Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Patutkah Bandingkan Pemain Tempatan Dengan Pemain Luar? Serius !! tak masuk akal !

Kali ni kan.. aku teringat satu benda yang berlaku bila pasukan kita tak perform dengan baik.. ramai betul yang marah dan memberontak.. lepas tu mulalah ada yang kata player kita ni tak sama dengan pemain eropah yang lain. tapi ada juga gunakan ayat ni permainaan pemain ni macam messi lah dan sebagainya. haa korang mesti pernah dengar kan..

Macam aku pernah cakap Haqimi Azim tinggi lampai main macam Haaland kan.. tapi wajar atau tidak menyamakan pemain kita dengan pemain luar? aadakah akan buatkan tekanan kepada pemain tu? Entahlah.. bagi aku tak salah sebab ia adalah sebagai satu suntikan moral yang penting untuk para pemain.

Kalau tidak, mereka akan lebih down dan sedih. sekali sekala puji macam ni barulah diorang nampak level mereka dan style permainan diorang ni macam mana. tak lah mereka hanya main jer kan.. ada masa kena tingkatkan permainan juga kan. baru lah boleh maju kalau tidak mesti takat tu jer hidup mereka..

Aada juga rasa macam ayat-ayat tu umpama nak bandingkan. ehhh tapi mana boleh banding.. main liga pun lain, ini kan pula nak anggap pemain kita macam pemain liga luar.. jauh sungguh tu.. jadi kena hati-hati kita lebih kepada memuji tanpa membandingkan keupayaan pemain-pemain kita ini.


Bila Player Tempatan Disamakan Dengan Player Dunia – Realistik Ke Tak?


Situasi yang ramai lihat adalah ketika pemain kita buat skill skit di atas padang terus ada yang samakan dengan pemain itu  dan ini.. ehh kejap !! janganlah macam tu kesian dekat pemain.. korang dah letak tekanan dekat dia. contohnya, bila ada pemain wing yang buat larian laju dan mencelah dua pertahanan lawan dan crosiing pun cun.

Maka ada yang kata, dia ni main macam Salah di liverpool tu, dengan pace dia fuuhh. sama betul. Padahal ia baru satu game, banyak lagi benda yang perlu dilakukan selepas itu. tapi sebab nak nampak tu macam ada bau-bau eropah kita pun letaklah macam Salah, Messi Malaysia dan Ronaldo Asia. haha kadang-kadang tu kelakar juga aku baca kan.. haha. 

Tapi bila pemain yang sama main biasa jer dalam perlawanan seterusnya, ramai pula kata mamat ni jauh lagi nak sampai level eropah ni.. aikk haritu kau puji menggunung, lepas kau bagi tekanan dengan pujian tu, sekarang kau tekan lagi dengan kecaman.. fuh kesian player kita tau. Macam kita sendiri yang cipta expectation tu, lepas tu kita sendiri yang kecewa dengan bayangan kita. ini paraah ni..

Kadang-kadang tu, pujian kita membuatkan orang luar tak faham dengan kita dan suasana bola sepak Malaysia ni.. orang akan ingat messi ada betul-betul main di liga kita padahal kita hanya buat gelaran jer. kita ni pula jenis suka overreact dan bilah dah terlalu excited, semua benda jadi kitalah yang no 1. siap kata pemain kita lebih baik dari Messi tau.. haha memang lawak weh.

Tapi itulah bola sepak kan.. kita bersemangat baru best rasanya. Aku jujur cakap dengan korang tau. perbandingan tu boleh jadi motivasi kepada pemain kita.. aku pernah cakap banyak kali dah sbeelum ni kalau nak banding tu pastikan niat kena baik bukan untuk selain daripada tu. 

contoh aku bagi. macam “aku nampak gaya Faisal ni makin matang, macam Salah bila first peak dulu,” itu boleh jadi semangat untuk player. Sebab dia tahu orang nampak effort dia. bukan nak menganjing ke apa ke tapi memang direct nak puji dia.

Sama juga dengan budak-budak yang main dekat akedemi bola tempatan, pujian boleh menaikkan semangat mereka dan terus bermain di dalam liga kita dengan sempurna . jadi bukan semua perbandingan itu buruk dan keji tetapi kena pastikan tidak keterlaluan dan elakkanlah weh mengutuk fizikal pemain kita.

Masalah dia muncul bila perbandingan tu jadi bahan ejekan macam aku ckaap tu kan.. ni yang paling tak best.. semangat player kita boleh jatuh.. dia baru nak naik baru nak trus diri dia..lepastu kena perli macam tu.. apa perasan diorang tu lepas tu kan.. aku pun risak dan sedih.. Mungkin kita lupa yang pemain hebat dunia pun bermula dari bawah..

Mereka juga tak dikenali tetapi akhirnya menjadi yang terbaik di dunia. Kat Malaysia ni korang kena sedar yang banyak player masih belajar nak adapt dengan profesionalisme penuh. Jadi bila korang banding secara terus, memang jadi macam tak adil la. Bukan nak cakap tak boleh dan bukan sebab kita tak boleh sampai sana.

tapi sebab kita main dalam suasana bola sepak yang berbeza. Kalau semua benda sama, mungkin hasil pun boleh hampir sama.

Aku faham yang perbandingan ini muncul sebab kita bangga dengan pemain tu. contoh Arif aiman yang kita gelar dia sebagai Messi JDT sebab kita bangga dengan prestasi dia di atas padang. ini kita memang sedar dan faham. Bila kita nampak anak tempatan boleh buat first touch lawa, atau bola dia control kemas macam Eropah. secara lumrahnya kita rasa macam nak jerit, “weh Malaysia pun boleh buat weh!”


Bila Player Tempatan Disamakan Dengan Player Dunia – Realistik Ke Tak?

Tu bukan sebab nak over, tapi sebab rasa bangga tu genuine untuk peminat bola sepak dunia. kita nak bagitahu orang lain dan negara lain yang kami pun main bola cantik dan bukan setakat long ball yang selalu kita dengar. Kalau macam ni tak salah lah, ia akan menimbulkan rasa sayang dan naikkan semangat bola sepak yang sebenar.

Tapi macam biasa, biarlah berpada-pada.. haa itu ja kunci dia. Kalau korang nak cakap Faisal Halim main dengan gaya mirip Salah sebab sama jenis dribble itu sangat okay. Tapi kalau dah cakap “dia lagi bagus dari Salah,” tu memang level hyperbola luar biasa. kaaan.. jadi hati-hati lah yer.. puji memang boleh. Tapi bagi realistik sikit, biar semangat tu tak lari jauh sangat dari realiti sebenar kani.

Aku rasa pemain kita pun malu bila di bandingkan dengan pemain-pemain hebat dunia kan. Mereka pun tahu mereka masih jauh dari pemain-pemain itu tetapi tetap meraikan pujian para penyokong. 

Jadi lepas ni.. aku tak yah ingatkan lagi dekat korang kan.. Nampak jer player tempatan kita buat skill padu, jangan cepat sangat nak cakap “macam siapa-siapa tapi terus puji dia sebab dia sendiri power dengan kualiti yang dia adakan..

Kalau nak banding pun, biar untuk motivasi, bukan ejekan yang menjadi lumrah sekarang ni. Sebab setiap kali kita banding dengan niat negatif, kita sebenarnya kecilkan usaha dan bakat pemain kita.. aku tak suka tuu.. kita nak semua pemain kita berkembang dengan baik dan positif sebab masa depan mereka adlah masa depan bola kita.

Semoga perkongsian aku kali ni dapat ubah mindsete penyokong kita yang sering terbuai-buai dengan pujian dan memuji pemain kita yang akhirnya merosakkan pemain kita sendiri. Semoga kita terus hebat dalam dunia bola sepak dunia seleapas ini. 

إرسال تعليق for "Patutkah Bandingkan Pemain Tempatan Dengan Pemain Luar? Serius !! tak masuk akal !"