Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jurulatih Sosial Media, komen jer pandai, penalti pon tak reti nak angkat.. sedih !!

Aku suka topik-topik macam ni sebab dekat dengan kita semua.. bukan nak cari salah tapi cuma untuk buat kita sama-sama fikir adakah kita ni betul-betul penyokong bola ataupun sekadar mamat poyo yang nak like dan share sahaja bila komen di sosial media.. yaa.. memaaangg adaaa yang perangai macam ni tauu.. serius aku dah jumpa banyak dah..

maklumlah aku admin group bola jadi semua perangai manusia aku dah lalui dan alami.. tapi kali ni aku lebih suka nak sembang mengenai netizen yang acah-acah macam dialah jurulatih pasukan tapi nak sepak penalti pun tak lepas.. hahaha.. jangan marah dulu, baca sampai habis sebab aku yakin berdasarkan pengalaman real aku ni, korang akan setuju dengan aku..

Korang perasan tak bila game bola habis jer, tak kira game team atas atatu team bawah ke mesti ada yang akan buat komentar panjang berjela macam jurulatih bertauliah memberi komen mereka mengenai taktikal pasukan yang kalah tu. Kiranya diorang ni lebih power dari pemain bola sepak dan jurulatih yang turun main di padang..

Kaann aku dah cakap, korang mesti setuju dengan aku punyalah.. bukan apa nampak semak jerr bila tengok ramai yang komen tu.. bukan betul sangat pun tapi kita layankan jerr lah kaan.. kadang-kadang tu ada yang dibodohkan orang yang perbetulkan kesalahan dia tu.. ni memang buat aku meluaatt gila dengan jenis ni.. entalah apa nasib aku kena baca ulasan dia hari tuu.. hahaha.



Budaya ‘Coach Expert’ di Media Sosial – Bagus atau Menyakitkan Pasukan?

Tak semua komen yang ditulis tu salah.. memang aku tak nafikan tapi kadang tu aku baca ada yang logik dan ada yang tak.. tapi yang lebih lawak apa dia korang tau? bila kau baca komen-komen dekat bawah tu.. fuhh yang dah tarah coach FIFA nak pencen dah.. semua macam ada pengalaman menjadi pengadil dah.. haha.

Siap keluar formasi yang patut digunakan coach kalau lawan team besar dan kecik.. ada yang kata sepatutnya kena bawa pemain tu main di bahagian tengah baru lah attacking pasukan laju.. tapi dia tak sedar weh, pemain tu tengah injured dan memang tak leh main.. tapi dia tetap makin coach sebab tak bawa main pemain tu..

macam manalah coach nak bagi player tu main kalau dah injured.. ni kalau coach pasukan baca ni memang kena gelak guling-guling dengan pemain pasukan.. haha acah pandai tapi fakta salah dan bikin malu jer weh.. Bila dah terlalu semangat tu kita pun tak sedar apa yang kita tulis kan.. last-last kita marah pada orang yang tak bersalah.. huhu

Korang mesti ingat aku tak suka orang yang komen acah pandai kan.. sebenarnya tak pun. aku suka baca sebab kadang-kadang tu geli hati dibuatnya.. Masalah dia bukan sebab orang nak komen, tapi sebab cara komen tu... macam aku selalu sebut dalam blog kita ni ada kaadang tu sampai hina pemain, sindir jurulatih, atau kecam staff pasukan macam tak ada hati perut. 

Sedangkan kita tahu, pemain tu manusia juga.. kesianlah sikit..  aku geram dan sedih, korang cuba bayangkan yang korang ni kerja tetapi ada satu kali korang salah kecil ja. tapi satu ofis maki kau. Ada yang buat posting online untuk kecam kau padahal kesilapan kau tu kalau diperbaiki esoknya akan jadi bertambah baik.. tapi bila kena kecam tu apa korang rasa.

Kalau aku, mungkin esok dah hantar surat letak jawatan.. tak tahan aku dah lah kena maki secara realiti ditambah pula dekat facebook pula.. fuhh stress weh.. begitu jugalah pemain-pemain kita.. mereka akan alami dan merasaai apa yang kita kata.. kalau kau nak jadi jurulatih online pun, pastikan bincang pasal taktikal sahjaa tak perlu bawa isu keluarga.


Budaya ‘Coach Expert’ di Media Sosial – Bagus atau Menyakitkan Pasukan?

Ni dengan mak ayah pemain pun kau maki kata tak reti ajar anak main bola.. ini dah melampau tau.. kau buat perangai macam ni buatkan orang jauh dari bola sepak. perangai tak semengah macam ni memang bikin industri kita rosak dan buat liga kita tidak di minati tau. sebab ada daripada kita ni tak suka maki-maki di sosial media.. bila terlalu banyak dia akan angkat kaki.

Aku pernah baca satu komen tu cakap kalau dia jadi coach dah lama dia tukar striker tu.. wehh aku nak bagi tauni, kalau korang jadi coach tu, striker tu pun tak layan kau.. dia pun tak nak sign dengan kelab yang kau latih.. haha tapi itulah dia budaya jurulatih onlien yang kadang-kandang tu memang lawak kan. bayangkan dalam satu post tu ada haters adan jurulatih ada penganalisis dan lain-lain.. semua bukan kaleng-kaleng tau.

Aku dah puas luahkan tapi sebenarnya ada juga sudut baik yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Apa dia? ia menunjukkan peminat bola sepak negara masih meminati sukan bola kita. pada masa yang sama ia indikator kaw!! haha penanda yang sukan bola sepak kita masih ada yang tonton dan beri sokongan kepada bola sepak.

Kalau tak sayang manakan diorang ni akan perah otak untuk tulis komen panjang berjela tu kan. tapi ingatlah dan teruskan praktik budi bahasa dan adab. kalau tidak ia akan beri kesan kepada team kita. guna cara yang elok dan terbaik dalam konteks menang dan menang.. eh betul kan aku cakap.. kalau tidak orang akan chop fans sebagai kaki kecam ja. puji tak pun.. 

Pemain-pemain akan jadi lemah dan lesu bila baca komen acah-acah taktikal pro yang kita, Akhirnya nama baik kita sebagai fans pun akan dipandang serong dan hina. jadi hati-hatilah.. aku pun nak tahu yang aku tulis ni korang setuju ke tidak.. cuba komen ya.. nanti aku baca.




Catat Ulasan for "Jurulatih Sosial Media, komen jer pandai, penalti pon tak reti nak angkat.. sedih !! "