Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

FAM Kena Hukum Lagi Dengan FIFA, Nak Pergi Mana Lepas Ni.. Malu!!

Hai korang, seperti biasa arena bola sepak Malaysia tak pernah sunyi dengan masalah. kali ini kita sekali lagi di gegarkan dengan keputusan padu dari FIFA. Kali ni lebih pedih dan panas serta memalukan bola sepak Malaysa. Pesekutuan bola sepak Dunia itu telah menjatuhkan hukuman berat terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), melibatkan tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 skuad Harimau Malaya.

Arghh apalagilah masalah yang kita kena lalui ni. memang susah dan semakin sukar. impian nak tengok bola sepak kita maju semakin terkubur. itu semua kerana kesilapan kita sendiri terlalu ghairah untuk menang. Bagi korang yang tak tahu,  Malaysia telah dijatuhkan hukuman ditolak mata daripada 3 kemenangan yang kita perolehi dalam 3 perlawanan kelas A yang diiktiraf FIFA sebelum ini.

Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang bersidang pada 12 Disember 2025, dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Jorge Palacio. Aku memang geram betullah. semua ni tak kan terjadi kalau kita kalah semua perlawanan tu. tapi sekarang ni kita menang maka ramailah yang dengki.

Tapi yang lebih sedih lagi, kita dilihat yang bersalah berbanding yang betul. Jadi kemungkinan besar unsur penipuan itu tetap ada sehinggakan FIFA dilihat terlalu yakin untuk menghukum kita. Sedih sangat tengok keadaan kita sekarang ni kan... 


Hukuman FIFA: 3 Perlawanan Antarabangsa Harimau Malaya Diisytihar Kalah 3-0

Jom kita tengok apa masalah FAM yang FIFA suka sangat bagi denda ni. Kali ni ditolak mata pula. fuhh ada yang tak kena ni.

Sebenarnya FIFA dah dapat bau dah yang FAM ada buat salah selepas mendapat aduan dari seseorang selepas kemenangan besar Malaysia keatas Vietnam dalam aksi kelayakan pertama Piala Asia 2027. Jadi mungkin puak-puak tu iri hati dengan kita sebab menang besar, jadi mereka pun buat report dekat FIFA. tapi aku tak tahu diorang ke buat atau orang lain.

Sebab penjelasan fifa sebelum ni pun dah kata aduan dibuat selepas perlawanan Malaysia vs Vietnam itu. entahlah .. korang nilai lah sendiri kan.

Masalah sekarang, FAM sudah didapati bersalah melanggar artikel 19 kod tatatertib FIFA. untuk lebih jelas lagi, Persatuan bola sepak Malaysia menurunkan pemain yang tidak layak dalam 3 perlawanan antarabangsa yang diiktiraf sebagai Tier 1. Macam biasalah 7 pemain tu yang dibawa turun bermain menetang pasukan-pasukan tu.

Jadi disebabkan itulah Fifa buat keputusan untuk mengishtiharkan perlawanan-perlawanan tu semua menjadi kalah untuk Malaysia dan diberi kemenangan 0-3 kepada lawan. Lebih jelas 3 perlawanan ini adalah ketika Malaysia lawan Cape verde, Singapura dan Palestin. Ehh kejap, bukan lawan vietnam pun tolak ke?

Sebenarnya lawan vietnam tu belum disahkan lagi sebab AFC atau persatuan bola sepak Asia masih belum buat keputusan walaupun sudah ada ura-ura Malaysia akan terima nasib yang sama juga dengan hukuman FIFA ni. Jadi setakat ni masih belum ada pengumuman AFC sebab mereka masih menungguh keputusan CAS yang akan diumumkan tidak lama lagi. 

Hasil penolakan mata itu menyebabkan Malaysia kembali jatuh ke kedudukan ke 121 dunia selepas menghuni tangga yang terbaik sebelum ini selepas memenangi perlawanan-perlawanan itu.

Tak cukup dengan itu, FIFA dilihat masih marah dengan FAM apabila mereka sekali lagi didenda dengan hukuman denda CHF 10,000 yang aku boleh katakan dalam kira-kira RM 51,414 kerana kesilapan dan pelanggaran peraturan tersebut.

Jelas ia menambah tekanan kepada FAM selepas satu demi satu keputusan FIFA tidak berpihak kepada Malaysia. tidak hanya diamkan diri, FAM dijangka akan mengemukakan permohonan bertulis kepada FIFA bagi mendapatkan alasan penuh keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Langkah itu diambil sebelum FAM mempertimbangkan tindakan seterusnya, termasuk kemungkinan mengemukakan rayuan atau langkah perundangan lain yang dibenarkan mengikut peraturan FIFA. ermm.. tapi setakat ini aku perhatikan tindakan FAM ni tak nampak berkeyakinan untuk menang. Nampak macam lebih kepada mainan media untuk nampak mereka buat kerja.

Entahlah, aku hanya terfikir macam tu. mungkin aku salah dan mungkin aku betul. Tapi keputusan dan hukuman FIFA ni jelas memberi tamparan hebat buat bola sepak Malaysia. Kita yang dijangka akan lolosk ke Piala Asia selepas mendahului peringkat kumpulan dan memenangi beberapa perlawanan antarabangsa tapi semua itu musnah sekelip mata sahaja.

Walaupun pemain dan pasukan kejurulatihan berjaya menunaikan tanggungjawab di atas padang, isu pentadbiran dan pematuhan peraturan akhirnya membawa implikasi besar kepada rekod rasmi pasukan kebangsaan.

Bila jadi macam ni, ramailah pihak yan buka mulut kan. termasuk penyokong yang meluahkan rasa kecewa serta kebimbangan terhadap kemanakah tujuan dan target  pengurusan bola sepak negara. ada yang beranggapan bahawa kali ini kita akan kalah besar walaupun sudah bawa isu ni ke mahkamah timbang tara.

Ramai meminta FAM terima keputusan Fifa jer.. tak yah susah-susah fikir. Lepas ni kena gantung dan biarkan dan kembali selepas itu. Tapi jelas itu tidak beri kelebihan kepada kita. Hukuman FIFA ini menjadi peringatan jelas bahawa aspek pengurusan dan pematuhan peraturan sama penting dengan prestasi di atas padang.

Peminat bola sepak tanah air pasti tengah tungguu dan  menantikan langkah seterusnya FAM, dalam usaha mengurangkan kesan hukuman Fifa ni...  walaupun dah dijangka tapi tetap tunggu sesuatu yang positif akan diterima. Pada masa yang sama penyokong harap dan mahu memastikan insiden sama tidak berulang pada masa akan datang.

Catat Ulasan for "FAM Kena Hukum Lagi Dengan FIFA, Nak Pergi Mana Lepas Ni.. Malu!!"