Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Group Bola ni tempat coach lepak ker? atau tempat luah geram?

Waah!! salah satu benda yang korang kena ada sebagai peminat bola sepak adalah group whatsapp atau telegram peminat bola.. apaa? korang tak join. ehh ruugiinyaaa. macam manalah korang hidup sebagai fans bola kalau tak join group whatsapp atau telegram fans bola ni.. hahah aku gurau jerr yaa.. sebab utama kena join adalah nak dapat info terkini bola sepak kita dengan pantas tau.

Korang boleh tahu berita direct di phone korang tanpa perlu search portal bertita yang laain.. haaa gituu.. tapi ada juga group yang semak dengan troll kan.. ada juga yang sibuk buat bisness dalam group bola.. arrghh kadang-kadang tu rimas juga.. tapi nasib baik admin dia rajin post jadi kuranglah posting tu dekat TL group bola tu kan.

Bila kau ada dalam group ni, korang akan perasan satu benda.. ada mamat poyo yang akan tulis panjang betul pasal komen perlawanan.. kadang tu perlukan 3 minit nak baca bagi habis luahan hati dia tu.. tapi kau boleh jer pilih nak baca atau skip kan.. dari situ kau boleh tau suasana di stadium dan timeline lain selepas perlawanan besar atau pun kecik..

Kalau group laju macam air tu.. tandanya pasukan menang lah.. kalau senyap sunyi, admin jerr yang update.. itu tanda nya pasukan diorang kalah lah tu.. haha macam kita sembang pasal komen netizen dekat entri yang lain tu.. haaa.. bila menang jer meriah dengan komen tapi kalah ada yang hilang seminggu orang kata masuk gua lah katakan.. haha

jadi dari suasana respon komen tu, bolehlah kita buat rumusan pasukan mana yang menang dan kalah. haha ada satu masa tu, pasukan kita kalah tapi timeline tu mencanak naikk gilaa.. rupanya ramai luah perasaan dekat group.. ada yang kata game boleh menang tapi semangat pemain tak kuat.. kita yang tak tengok game pun jadi tahu apa yang berlaku sepanjang 90 minit perlawanan dari group whatsapp bola tu.


Group WhatsApp Bola – Tempat Paling Banyak ‘Coach’ Dalam Satu Chat

rasa macam nak sembang panjang lagi lah dengan korang sebab korang kan suka membaca.. apa kata kita kongsi pengalaman kita bila tengah sibuk dan tak sempat tengok game bola tapi penyelamat korang adalah group whatsapp dan telegram bola.. aku ada banyak pengalaman sendiri tau.. ia jadi penyelamat aku sebelum aku tengok higlight game tu.. hehe

Korang perasaan tak? group-group ni kan akan senyap gila sebelum perlawanan bermula.. tapi bila tinggal 5 minit nak mula.. adalah yang mula tanya nak tnegok game dekat mana dan apa lineup hari ni dan sebagainya.. ada yang buat analisa awal dengan komen-komen mengenai formasi yang bakal diturunkan oleh jurulatih.. satu pun dia komen tu tak betull.. coach rancang lain, dia cakap lain.. hahah

lawak betul bila baca kan.. sebab macam aku yang tak tengok game memang mula-mula percaya lah apa yang member tu cakap kan.. tapi bila tengok highlight.. aikkk jadi lain pulaakk.. hahaha kiranya dia main agak-agak jer kot sebab dia pun tak turun stadium kan.. jadi tak pe laahh itu kelebihan group ni.. dia buat kita berfikir di luar kotak tau.

Kalau waktu mula game tu tak yah cerita lah memang penuh dengan komen minta nak tengok dekat mana dan asyik tanya bila nak mula game.. padahal game dah jalan 5 minit dah.. dok tanya bila nak mula bagai.. hakhakhak.. tapi itulah momen best. bukan takat satu game, semua game akan ada jer member-member yang perangai macam ni kan..

Bila kena kad kuning atau kad merah.. memang semua lepaskan dekat group tu lah.. ada yang marah ada yang sedih ada yang kata ruginya bagi kad macam tu.. tackle macam tu tak sepatutnya berlaku.. tapi benda ni berlaku dalam 2 atau 3 minit jer.. lepas ada momen lain yang berlaku  terus diorang update lain dan lupakan apa yang berlaku tadi..

Itu yang buatkan kau senang nak tahu update terkini game yang kau tak dapat tengok tu.. itu belum campur waktu gol lagi.. haaa ni memang gila punya.. bayangkan ada 10 ribu member macam 10 ribu tu nak tulis gol !! dekat group kita tu.. hahaha penuhhh bukan siki tau.. itu memang momen paling best.. tapi bila bolos,, dia tulis juga gol tapi siap perli team main tak best..haha

Kalau kita tengok lebih dalam, ada satu part yang semua group ada. apa dia? coach tak bertauliah dalam group.. hahaha dia bukan coach pun, tak turun stadium dan tak tahu taktikal.. tapi sekali dia komen.. fuhh kalah coach tepi padang tu.. siap bagi cadangan nak buat apa lepas ni.. kalau tak buat nanti akan ada masalah ni.. kita layan jerr..

aku lebih suka coach yang ulas lepas game.. walaupun bukan coach rasmi tapi ulasan selepas game lebih seronok di baca dan lebih menampakkan keseluruhan perlawanan ini. Tak lah kejap kau marah sebab tak gol, bila dah gol kau puji pulakk.. adehh peningg akuu.. hahaha

Ada yang jenis yang suka imbau kenanngan 20 tahun dulu masa lawan team yang sama. katanya dulu boleh menang tapi sebab apa sekarang taklehh.. ehh kau nii.. aku geram betull dulu tu 20 tahun lepass bukan tahun lepas.. banyak beza dah.. kita ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah.. betul tak?? entahlahh setiap game ada jer komen yang kata dulu boleh menang sebab apa sekarang tak leh?

itulah yang diulang-ulang setiap kali game kalah.. tak campur lagi yang marah dengan emosi dan perasaan mendalam.. siapa kata jurulatih bodoh lah, pemain itu tak layak main dengan pasukan.. out jerr lah tak guna main dan lain lain lagi diluahkan kadnag-kadang tu kita baca pun ngeri weh.. rasa macam kata dekat kita pulak. hahaha.

Group WhatsApp Bola – Tempat Paling Banyak ‘Coach’ Dalam Satu Chat

Berkawan di dalam group umpama kita turun stadium, sebab ramai dan penuh dengan sapaan dan sokongan yang tak pernah putus dalam kia membantu pasukan ketahap yang lebih baik. aku pun faham jer yang komen dan post tu bukanlah jurulatih terkenal.. kadang-kadang tu entah siapa yang kita pun tak kenal tapi kita tetap raikan pendapat mereka.

Yang penting kena berkawan dan jangan bermusuh. ada kes yang bergaduh dalam group dan membawa keluar apabila jumpa pun tak bercakap. kita tak mau sampai tahap ni. sebab persahabatan lebih penting daripada pegaduhan atas isu-isu kecil yang merugikan kita. 

Oh ya!! dari tadi sebenarnya aku nak mintak korang komen, tapi aku terlupa.. hahaha.. korang komenlah ya nanti aku baca pengalam korang dengan group bola.. best atau tidak?


Catat Ulasan for "Group Bola ni tempat coach lepak ker? atau tempat luah geram?"