Terkejut!! Malaysia layak lawan Thailand di semi final sea games 2025!! Tak sangka betul !
Wah.. memang luck gilakan kan kita ni.. haha bukan apa, jangan marah aku tau. sebenarnya ceritanya kita ni dah selangkah balik awal dah dari sukan sea untuk acara bola sepak.. tapi entah macam mana ada rezeki lagi untuk melangkah ke semi final.. kiranya kalah kau fans yang kecam team masa kalah hari tu memang lari hilangkan diri ke macama mna. haha
Malaysia baru sahaja di sahkan akan beraksi menetang pasukan tuan rumah Thailand di pentas semi final acara bola sepak sukan sea 2025. fuuhh meremang weh bila baca kan. jujur aku pun tak sangka yang kita akan layak. aku pun fikir kita dah selesai dah misi buru pingat tapi hakikatnya kita masih ada peluang bawa balik pingat weh..
Sedar tak sedar misi sekarang adalah layak ke final tau.. buka mudah, kita perlu menang dulu dengan thailand yang sudah pasti mahu ke final sebab mereka kan tuan rumah kan.. jadi memang harapan menggunung mereka untuk kalahkan kita.
Tekanan pasti ada dekat pasukan thailand berbanding Malaysia. sebab utama kita tak mai di home kita mereka nak buktikan ibu segala pingat ni dimenangi mereka di hadapan penyonkong mereka kan.. jadi kita tak lah rasa cuak sangat nak lawan diorang nanati.
dengan peluang beraksi di semi final ni ia umpama beri nyawa untuk Malaysia tamatkan rekod tiada pingat di pentas final sukan SEA.. nak sebut pun malukan tapi itulah hakikatnya.. skuad muda negara sentiasa tiada luck di sukan sea walaupun barisan pemain muda tu power gila tapi tetapi susah nak masuk final..
Yerlah kan.. saingan sukan SEA ni bukan kaleng-kaleng.. kita silap sikit, pasukan lain terus naik atas kita. banyak pauskan hebat yang bersaing dan mempunyai base player yang sangat berkualiti berbanding kita. .. panjang dah aku intro ni.. hahaha..
Thailand pun sendiri mengaku yang mereka tertekan untuk mengalahkan Malaysia supaya dapat ke final. ditambah pula team malaysia kita sudah ada skuad yang cukup baik untuk mengalahkan mereka dengan kehadiran pemain-pemain yang kembali sembuh daripada kecederaan.. fuh ni kalau perform habis dekat semi final, kita ke final weehh.. wow !! semangat pula aku ni.. haha
mana tak nya.. kita kan kali terakhir menang pingat ketika tahun 2017 dulu.. masa tu kita main dekat malaysia.. walaupun dijangka kalah awal tapi masa tu aku ingat lagi, kita tetap bagi persembahan terbaik dan beri pingat untuk Malaysia kan..
sekarang ni target kita adalah pingat !! kita fokus betul-betul lawan thailand. kalau menang kita ke final, kita kena get ready betul-betul lawan sesiapa sahaja. itu misi kita.. fokus game demi game agar kita tak tercicir dalam misi kita tau.
kita tak mau kesilapan kita di peringkat kumpulan hari tu jadi penghalang kita ke final.. yerlah kita buat salah..takmau dahingat.. sekarng lebih baik fokus kepada perlawanan yang akan datang kerana kita fokus untuk berjaya di masa hadapan.
Kita juga perlu tenang bermain tanpa rasa gopoh gapah yang akhirnya akan membuatkan kita hilang fokus. kena anggap lawan thailand kali ni macam final dah.. barulah kita boleh berikan yang terbaik.. mindset kita ni tak boleh fikir macam peringkat kumpulan.. sebab misi kita sudah berbeza tau.. jadi kena positif untuk menang.
Tumpuan kena 100% jangan leka dengan permainan lawan yang sudah pasti akan membuatkan kita cepat marah dan kemungkinan mereka akn membuang masa demi mendapatkan kemenang mudah tanpa risiko. kita tak boleh tertekan butang panik sehingga kita dapat kad yang tak sepatutnya.
selebihnya, kita serahkan kepada Allah untuk kemenangan pasukan kita. Menang kalah nanti itu belakang cerita yang penting usaha kita ini kena bersungguh=sungguh supaya hasilnya tidak mengecewakan. ingatlahh.. anak muda yang kita main kerana bendera di dada bukan kerana diri kita tetapi kerana rakyat negara kita.
Semoga doa penyokong bersama anda semua harimau muda! ayuh !! kita kasi pingat buat untuk Malaysia!!

Catat Ulasan for "Terkejut!! Malaysia layak lawan Thailand di semi final sea games 2025!! Tak sangka betul !"
Jom komen ! :)