Nak jadi pemain hebat? ini aku kongsikan untuk korang, jangan terlepas tau.
Hai korang.. macam mana hari ni? best ke tidak hari korang ni.. dalam entri kali ni, aku nak kongsikan mengenai bagaimana jadi pemain sukan yang berjaya.. ingat ya !! pemain sukan atau orang yang bersukan ya bukan nak jadi atlet power-power tu cukuplah untuk jadi messi kampung jer kan.. haha bukan kau nak main elclassico kan.. hehe
tapi kita sebagai manusia ni mesti nak menang dan berjayakan .. jarang lah orang nak kalah.. sekali sekali kalah takpa tapi kalau selalu kalah memang cemuih ugalah orang penang cakpa kan.. haha tapi nak berjaya ni mestilah kena tahu selok belok dia untuk berjaya... bukan main redah jer kan.. nak berjaya main badminton bukan mudah, kena belajar smash kena belajar recieve bulut tangkis dengan baik kan..
Bukan mudah sebab ramai tak sedar, bagi diorang tu hanya main untuk berpeluh dan kemudian balik.. itulah jadi beban pasukan kalau main bola kan.. hehe pemain lain serius nak menang, bila bola dapat dekat kaki dia kan terus rosak gameplay pasukan walaupun main dekat kampung ja kan.. tapi itulah yang membuatkan rosak mood sampai kemalam weh..
Bukan mintak nak jadi faisal halim yang disayangi peminat bola sepak Malaysia pun.. cuma nak jugalah rasa main bola dekat rumah ada wing power macam faisal kan.. tak lah boring asyik kalah jer kan.. ni main wing tapi cross bola tu macam nak bagi dekat alien.. tinggi betul dia punya bola.. striker pun tengok jerr.. nak lompat konfem tak sampai tau.. hahaha
Sebab tu kita kenalah usaha lagi untuk menjadi pemain masyarakat yang berjaya.. hehehe. kadang-kadang dia bergantung dengan bakat kita, kau mungkin pernah main bola dulu-dulu bila main dengan orang perumahan kau atau dengan orang kampung korang tu kan.. mestilah kena ada skill sikit kan.. walau tak besar tapi kena ada lah kan..
Jadi sebab itulah aku tulis entri ni sebab nak kongsikan pengalaman aku bermain sukan apa pun mesti kita nak jadi orang yang berjaya.. korang janganlah skip tau.. korang baca lah sampai habis ya.. sebab dekat bawah ni aku ada soalan yang aku tanya korang.. jadi pastikan korang baca sampai habis tau.. best weh entri aku kali ni..hehe
Macam mana nak jadi pemain sukan berjaya ni kena ada banyak benda yang kita boleh buat.. tapi yang paling penting kita kena adatarget lah dulu.. bukan nak main semberono ja kan.. pengalaman aku bila ada pemain yang main ada target ni, memang lain mcam jauh dia boleh pergi.. kiranya tak ada limit yang dia ada sebab matlamat dia memang jelas..
itu mesti jalan perkara pertama kita buat kalau kita nak berjaya.. aku bukan pemain sukan yang baik pun tapi untuk akticviti sukan harian pun kita perlukan matlamat tau.. kau nak lari berapa lama.. berapa set badminton kau nak main.. kalau dah cukup 21 point, kau nak berhenti ke walauapun ada banyak masa lagi lepas tu?
Haa semua tu perlukan target, kalau kau nak jadi paling berjaya letaklah target yang sesuai dengan korang dan senang untuk dicapai.. aku kasi contoh berdasarkan pengalaman aku sendiri tau.. jika korang pemain bola, terus tetapkan matlamat korang untuk score banyak gol setiap hari.. sebab bukan selalu korang akan boleh score gol kan. Benzema yang power striker tu pun ada masa dia tak leh score goal kan..
Jadi itu contoh mudah untuk korang faham macama mana nak letak target untuk pastikan korang akan terus berkembang dan berkembang.. jangan kalut nak buat semua sekali, kau nak assist 5 lepas tu nak score 5 gol dalam satu perlawanan.. amanalah boleh .. apalah korang susahkan diri korang.. sebab korang pun main 90 minit jer pun..kadang-kadang tu 45 minit ja sebab dah masuk maghrib kaan..
jadi letak target satu dua gol ja dulu.. itu pun belum tentu boleh score kan..jadi target tulah jadi perkara yang menaikkan semangat kita untuk menjadi lebih baik.
Kemudian, kalau ada masa teruskan buat latihan demi latihan. manalah nak tahu korang ada masa lain macam pagi ke malam ke untuk dapatkan konsistensi permainan tu kita perlu selalu main.. macam pengalam aku sendiri nak control bola bukan senang. silap-silap terpijak bola tu boleh terseliuh tau kaki. sebab tu aku makan masa lama weh nak jadi power untuk control bola sebelum aku boleh jadi macam rosicky tu.. haha
Korang yang tak tau, boleh baca entri sebelum ni.. aku dah tulis kisah aku dipanggil rosicky bekas bintang arsenal yang power curving bola satu ketika dahulu.. itulah aku kata dah entri aku ni ada kaitan tau.. jadi jangan tertinggal satu pun tau..
Seterusnya korang kena kawal pemakanan dan minuman.. arhhh ni aku kongsi benda basic ja tau.. selebihnya tu korang tanyalah doktor ya.. aku bukan pakar pun.. haha. ingat nak jadi pemain sukan yang berjaya kenalah ada badan yang kuat dan bertenaga.. bukan mudah nak jadi pemain kalau kau sendiri tak jaga pemakanan korang..
kalau tengok game dekat mamak, boleh lah tengok jer sambil minum teh ais.. ini sebaliknyaa.. main futsal sampai pukul 12 tengah malam, lepas tu lepak mamak makan nasi kandar roti canai dan teh ais.. fuhh sedap memang sedap tapi susahlah nak jadi pemain yang berjaya kan.. kenalah ambil pemakanan yang seimbang.
Proteinnya, karbohidratnya dan lain-lain.. korang boleh tanya doktor ataupun nurse ke cara pemakanan yang betul untuk orang yang aktif bersukan.. sebab ada mekanisma lain untuk kategori ni tau.. jadi itu sangat penting untuk jadi pemain sukan yang berjaya.. tidaklah kena maki saja sebab lari tak laju.. bola lagi laju dari korang masa dapat though ball dari kawan korang kan..
Jadi banyak benda penting yang kita kena belajar jadi pemain sukan yang berjaya. gunakan lah sebaiknya perkongsian aku kali ni kan untuk kegunaan korang.. kita sama-sama praktis sampai berjaya dan terus berjaya. mana nak tahu, korang yang masih belajar tu boleh jadi pemain bola sepak yang pro ker.. pemain badminton ka apa ka kan.
Yang penting jangan putus asa. teruskan usaha. saoalan yang aku nak tanya dengan korang adalah apa yang buatkan korang nak jadi pemain sukan yang berjaya? kalau aku sekadar rekod peribadi jerr.. bukan nak jadi hebat untuk megah-megah bagai.. tapi hanya kepuasan sendiri sahaja. jadi aku pun nak tahu juga korang punya impian macam mana? korang komen dekat bawah ya..

Catat Ulasan for "Nak jadi pemain hebat? ini aku kongsikan untuk korang, jangan terlepas tau."
Jom komen ! :)