Imigresen.


Walaupun melaka fc nampak berhati-hati dalam permainan mereka tetapi imigresen juga bermain baik dan penuh berkeyakinan menyebabkan melaka sedikit terkejut dengan prestasi lawan mereka. tetapi masih belum ada gerakan berbahaya yang ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan di peringkat awal. Paling awal pun percubaan daripada Sharel Fikri iaitu penyerang Melaka Fc terhadap imigresen.


Namun percubaan itu tepat ke pelukan penjaga gol imigresen yang bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan berlangsung. ini satu prestasi yang sangat baik ditonjolkan oleh Zarif dalam perlawanan ni kan.


Prestasi terbaik penjaga gol mereka itu diterjemahkan dengan kecemerlangan serangan mereka apabila Jose Sosa berjaya menjaringkan gol pada minit ke 23. Gol dia berpunca dari bola muntah yang dilakukan oleh penjaga gol melaka Haziq Aiman yang gagal menampan kemas bola rembatan Joao Pedro yang menyebabkan bol itu singgah tepat di kaki Sosa.


Dia tidak tunggu lama dengan terus melakukan taping untuk membolehkan bola itu masuk kedalam gawang melaka fc. Pertahanan Melaka yang melihat keadaan itu jelas nampak kecewa dan sedih sebab sepanjang 20 minit mereka sudah bertahan dengan baik tetapi di sebabkan kesilapan tampanan itu menyebabkan mereka ketinggalan.


Gol kedua muncul pada minit ke 30 selepas Joao pedro mengambil peluang terhidang selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti melaka untuk menjaringkan gol kedua imigresen. Masa tu memang ramai pemain pertahanan jaga pemain imigresen. Tapi diorang terlepas Joao pedro lepas tu bola pula dapat dekat dia memang free gol saja weh untuk imigresens.


Pemain melaka fc macam terpinga-pinga bila melihat gol tu. macam tak percaya dah dua bijik masuk gol kan. Peminat melaka mengharapkan pasukan itu bangkit di separuh masa kedua tetapi mereka gagal untuk mendapatkan dua gol bagi mengimbangi perlawanan.


Walaupun melaka bawa masuk penjaring terbanyak mereka musim lalau Abdul Azim Rahim, yang ditukar dengan Sharel Fikri masih membuatkan pasukan mereka gagal mendapatkan gol yang sicari.


Beberapa percubaan yang dilakukan berjaya di tepis dan di tangkap dengan sempurna oleh penjaga gol Imigresen menyebbabkan tekanan makin berpihak kepada Melaka yang terlalu memerlukan 3 mata penting daripada perlawanan ini. Tamat perlawanan Melaka fc 0-2 Imigresen dan keputusan ini mengecewakan kira-kira 500 orang penonton yang hadir ke stadium semalam.


Bagi pengendali Imigresen, Yusri Che Lah pula dia jelas rasa gembira dengan kemenangan ini memandangkankan ini merupakan kemenangan ke 3 mereka musim ini. Jadi ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada jurulatih itu. Ditambah pula ada beberapa pemain utama yang masih cedera dan tak dapat diturunkan. Dengan 3 mata penting ini memberi suntikan semangat kepada mereka.


Keputusan ini terus mengukuhkan kedudukan Imigresen FC dalam saingan Liga Super, manakala Melaka FC perlu cepat bangkit untuk memastikan mereka tidak jatuh dalam kedudukan terbawah liha super musim inii. Disamping bagi mengelakkan tekanan berterusan dalam perlawanan seterusnya.. Semoga kedua-dua pasukan akan menjadi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

Apa-apa pun, aku harap Melaka FC cepat-cepatlah bangun. Jangan sampai fans dah tawar hati nak datang stadium baru nak gelabah. Untuk Imigresen, syabas lah sebab pandai ambil peluang. Kita tengok game depan macam mana pula. Korang rasa Melaka boleh bangkit tak? Komen sikit!


Catat Ulasan for "Sampai Bila Melaka FC Nak Merana? Imigresen FC Pula Kenduri 3 Mata Kat Hang Jebat!"