Bola Sepak Sukan SEA 2025, boleh ke Malaysia menang emas?? Merisaukan betul !!
Kejohanan terbesar di asia tenggara sudah kembali!! misi pemburuan pingat emas sudah bermula !! ramai tau yang tak sabar nak tengok aksi pasukan-pasukan bola sepak terutamanya pasukan Malaysia yang dibarisi pemain muda negara.. fuhh berdebar lagi takut pun ada. bagi korang yang tak tahu setiap kali kejohanan asia tenggara ini hanya skuad muda sahaja yang di hantar.
Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pemain muda untuk beraksi di peringkat tertinggi malah ia mengelakkan dari pasukan yang tidak mengumpul pemain kerana tugasan kali ini diluar kalender Fifa.. haa kalau tidak nanti isu kelab tak lepas pemain dan sebagainya akan berlaku.. jadi nak selamat dan adil.. diorang buatlah macam ni..
Bukan tak pernah hantar sekuad senior tapi itu dulu lah, sejak kebelakangan ini semua bersetuju hantar pemain muda jer untuk rebut pingat emas. acara bola sepak ni bukan kaleng-kaleng tau. sebab setiap kali edisi sukan SEA, memang ni lah acara yana aku tungguu.. ni jer yang best.. hahah tapi dalam edisi sebelum ni kita banyak kali balik awal dan kali terakhir kita menang pingat pada 2017 tau.
Fuhh lama gila.. aku pun tak tahulah badi apa yang ada dekat skuad harimau muda. Bukan nak kata tak ada kualiti semua cukup tetapi entahlah mungkin takda rezeki kot.. kita pernah ada skuad terkuat tapi masih kalah awal dan tak sempat ke semi final pun.. haha kelakar jugakan.. tapi itulah nasib harimau muda kita..
Seperti biasa, sukan sea akan ada skuad lelaki dan wanita. tapi skuad wanita ni selalu tak tahu sangat pun sebab selalunya diorang tak perform sangat dan tak diberi perhatian pun. tapi edisi kali ni kita tak tahulah sebab katanya persiapan sudah lengkap dengan jurulatih luar nerara bagai jadi mungkin adalah harapan nak menang sket kan. haha
Mungkin aku boleh bagi tahu dekat korang yang tarikh acara bola sepak ni akan berlangsung mulai 3 disember 2025 sehinggalah 18 disember ini. Dan ia bermula di peringkat kumpulan dan juara dan naib juara akan layak ke semi final. itulah formatnya.. tak penting sangat pun tapi korang tahulah ya sebab nak support team kita Malaysia kan..
Kesemua perlawanan akan berlangsung di raja mangala.. jadi korang yang turun support tu pastikan korang datang ke stadium yang betul ya.. kalau tidak takdapatlah tengok game nanti. hahaha
Untuk pasukan Malaysia kan, kita diundi bersama-sama dengan Vietnam dan Laos. jadi rasa macam mana gaknya kita nanti kan.. boleh tak menang kedua-dua game tu nanti. risau juga sebab vietnam kan power dan banyak pemain berkualiti. memang akan jadi laluan sukar untuk kita menang nanti.. tapi jangan putus asa tau.. kita terus support Malaysia !!
Selalunya acara bola sepak ni memang akan ada aksi sengit yang ditonjolkan terutama dari pasukan besar seperi Thailand, vietnam, indonesia dan sudah pasti malaysia.. jadi ia akan menajdi tumpuan kita untuk tengok keupayaan pasukan kita di pentas asia tenggara.. kalau tidak kita masuk gua ja.. hahaha.
Selebihnya sebagai peminat bola sepak Malaysia.. kita harap satuu jer, pemain kita kena fokus dengan permainan dan tak terbawa isu yang selain daripada sukan SEA kedalam perlawanan. kita tahu, skuad negara banyak sangat masalah luar padang. sampaikan diorang ni tak sempat pun nak pilih lawan untuk persahabatan sebelum sukan sea ni..
Jadi kita harap mereka dapat berikan yang terbaik dan tidak terbawa dengan isu luar padang tu.. risau juga kita jadi mangsa belasahan kan.. tapi itulah kita kena terus peringatkan agar mereka tidak mengulang script lama mereka..
korang pun mesti nak tengok kita menang kan.. tak yah nak poyo sangat lah .. haha.. aku dah agak dah.. ni mesti kes tak nak mengakukan, takpalah aku bagitau siap-siap untuk korang. Kita mahu pingat emas dan sudah pasti pengharapan tetap ada kerana kita yakin kemampuan pemain kita semua.. ayuh Malaysiaku !! kita kasih emas untuk Malaysia !!

Catat Ulasan for "Bola Sepak Sukan SEA 2025, boleh ke Malaysia menang emas?? Merisaukan betul !!"
Jom komen ! :)