Kenangan Pertama Kali Tengok Bola di Stadium! Bau kacang dan Burger weeh !!
Selamat pagi semua !! aku dah semangat-semangat nak naikkan entri baru ni.. haha korang dah ready ker?? korang peminat bola tak? yerlah banyak jer aku kongsikan pasal bola dalam blog aku ni kan.. Kalau aku tanya mana-mana peminat bola sepak yang dah lama dalam follow game dekat stadium kaan.. diorang mesti kata kenangan pertama jejak kaki ke stadium menjadi faktor pertama mereka suka dengan pasukan mereka!
Yang paling tak leh tahan tu sampai dah tua pun masih ingat kenangan tu.. ini pengalaman aku tanya otai-otai stadium lahh.. diorang siap bagi tau dekat aku, bau rumput waktu tuu membuatkan mereka terus jatuh hati dengan stadium.. aku tanyalah kan bau rumput bukan sama ker semua? hahaha aku saja nak usik jerr.. tapi jawapan mereka konsisten. Tak sama langsung bau dia.
Kali pertama mereka dengar sorakan dalam stadium satu ketika dahulu masih membuatkan mereka meremang bulu roma tau.. diorang siap cakap yang dulu fans lagi fanatik dari sekarang.. siap ada yang panjang penghadang besi dekat pintu masuk sebab semangat nak masuk walaupun tiket dah full house masa tu..
Ni kalau aku cakap waktu terengganu tengah naik satu masa dulu mesti ramai teringat betapa penuhnya stadium sultan ismail nasiruddin waktu tu bercampur dengan ribuan penyokong yang berdiri pun ada duduk pun ada.. ada yang jual air dan burger bagai dalam stadium waktu tu yang mana sekarang ni dah tak da daah..
Kaann.. mesti otai-otai masih ingat momen-momen macam ni kan..
Ni kalau aku cerita mengenai gema suara ribuan penyokong ni macam irama lagu yang mengasyikkan.. kira macam tak nak balik rumah lah teruss.. haha sebab dah suara tu sedap dan tenang jer kita dengar.. kalau lagu sorakan yang kita pernah dengar terus rasa nak bangun dan menyanyi sekali kan.. fuhh masih ingat momen lagu Negaraku dinyanyikan stadium Nasional Bukit Jalil yang ramai sudah rasakannya kan..
Korang tahu kan yang bila wisel pertama ditiup tu.. korang penyokong nak diam ker? memang tak laah weeh !! suara penyokong terus meletup tau.. siap ada yang jerit bagai tu, ada yang nyanyi negeri dan pasukan.. yang best ada yang tak berhenti tepuk tangan.. tak sakit ker tangan dia tu .. haha tapi ni semua momen indah yang pencinta bola sepak jer yang tahu.
Aada lagi yang momen menarik bila gol jer, terus tak dengar orang sembang.. haha terus dengar yeaarrgghh.. dari seluruh stadium..kau cuba bayangkan yang korang ada dalam stadium dan dengar semua bersorakk tu fhh lain macam aura dia.. tapi kalah semua diam jerr.. haha main game pun ada dalam stadium.. hahah sebab tulah team kena menang dekat HOME sebab itu momen indah penyokong setempat tau.
Ada satu sudut yang ada sesetengah penyokong buat.. apa dia?? momen dengan insan tersayang di stadium.. sebab apa aku cakap macam tu? jawapan mudah adalah ada yang datang stadium bawah isteri dan anak-anak.. masa nilah yang akan dikenang sampai bila-bila sebab ini kenangan indah yang sukar dilupakan.. ada yang tu kali pertama pula datang tak tahu apa-apa dan kemudian di ajar oleh ayahnya..
Waahh nanti bila dah tua mesti anak-anak tu akan terkenang kembali momen indah tu.. itulah yang buatkan kita terikat hati kita dengan kenangan di stadium itu kan. ini juga kalau bahsa buku rentas generasi yang ramai tak sedar.. kadang-kadang tu ayah sembang pasal zaman dia punya bola tengokmokhtar dahari main sehinggakan rolando sekarang ni pun baru jer lepasi rekod dia kan..
fuh bertambah lah lagi peminat bola sepak tempatan yang ramai tak sedarkan.. kadang-kadang tu ini juga momen indah untuk siayah bila dia tengok sendiri anak dia juga menyukai pasukan kegemaran dia. pasti dia juga tersenyum melihat perkara tu sementara si anak itu membesar dan menjadi dewasa yang mungkin momen itu tidak dapat diulang semula.
Aku juga teringat bau burger stadium yang ramai tak pernah alami.. dulu kalau korang beli burger stadium, tahu tak apa yang korang dapat? buger, roti dua keping dan setitik sos.. haa setitik sos jer dia bagi.. adeehh tapi itulah tempat kita kenyangkan perut lepas balik kerja kan.. ada tu beli tiket mahal-mahal mujur ada burger stadium murah untuk di makan..
Ermm aku tak tahu tempat korang ada ke popcorn dan kacang? masa tempat aku dulu tu tak da popcorn lagi.. tapi sekarang ramai kata dekat stadium pun ada popcorn juga.. kacang tu biasalah.. tak kira kacam rebus yang bau dia semerbakk tuu.. haaa lagi lah tertarik nak beli dan makan sambil tengok game tu kan. ini juga menghidupkan suasana stadium tu.
Ini antara kelainan suasana stadium di Malaysia kan.. kalau kau pergi stadium eropah tu kau bau arak jer.. diorang minum macam orang gilaa.. nasib baiklah kita negara Islam kan.. taklah ada kes minum arah dalam stadium macam tu.. setakat bau kacang tu memang dah cukup untuk naikkan suasana stadium yang sudah sedia meriah kan..



Catat Ulasan for "Kenangan Pertama Kali Tengok Bola di Stadium! Bau kacang dan Burger weeh !!"
Jom komen ! :)