Lagu Pasukan Ada Aura Luar Biasa, sekali dengar bergegar jantung weh !!
Hai guys ! hari ni kita nak cakap pasal satu perasaan yang aku sendiri susah nak jelaskan.. apa dia? ia adalah satu perasaan yang muncul bila lagu rasmi pasukan kita dimainkan di stadium ketika perlawnaan rasmi.. fuhh lain macam tau perasaan dia.. aku selalu nangis bila menyanyikan lagu ni setiap kali perlawanan melibatkan pasukan aku.
Lampu tak padam pun lagi, tapi lagu dah dimainkan memang merasuk jiwa betul.. naik bulu roma weh.. kau tak leh tipu sebab dah jadi darah daging kau bila kelab yang kau sokong tuu dah sebati dengan diri kita. Ada yang berdiri tegak sambil pegang lencana tu pun memang aku respect sebab memang dia hormat lagu dan pasukan..
Inilah yang menjadi satu rahsia besar arena bola sepak kita. kadang-kadang tu walaupun pasukan kita kalah tapi lagu pasukan terus bergema sudah cukup nak buatkan pasukan kita hidupp daripada hilang terus. kadang-kadang tu bukan masalah gol, bukan masalah trofi tapi nilai penghargaan daripada penyokong yang setia ke stadium membuatkan penyokong masih setia menyokong.
Ditambah pula dengan gema bila lagu ni dinyanyikan dengan ribuan penyokong tuu masih kekal dalam kenangan kita semua.. budak-budak menyanyi lagu dengan penuh semangat membuatkan kita yang dah tua ni pun fikir panjang sejauh ini kita sudah beri sokongan padu kepada pasukan kita.. tapi tulah, diorang pulak yang tak perform..sakit hati aku weh.. hahaha.
Mungkin ramai yang tak sedar sebenarnya lagu ni kan merupakan simbul kita cinta pasukan. ada pasukan yang bawa nama negeri dan lagu negeri. jadi ia lebih menusuk hati dan lebih terasa bila ia didendangkan.. fuhh sebab tu aku pernah sembang dengan otai bola, dia cakap lagu rasmi kita ni bukan biasa-biasa.. dia dah hidup lebih tua daripada kita..
Dulu aku tak rasa sangat, bila pengalaman kita sendiri menjiwai dan merasaainya.. fuhh aku susah nak tinggalkan benda ni.. Lagu ni umpama janji setia kita untuk terus menyokong pasukan walaupun ketika jatuh dan ketika di atas. setiap kata-kata dalam lagu ni sudah ada maksud yang kekal relevan sepanjang zaman..
Lagu pasukan ni sebenarnya memberi kita kekuatan untuk membuatkan kita hilang ego. walaupun kita bergaduh dengan rakan-rakan penyokong tapi bila lagu ni mula jer, semua perasaan jahat tu semuanya hilang. terus sama-sama angkat tangan, nyanyi ikut rentak. Yang penting sekarang bukan lawan kita siapa, tapi kita ni siapa.
Sebab bila lagu tu bergema, semua jadi satu suara. Macam ada tenaga lain maciam yang buat semua rasa bersatu. Dan jujur aku cakap. pengalaman yang aku sendiri lalui ini dan momen tu tak ada dalam dunia lain.. korang hanya boleh dapat ketika perlawanan bola. Hanya bola sepak yang boleh cipta magik macam tu..
Ramai budak-budak muda sekarang ni tak ambil kisah pun pasal lagu ni.. bila kita nak cerita diorang cakap alah tak yah ambil tau.. bukan penting pun.. oii !! kalau tak penting, pasukan ni dah mati tau.. ehh geram aku dengan diorang ni. setiap lagu pasukan adan sejarah masing-masing. Contohnya, lagu lama yang penyokong masih nyanyi walaupun dah bertahun-tahun.
Mulakan lagu jer, tak yah baca lirik terus keluar dari mulut niii.. memang ia bukan sekadara tradisi tetapi kenangan hidup kita. dari kecil sampai tua terus menerus menyanyi dan ia kekal dalam otak kita ni. nak lupakan? sorry lah akan aku ingat sampai bila. Walaupun zaman berubah, lirik tu kekal dia macam aku cakaplah kan macam satu tali yang sambung generasi lama dengan generasi baru.
Kadang-kadang tu pasukan kita bukan kuat pun pada satu ketika.. pernah kalah lawan singapore dekat stadium sana. malu tau tapi bila main aksi timbal balik, lagu pasukan menjadi kunci kebangkitan pasukan kita sehingga berjaya mengalahkan lawan itu. walaupun kalah awal tapi masih ramai yang tetap menyanyikan lagu rasmi ni sebab apa? sebab nak naikkan semangat pemain.
Kalau kau tak paham lagu ni maka jangan cakap kau sayang pasukan.. ini ayat otai-otai stadium yang tak pernah miss game walaupun sibuk dengan kerja tapi bila ada game jer diorang mesti sampai dulu. Mungkin suara dah serak, mungkin tak seramai dulu, tapi yang tinggal tulah yang menjadi tanda itulah penyokong sejati.
Aku pun terfikir juga, nanti kita dah tua adakah waktu kita masih turun stadium? adakah waktu tu lagu keramat ini masih dinyanyikan atau ia bakal suram buat selama-lamanya? sedih pula bila ingat macam tu kan.. tapi aku tetap yakin pasukan aku masih akan kekal untuk 200 tahun lagi.
Bagi aku, lagu pasukan ni bukan hiburan tetapi ia nyawa stadium. Tanpa lagu pasukan maka stadium rasa kosong. Tanpa sorakan sama, bola macam tak ada jiwaa. pemain dan jurulatih kalau tak mampu rasa lagu kita dalam hati mereka, pasti mereka datang kerana gaji semata.. bukan macam penyokong datang dengan duit sendiri.
Kerja dan asingkan duit siap-siap ikut jumlah game pasukan kita.. fuhh ramai yang tak mampu buat tapi untuk pasukan yang setia sahaja mampu buat. Semoga ini menjadi kenangan manis untuk generasi akan datang.. aku harap korang yang bca tulisan ni pun menghargai pasukan korang dengan penuh kasih sayang tanpa ragu-ragu ya.
Komen momen korang menyanyikan lagu rasmi pasukan korang tu? ada yang nangis ker ? ada yang pegang dada sebab sebak dan ada ke yang menyanyi sampai hilang suara? komen momen korang tu ya. aku nak baca.
إرسال تعليق for "Lagu Pasukan Ada Aura Luar Biasa, sekali dengar bergegar jantung weh !!"
Jom komen ! :)