Penantian 8 Tahun Berakhir! Harimau Muda Tebus Maruah, Gangsa Sukan SEA Milik Kita!
Bangga yang tak terkata diluahkan oleh setiap rakyat Malaysia yang juga peminat bola sepak Malaysia selepas kejayaan manis skuad harimau muda yang juga merupakan skuad bawah 23 tahun negara mengalahkan pasukan filipina dalam penentuan pingat gangsa sukan SEA 2025.
Walaupun pasukan ini mempunyai maslaah besar seperti tiada perlawanan kompetitif sebelum kejohanan tetapi mereka berjaya mengabaikan semua itu dan menghadiakan pingat gangsa yang sangat bermakna untuk pasukan negara.
Tak terluah rasa seronok melihat pemain-pemain ini dikalung pingat ketika majlis penyampaian pingat sebab kita tahu kesukaran yang mereka lalui dan tekanan yang mereka hadapi jadi memang sangat bangga dengan kejayaan mereka ini.
Lebih manis, penantian selama 8 tahun tanpa sebarang pingat sukan sea bagi acara bola sepak sangat berbaloi dengan kejayaan indah ini. bukan mudah tapi kita tetap berjaya! itu yang paling penting untuk kita. Misi kita berjaya!
Terapi akhirnya kejayaan tetap menjadi milik kita.
Ia juga memberi petanda positif terhadap pembangunan skuad muda negara serta menjadi asas penting menjelang kejohanan antarabangsa seterusnya. Namun, ada perkara besar yang kena dititik beratkan dalam pembangunan seterusnya memandangkan kita bakal menjadi tuan rumah pada tahun 2027 sukan SEA pula nanti.
Kalau kita tak buat persediaan sekarang, mungkin kita akan dimalukan dalam perlawanan itu nanti ketika bermain di hadapan penyokong sendiri.
Secara keseluruhan walaupun banyak dugaan yang melanda pasukan ini tetapi mereka tetap berikan yang terbaik selain layak secara nasib ke semi final menunjukkan kita ada kelebihan untuk beraksi dengan lebih baik selepas ini.
Walaupun bukan emas atau perak, pingat gangsa ini membawa nilai besar buat Malaysia selepas kemarau panjang selama lapan tahun. Semangat juang yang ditonjolkan oleh pemain serta kebangkitan pemain dan disiplin pasukan menjadi faktor utama kejayaan menewaskan Filipina dalam perlawanan penentuan.
Memang perasaaan tu tak dapat nak cerita dengan tulisan sebaliknya ia akan kekal dalam otak kita sebagai tekanan terindah untuk tahun 2025 ini yang mana Malaysia kembali berdiri di podium bola sepak Sukan SEA seperti gergasi bola sepak asia tenggara yang lain. waah !! ini hanya satu langkah kecil, tetapi penuh makna untuk masa depan bola sepak Malaysia.

Catat Ulasan for "Penantian 8 Tahun Berakhir! Harimau Muda Tebus Maruah, Gangsa Sukan SEA Milik Kita!"
Jom komen ! :)