Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kuching City Mengganas! Melaka FC Jadi Mangsa 'Malam Berdarah' Di Petra Jaya

Malam yang indah untuk penyokong kuching city selepas pasukan kesayangan mereka berjaya membelasah pasukan Melaka FC dengan jaringan 4 gol tanpa bolos yang sangat mantap dalam perlawanan liga super pada malam ni. Stadium negeri petra jaya menjadi saksi kehebatan pasukan tuarn rumah dalam memastikan 3 mata penting diraih pasukan hari ini.

Yang lebih penting, penyokong kuching city tak jemu-jemu hadir ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kegemaran mereka. Disebabkan penyokong beri sokongan dan sorakan padu kepada pemain, kuching city hanya perlukan 7 minit sahaja untuk mendapatkan gol pertama dalam perlawanan ini.

Melaka bukanlah pasukan kuat jika nak dibandingkan dengan prestasi semasa kuching city. Melaka masih bergelut dengan prestasi tetapi kuching city sudah berimpikan slot ke kejohanan asia pada tahun hadapan. ia jelas matlamat kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini sangat berbeza. 

Sebelum perlawanan ramai yang sudah jangka yang kuching akan mudah mengalahkan melaka atas sebab utama adalah prestasi semasa seperti yang aku cakap dekat atas. tetapi aku nak highlightkan adalah taktikal kedua-dua pasukan yang sangat berbeza. Ditambah pula kesungguhan untuk 3 mata juga jelas dilihat dalam kalangan para pemain tuan rumah dalam perlawanan malam ini.

Bila semangat nak menang itu ada, apa pun tak boleh menghalang mereka untuk menang kan. jadi ia jadi kayu pengukur kemenangan Kuching city fc pada perlawanan ini. Melaka pula datang dengan harapan tetapi ia tidak cukup kuat untuk menang.


Kuching City FC Benam Melaka FC 4-0, Kukuhkan Kedudukan Liga Super 2025

Gol awal dari James Okwuosa beri laluan awal kepada pasukan Kuching city untuk 3 mata penting. Lebih menarik lagi gol ini terhasil daripada situasi bola mati yang mengelirukan pemain lawan mereka. Okwuosa tidak tunggu lama bila dia dah nampak peluang tu, dia terus tanduk masuk menewaskan penjaga gol Melaka.

Masa ni memang nampak penjaga gol melaka kecewa gila bila tak dapat nak sekat gol awal tu. Ia juga jelas menjadi sebab utama permainan Melaka FC merudum dan menggangu rentak pemain pasukan itu. Namun begitu kita nampak dengan jelas yang pemain melaka cuba kembali menyamakan gol tetapi sukar sebab pertahanan kuching city terlalu kukuh.

Permainan diteruskan selepas itu dan hasilnya Danial asri berjaya menambah gol kedua untuk kuching city sebelum rehat separuh masa pertama. Daniel berjaya membuatkan melaka fc menderita selepas pasukannya tidak putus-putus melakukan serangan demi serangan kearah pintu gol melaka sebelum terhasilnya gol daniel asri pada minit ke 45.

Bersambung babak kedua, joao pedro dan ngah wanja berjaya mendapatkan gol masing-masing untuk terus menaikkan pasukan kuching city ketangga yang lebih baik. Memang waktu ni nampak perubahan taktikal yang padu dari kuching sehingga berjaya mendapatkan gol tambahan.

Pada minit ke 49 Joao pedro tak tunggu lama untuk mendapatkan gol ketiga kuching city dan gol keempat muncul pada minit ke 71 menerusi ronald ngah wanja. hasil 4 gol yang mantap ini memberikan kuching city kelebihan dengan mengumpul 24 mata hasil dari 7 kemenangan liga setakat ini. 

Bagi yang tak tahu, ini juga merupakan pencapaian terbaik kuching city dalam saingan liga super sejak kali pertama ditubuhkan. jadi dengan peluang yang ada ni mereka gunakan sebaiknya untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, anak buah aidil sharin sangat mendominasi perlawanan ini dan banyak mencipta peluang untuk mendapatkan gol. 4 gol terhasil sudah cukup untuk buktikan yang taktikan jurulatih kelahiran singapura itu sangat baik dan sangat berkesan. penyokong kuching city mesti sayang dengan adil sekarang ni. hehe.

Semoga jodoh mereka berkekalan sebab setakat ni ada dua atau 3 pasukan yang kekosongan jurulatih dan tidak mustahil nama jurulatih aidil sharin dapat masuk kedalam senarai pilihan pasukan-pasukan itu memandangkan prestasi terbaiknya bersama kuching city sekarang ini.

Prestasi melaka pula harus diberi perhatian oleh pihak pengurusan mereka. seharusnya mereka lebih serius bermain di liga utama dan bukan sekadar pelengkap jadual sahaja. memang ramai bimbang melaka akan kembali seperti dahulu dengan ketiadaan beberapa pemain berkualiti di setiap posisi menjadikan mereka sukar untuk bersaing.

Pengurusan Melaka FC perlu ambil tindakan segera dan gunakan peluang perpindahan pemain yang bakal dibuka ini untuk meningkatkan prestasi pasukan mereka. kita doakan kedua-dua pasukan menjadi lebih baik dalam perlawanan seterusnya.

Catat Ulasan for "Kuching City Mengganas! Melaka FC Jadi Mangsa 'Malam Berdarah' Di Petra Jaya"