Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Malaysia U23 kalah 0-1 kepada Thailand, penyokong tetap puas yer .. kenapa ??

Satu kisah sedih yang kita kena telan.. walaupun dah lama tapi aku tetap nak kemaskini dan menceritakan kisah indah  permainan ini yang menyebabkan malaysia bawa pulang pingat gangsa yang diimpikan. Walaupun hakikatnya kita ni memang nak pingat emas. tetapi bila kalah dengan thailand ni misi kita bertukar menjadi misi sekurang-kurangnya bawa pulang pingat gangsa.

Mula-mula tu aku jangka pingat gangsa pun susah nak dapat tetapi kita berjaya dapatkan. tapi itu semuakan kau dah cerita dah dalam artikel sebelum ini, korang boleh carilah dekat sana ya. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal kekalahan tipis 0-1 kepada thailand yang membuka mata banyak pihak mengenai kemampuan skuad bola sepak bawah 23 tahun negara..

Ini bukan untuk kecaman ataupun kritikan. ia sekadar perkongsian sahaja tau. bagi yang tak tau tu, impian skuad Bawah 23 (B-23) negara untuk menamatkan kemarau ke final Sukan SEA 2025 baru-baru ni menjadi menemui jalan buntu. sebab utamanya adlah kalah tipis 0-1 kepada tuan rumah Thailand di semi final.


Malaysia B-23 Tewas Tipis 0-1 Kepada Thailand, Impian Final Sukan SEA 2025 Terkubur


Ada banyak faktor yang membuatkan kita gagal ke final tapi ramai dah yang bercakap soal ni. jadi kita sembang santai jer dan menikmati perlawanan ini dengan satu sudut yang lain... haa macam mana tu? sebenarnya kita ada beberapa perkara yang kita boleh ambil dari perlawanan ini.

Yang pertama, bermain dengan 10 pemain selepas insiden kad merah di awal permainan membuatkan kita sukar menyerang. Thailand tak power pun dalam game ni tapi kita perlu bermain dalam masa yang lama dengan kekurangan pemain membuatkan kita rasa gugup di bolosi. akhirnya kita berkampung di tempat sendiri sahaja. 

ini jelas memberi kelebihan untuk thailand menyerang tapi mereka juga kan tak power un.. mereka jaring satu gol dan lepas tu buntu gila nak bolos pertahanan kita. kalau kita dapat sikit luck malam tu, pasti kita sudah ke final kan.. hehe.


Sekadar review perlawanan ini, kita bolos dengan kesilapan sendiri apabila kita bagi peluang thailand dapat freekcik luar kotak penalti tapi itu peluang besar mereka menjaringkan gol. jelas sekali pemain kita jatuhkan pemain thai tu dan mereka pula ada skill untuk jaringkan gol menerusi sepakan percuma, maka terhasillah gol.

Tapi sejak daripada insiden sepakan percuma tu, banyak kali thailand cuba serang melalui bahagian yang sama tapi sayang, malaysia dah dapat baca permaiann tu dan lebih kemas bertahan dan menyerap asakan.

tapi tulaah.. bila terlalu banyak bertahan, kita lambar menyerang dan sebab itulah kita susah nak dapat gol penyamaan. ditambah main 10 orang jer.. memang opsyen utama adalah bertahan jer kan. Tapi pujian tetap aku bagikan dekat pemain-pemain kita yang main dengan 100% komitmen mereka ni tau. sebab nampak mereka betul-betul jaga gawang kita dengan baik.

Selain penjaga gol thailand yang cemerlang halangan beberapa percubaan kita, penjaga gol malaysia juga perlu diberpi pujian sebab 20 minit terakhir tu kalah tak jaga betul-betul memang jadi pesta gol weh untuk thai. hahaha tapi zulhilmi berjaya bermain dengan baik dan mengekang asakan lawan dengan sangat baik.

Bila main elok, kalah pun kita tak kecewakan tapi kecewa jugalah sebab kita nak emaskan.. hahha tapi nak buat macam mana, itulah realiti bola sepak. pasukan hebat akan terus menang tetapi adakala terpaksa akur dengan situasi semasa di atas padang kan.. jadi kita move on !! 

Sebelum perlawanan tempat ketiga dan keempat, skuad bawah 23 tahun negara sudah mengubah matlamat mereka dengan mahu memastikan sekurang-kurangnya dapat bawa pulang pingat gangsa ke Malaysia sebagai hadiah penutup tahun 2025 yang penuh dengan dugaan.

Menentang Filipina bukan perkara mudah sebab mereka pun nak menang. takda yang nak balik tak bawa pingat... jadi mahu tak mahu kena menang juga. kalau tak kena tunggu tahun 2027 pula untuk edisi seterusnya.

Misi menentang thailand sudah selesai, walaupun kalah kita tunjukkan kehbatan dan smengaatt kita berjuang mengelak dari menjadi mangsa belasahan jiran kita ni kan.. kita puas hati dan kini fokus untuk misi pengat gangsa pula ya. ayuh malaysiaku !!

Catat Ulasan for "Malaysia U23 kalah 0-1 kepada Thailand, penyokong tetap puas yer .. kenapa ?? "