Stadium kita makin kosong, penyokong sekarang makin malas kerr?
Hai peminat bola sepak!! hehe kita geng !! aku tak pasti korang macam aku tak bila fikirkan sesuatu yang tak asing dengan bola sepak iaitu stadium bola. banyak kenangan aku dengan stadium ni.. teringat zaman-zama aku jadi pengutip bola bila ada kejohanan besar.. lari keliling stadium cari bola yang hilang.. haha
Rupanya dah diambil oleh senior.. haha ciss dia tak bagitau aku pun yang dia dah simpan bola tu siap-siap.. Stadium di tempat aku ni jadi tempat utmpuan orang ramai.. ada kedai makan atau astaka makanan untuk digunakan oleh orang awam.. jadi dia tak sunyilah walaupun tak da perlawanan..
tapi dulu susah tau nak dapat macam ni.. stadium dah macam rumah hantu kalau tak da game..kalau rehat habis musim, memang kosong dan tumbuh lalang habis kalau tak dijaga sebab takda match kan.. sekarng adalah juga aktiviti walau tak banyak tapi ada orang kerja setiap hari jaga padang dan stadium..
Hari ni aku nak cerita pasal stadium sunyi tanpa penyokong.. inilah cerita paling sedih. turun lawan team besar atau kecik, stadium masih kosong dan bunyi cengkerik lebih kuat dari sorakan penyokong.. ermm apa nak jadi dengan peminat bola sepak kita ni.. stadium tak nak datang tapi marah bila team kalah.. apa niii.. pening lahh..
Bila kita masuk stadium kosong ketika perlawanan kan, macam zaman 2020 dulu yang kedengaran adalah suara coach dan pemain sahaja yang saling beri sokongan untuk menang game malam itu..sebenarnya stadium tu pernah penuh dengan sorakan sebab itu tanda semangat dan cinta kita dengan pasukan.
tapi sedih betull sekarang ni.. sebab itu ada sesetengah pasukan perlu merayu dengan peminat weh sebab nak ajak mereka datang ke stadium.. ada yang buat cabutan bertuah bagi hadiah itu dan ini tapi masih tak ramai yang turun. kalau sesi cabutan bertuah tu berlaku sebelum perlawanan, maka waktu tu jer yang ramai tapi bila game mula stadium kembali kosong..
Korang tahu kan apa akibat kalau stadium dah tak ramai ia tanda suara penyokong semakin berkurangan. Kalau waktu dulu, ada game jerr terutamanya game besar memang susah nak dapat tiket.. ada yang panjat pagar semata-mata nak tengok game juga walaupun tiket dah habis.
Korang sebut jer stadium mana, Stadium Shah Alam, Larkin, Sultan Mizan mesti penuh sampai pintu pagar pun orang berdiri. sayang betull, Sekarang? Kadang-kadang kamera TV pun kena ‘zoom rapat’ supaya tak nampak tempat duduk yang kosong. sebab ramai dah tak semangat nak tengok game kita.. Ramai yang kata bola tempatan dah hilang tarikan.
Tapi bagi aku, bukan semangat yang hilang tapi cuma rasa percaya tu dah makin berkurang. korang ingat stadium akan penuh kalau kita menang satu game jer? tak mungkin !! aku berani jamin !! kalau dua game baru mereka rasa nak tengok di stadium.. game ketiga kalah balik dah tak jadi terus nak turun stadium.. haha.
Penyokong sekarang bijak. Dia bukan nak menang saja, tapi nak tengok usaha, nak tengok perubahan dan yang paling penting dan paling pemain tak perasan adalah penyokong nak tengok maruah dijaga. maruah pasukan dan lencana didada di jaga dengan kemas dan betul. Kalau pasukan main bola pun sambil lewa, jangan mimpi weh penyokong nak turun tengok game tu.
Seterusnya, stadium bukanlah tak ada orang langsung akan ada mungkin 30 atau 40 orang yang turun juga mungkin sebab terbeli tiket atau bosan tak tahu buat apa,. tapi 40 orang untuk 40 ribu kapasiti stadium memang akan terasa kosong.. mustahil aura dia akan sama dengan stadium yang penuh.
Mereka yang datang tu kaan.. mereka adalah penyokong sejati.. tak kira pasukan onform atau off dorm.. dia tetap datang. ada yang sanggup berhabis duit ratus-ratus. hujan atau ribu dia tetap datang sebab nak tengok pasukan dia main depan mata dia. ini memang lain macam.. pengalaman aku jumpa orang macam ni tempat kita ni memang ada.
Kadang-kadang tu aku pun malu juga dengan diri aku sebab aku pun tak mampu nak buat mcama tu kan. bila kalah aku pun malas nak turun stadium..Dia ni aku cakap dekat korang memang tak kisah kalah menang sebab ada semangat yang kuat dalam diri dia.. sampai tahap rasa tanggunghawab untuk hadir ke stadium.
Mungkin dah jadi darah daging dia. kalau tak turun tu memang rasa lain kan. Korang tengoklah penyokong Kelantan, Terengganu, Kedah, mereka ni lah contoh penyokong sejati. Kita tahu yang pasukan mereka kadang-kadang dekat atas, selalu dekat bawah. walaupun pasukan naik turun, tetap ada yang setia pakai jersi, tetap terus bersorak. korang kena sedar yang itulah jiwa bola sebenar.
Kita juga kena sedar bola sepak ni orang selalu bandingkan antara liga kita dengan liga eropah.. walaupun sudah tahu yang aura dia lain tapi itulah kita tetap tak mahu berpijak di bumi yang nyata. dekat sana boleh kata vibe bola tu besar tapi nilai persahabatan antara penyokong lagi besar.
Tak banyak songeh macam kita. diorang jumpa tepi jalan pun cakap pasal bola. dekat kedai makan selepas perlawanan atau pagi esoknya tetapi bertegur sama dan sembang pasal game perlawanan kegemaran mereka tanpa rasa bosan dan jemu. Mereka juga tidak bermusuhan antara satu sama lain.
Kalau kita ni, memang dah tak bertegur sapa dah.. keja nak bergaduh ja.. bertumbuk dan bergaduh dengan pengadil dan sebagainya.. itu pun nak samakan liga kita dengan liga eropah. Mentaliti murahan tapi nak nampak gah.. stadium pun tak leh nak turun ada hati nak samakan stadium korang tu dengan san siro? hahaha
Catat Ulasan for "Stadium kita makin kosong, penyokong sekarang makin malas kerr?"
Jom komen ! :)