Kenapa Orang Kita Susah Nak Puji Bila Team Sendiri Main Elok?

💬 Nak live dan sembang dan update bola harian? Sertai komuniti Bola Malaysia Fans di Facebook.

Hai guys ! kalau nak cerita pasl fans ni memang tak akan habis sampai bila-bila kan. tapi kali ni memang aku nak cerita sangat pasal fans ni. bukan apa ada satu benda yang ada dalam benak fikiran aku yang merisaukan aku. fakta pelik tapi benar yang koraang kena tahu adalah kenapa bila team kita menang, ramai buat macam benda tu “normal”? Tapi bila kalah, terus jadi breaking news, siap buat karangan 12 perenggan kat Facebook? 

Memang pelik kan! tapi itulah yang sebenarnya berlaku dalam kalangan peminat bola sepak tempatan mahupun dunia. Macam kalau menang tu “tak payah heboh”, tapi kalau kalah.. fuhh dia punya marah tu macam  “ini masalah besar negara.”


Kenapa Orang Kita Susah Nak Puji Bila Team Sendiri Main Elok?

Selalunya bila pasukan menang jer diorang ni akan terus senyap. buat macam tak ada benda happy untuk diraikan. tetapi kalau kalah jer, terus jadi penganalisi profesional. itu tak kena, ini tak kena dan macam  macam lagi lah.

Korang pernah perasan tak pattern ni? Lepas menang 3-0, posting pasukan tu 500 likes je. Tapi kalau kalah 0-1, haa komen sampai 2000, share 400, siap keluar teori konspirasi. haha memang nampak beza besar gila kan. kita dah lama update pasal sukan ni memang jelas nampak pattern macam ni. kadang-kadang tu risau juga dibuatnya.

Ada yang cakap coach salah taktikal, ada yang kata pemain ni patut duduk bench, ada juga yang marah admin sebab guna emoji senyum dalam caption.  itu pun nak marah kan. Padahal minggu lepas, time menang. semua hilang dan senyap. Takde siapa pun puji coach tu dan takde siapa pun tulis “defense hari ni padu beb!” semua hilang, mungkin sebab diorang haters kot.

Mungkin juga sebab orang kita lebih suka cari salah dulu dan anggap benda happy tu tak menyeronokkan. tapi korang kena tahu tau. ini real talk lah ya, kita ni kadang macam dah biasa tengok kekurangan dulu sebelum kebaikan. Macam kalau player buat 5 passing cantik sepanjang perlawanan tapi sekali tersilap maka itu yang menjadi alasan dan yang tu je orang ingat.

Contoh paling klasik yang orang boleh relate adalah “Main elok tadi tapi finishing teruk!” Sedangkan 90% game tu dia yang control bola, tapi satu miss shot terus jadi bahan.  kadang-kadang tu fans sendiri pun tak ubah macam haters dah. aku pun tak faham tau. geram pun ada.

Seterusnya, kalau korang perasaan dan sangat pelik bila team luar main jer semua puji kan. kau tengok sendiri lah. Kalau tengok EPL, Serie A, atau UCL. sikit punya cepat kita tweet: “Fuh, mantap betul ball movement dia.”. ada yang tulis macam “Respect bro, defending steady gila.” kan memangpuji melambung.

Tapi kalau player Malaysia buat benda sama “Hmm… nasib baik lawan team lemah.” Macam ada double standard yang tak diisytiharkan. Kita rasa puji team luar tu “cool”, tapi bila puji team sendiri rasa macam cringe pula. ada yang kata kalau puji team tempatan tidak membantu menaikkan pasukan tu. Padahal, kalau bukan kita yang angkat team kita sendiri, siapa lagi nak buat?

Tambahan lagi kalau korang perasan orang yang jarang puji team sendiri ni selalu takut nampak macam dia biased dekat pasukan sendiri. tapi ni pendapat aku lah, aku tak tahu korang perasan ke tak. ramai sebenarnya nak puji, tapi takut orang cakap dia fanboy. Macam bila kau post “Faisal Halim power gila malam ni!”

terus ada komen: “Relax bro, baru satu game.” aku pun kalau dapat macam ni memang drop terus semangat nak update kan. Padahal kalau puji Messi, takde siapa kecam pun. Jadi ramai ambil jalan selamat iaitu dengan hanya diam je dan puji dalam hati, tapi tak tulis apa-apa. ia pun buat pasukan rindu suara penyokong tau.

Satu perkara yang sangat penting kena tengok adalah mindset penyokong tu sendiri. kalau tak ubah memang lambat laung pasukan tempatan akan mudah jadi mangsa kecaman rakyat sendiri. Sebab kalau kita sendiri tak celebrate benda baik, orang luar pun takkan nampak kemajuan bola kita. Contoh yang jelas kita dapat lihat adalah ketika player muda baru debut, main tak takut, passing confident.

Kalau kita semua komen positif, moral dia akan terus naik dan semangat dia pun lain. bayangkan kalau asyik kena kecam jer?  bila lepas game terus kena kecam sebab “tak cukup laju”, dan akhirnya lama-lama budak tu pun give up. Dia pun akan terlintas berfikir, “Buat elok pun orang hentam, baik tak payah tunjuk usaha.” lama-lama mutu pemain negara tak akan meningkat.

Sebenarnya pujian kecil sahaja pun dapat beri impak kepada moral para pemain kita. bukan banyak pun, contoh Korang ingat tak masa Malaysia menang lawan Korea dulu masa piala asia? Semua orang excited, timeline penuh dengan pujian. Vibe ketika tu lain gila bro. dah tak nampak macam sekarang ni kan. macam satu negara tiba-tiba bersatu dan beri sokongan padu.

Tu la bukti yang bila kita bagi energy positif, aura dia bukan setakat kat player, tapi dekat semua orang yang tengok bola pun rasa semangat. Kadang satu caption pun dah cukup:. kau tulis jer “Respect team malam ni. Main dengan hati, bukan sekadar result.” Ayat simple, tapi berat maknanya.

Tapi janganlah terlalu over. aku pun tak maksudkan sampai jadi positive toxic terus. Kalau main tak bagus, kena tegur juga. Cuma beza dia adalah kita kritik dengan cara yang membina, bukan menjatuhkan.

Daripada tulis,“Pemain ni tak guna langsung,” apa salahnya tulis, “Dia struggle tadi, tapi effort tu nampak.” Still jujur, tapi tak merendahkan. Sebab bola ni bukan pasal menang kalah je, tapi juga pasal perjalanan dan usaha. 

Semuanya berpunca daripada sikap orang kita malu nak tunjuk support. ada yang memang rajin support secara terang-terang tapi ada juga malu nak tunjuk.  Aku tak tahu kenapa tapi ada vibe tu. Macam nak bagi pujian tu kena jaga muka.  Macam kalau puji player lokal, kawan-kawan gelak.

Tapi sebenarnya tak salah pun nak bangga. Kalau kau sokong team luar dengan penuh semangat, kenapa bila team sendiri buat benda betul, kau tiba-tiba jadi “neutral”?  memang kita perlu masa untuk rasa neutral dan rasa tak ada masalah untuk beri sokongan secara umum.

Kita kena sedar yang bola sepak tempatan perlukan banyak positif vibe. terutamanya di sosial media dan juga di stadium. ada player yang kena maki ketika kalah di dalam stadium tau. siap maki family lagi. tahu lah marah pun tapi tak perlu lah sampai campur keluarga pemain atau jurulatih terus.

sosial media juga lagi banyak cacian. Media sosial ni dah jadi platform utama peminat. Kalau setiap kali scroll asyik nampak komen negatif, orang baru nak masuk dunia bola pun boleh rasa down. Tapi kalau banyak komen pujian, sokongan, aura dia terus lain. Rasa macam “eh bola Malaysia ni sebenarnya hidup weh.”


Kenapa Orang Kita Susah Nak Puji Bila Team Sendiri Main Elok?


Benda ni kecil tapi penting. Sebab bola ni bukan sekadar permainan dia sudah jadi budaya dan budaya tu kita yang bentuk. Ia sudah masuk dalam darah daging kita sendiri.

Jadi kita perlulah belajar puji pemain baru lah bola sepak kita boleh naik. Nak naikkan mutu bola, bukan player je kena kerja keras, tapi fan pun kena ubah mindset sebab suara fan ni besar gila pengaruh dia. Kalau fan suka support dengan cara positif maka team pun akan bersemangat.

Kalau fan asyik kecam je, lama-lama semua orang takut buat silap. So mulai game seterusnya bro, kalau team main elok kita tulis je komen pujian tu. Tak payah malu, tak payah takut orang cakap “fanboy”. Kita semua pun main peranan dalam ekosistem bola ni. 

Akhir sekali, Kalau team kita buat benda betul, bagi kredit tanpa rasa takut. Kalau menang, kita raikan bersama-sama dan jangan jadi bitter. Kalau kalah, tegur dengan kasih sayang bola, bukan marah kosong.

Sebab bola ni bukan sekadar keputusan di papan skor, tapi pasal perjalanan, semangat, dan orang-orang yang percaya dalam diam. Dan percayalah bro, bila ramai mula belajar memuji, bola tempatan kita bukan je hidup tapi boleh jadi kebanggaan semua. sama-samalah kita berubah untuk menjadi tulang belakang yang penting untuk bola sepak kita.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama