Ramai nak jadi pemain bola, tapi susah !! fuhh sakit hati aku !
Hai guys! kali ni kita teruskan sembang santai dekat blog aku ni kan..aku nak tanya ada tak yang nak jadi pemain bola dekat Malaysia ni.. yerlah tak kisah pun korang nak main liga amatur jer ke atau nak main liga pro.. tapi kita ikut usia lah ya.. tak kanlahumur 40 lebih nak main dengan kelab-kelab besar.. Ronaldo jer yang boleh buat macam tu.. hehe
Sebab tak ramai mampu bertahan sampai ke tahap itu.. tapi jangan risau, dekat Malaysia ni ada banyak peringkat boleh main bola secara kompetitif.. sebab apa aku cakap macam tu? sebabnya dari tadika lagi dah ada yang main.. ini kan pula yang sudah berusia lanjutt kaan.. budak-budak sekolah tadika Pasti yang baru nam tahun pun boleh buat skill dan score jauh walaupun main peringkat tadika jer..
Fuhh itu yang buatkan aku terfikir yang kalau nak main bola sepak dekat kelab-kelab sosial ni masih boleh dan ada banyak sokongan untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.. Fuhh aku masih teringat tengok budak-budak tu main sampaikan aku cakap budak-budak ni bukan umur diorang sebab dah nampak matang gila masa main bola tu..
Kita kena bagi dorongan dan semangat.. ramai yang berhenti selepeas terima kecaman pedas dari jurulatih sendiri sehinggakan mereka tak da semangat untuk terus menyambung dalam legasi bola sepak. ada juga yang berhenti selepas dimarahi atau tiada sokongan ibu bapa mereka seawal usia muda ini membuatkan impian itu terhenti macam itu sahaja.
Mula-mula kita nak sembang satu perkara penting.. kalau nak jadi pemain bola, kita memang kena mula daripada bawah. semua pemain hebat dunia bermula dari bawah tetapi mereka bersungguh-sunnguh sehingga berjaya dan mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan senior mereka. Aiihh semua tu budak kampung jer tapi dalam kamus mereka tak pernah ada istilah putus asa.
Sekolah ni kira macam “kilang” pemain bola muda Malaysia lah.. tujuannya mereka cari bakat dan gilap bakat tu sehingga menjadi pemain yang hebat. Dekat situ, hari-hari latihan.. jadual diorang pun padat pagi sekolah, petang training. Memang penat, tapi inilah tempat yang melahirkan ramai pemain yang kita tengok kat TV sekarang.
Tapi janganlah kecewa kalau korang tak dapat masuk sekolah sukan sebab adalah banyak jalan-jalan lain yang boleh dicuba. antaranya masuklah akademi bola. walaupun nampak mahal tetapi ia peluang besar untuk kau masuk terus ke kelab-kelab yang beraksi terutamanya di dalam liga super kita. setiap pasukan tu ada akademi mereka yang berada di pelbagai peringkat tu.. korang boleh cuba.
Dari akademilah lahirnya bintang-bintang muda tempatan macam safawi, arif aiman dan ramai lagi.. jadi kalau tak boleh masuk sekolah sukan.. janganlah cepat putus asa..kadnag-kadang tu rezeki kita dapat itu lain-lain.. ada yang dapat awal tapi balik awal, ada yang dapat lambat tapi kekal sampai bersara bermain dengan pasukan.
Bagi aku yang layak main bola ni sebenarnya bergantung dengan rezeki.. bukan senang nak tengok pemain-pemain ini beraksi kalau tak ada rezeki untuk dia.. berapa ramai yang ada duit dan kaya tetapi tak dapat main bola sebab tak ada bakat. walaupun kau pemilik kelab bola terbesar dunia pun, kalau tak ada rezeki kau tak kan dapat main bola di kelab besar.
Rezeki tu kena ikat dengan usaha. bakat itu sikit jer yang kita guna selebihnya adlah usaha bersungguh-sungguh tanpa rasa putus asa dan terus bersemangat. Aku sendiri pernah tengok budak biasa jer tetapi dengan kesungguhan dia tu dia berjaya membawa dirinya ke peringkat yang lebih tinggi.. fuhh naik semangat aku kali ni..
Kadang-kadang bila aku tengok budak kecil main bola kat padang, aku senyum sendiri. Sebab dari situ lah semuanya bermula. aku pun mula dari situ, main bola dekat padang tanpa pakai kasut langsung tapi berangan macam main dekat old trafford yang penuh penyokong tu..kenangan sendiri buat kita terpesona dan seronok.
Pengalaman aku juga lihat bakat muda di bangku sekolah menjadi pemain hebat dalam kelab masing-masing dan nasihat aku untuk yang nak jadi pemain bola.. teruskan usaha korang tu. kalau tak cuba kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh pergi. jadi jangan tunggu dah sempurna baru nak mula nanti korang akan tua. cubalah selagi boleh dan mampu.. korang pasti berjaya.
Aku nak tanya ada ke yang tak sabar nak jadi pemain bola ni? kalau ada korang komen dekat bawah ni ya.. nanti aku baca dan terus beri sokongan padu dekat korang ya.


إرسال تعليق for "Ramai nak jadi pemain bola, tapi susah !! fuhh sakit hati aku ! "
Jom komen ! :)