Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Warna dan Sukan ada kaitan ker? jom aku kupas untuk korang !

Hello guys !! kembali lagi ke blog aku dan lebih fokus kepada entri terbaru kita ni.. hehe sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa tetapi kali ini aku terlintas nak tulis mengen warna. sebab sekarang ni musim jersi pasukan bola makin lawa-lawa  kan dari Nike, Adidas kelme hinggalah ke Warrix yang team malaysia suka pakai kan.


Semuanya ada warna dan design terkini yang mempunyai nilai tersendiir.. persoalannya warna itu untuk apa? adakah sekadar identiti pasukan atau sekadar nak lariskan jualan.. fuhh kang kena marah dengan pasukan-pasukan pula sebab kecam diorang kan.. hahaha. sebenarnya, aku pun tak ada jawapan sebab kadang-kadang ada jersi yang lawa gila tetapi performance kelab tu teruk nak mampuss..


ada pasukan yang jersi dia tak lawa tetapi performances dalam game power.. selalu menang jer bila tengok game diorang tu kan.. jadi ada ke sebab yang bolehkan warna mempengaruhi sukan dan juga pasukan? ermm.. aku rasa macam ada.. sebab warna selalunya mempengaruhi mood orang yang memakainya.. korang tak pakai baju sama warna tiap-tiap hari kan...


Sukan dan Warna: Kepentingan dan Pengaruh Warna dalam Dunia Sukan

Begitu jugalah dalam dunia sukan ni.. ramai yang tak sedar yang warna bukan sekadar pilihan yang ada nilai, tetapi juga alat yang berkuasa dalam mempengaruhi persepsi, psikologi, prestasi, dan identiti pasukan dan juga peminat yang memakan baju pasukan itu.. haaa sebagai contoh kau pakai baju warna oren ketika pergi ke pejabat memanglah orang tengok semacam jerr kan.. sebab jarang orang pakai warna tu di pejabat.. hahaha


Warna dalam sukan sering dikaitkan dengan identiti pasukan, strategi psikologi, dan juga mitos kepercayaan pasukan tu sejak turun termurun tau.. fuhh ada yang sampai mengaku yang warna jersi tu akan mempengaruhi cara pemain dan penyokong melihat sesuatu pertandingan. macam Malaysia lah.. satu ketika tu kita pakai baju warna putih dan kita menang.


Tetapi bila tukar baju warna kuning hitam, kita mula kalah.. haa lepas tu jurulatih suruh pakai baju putih sahaja ketika main kejohanan itu dan kita menang semua perlawanan tau !! tapi kita orang Islam tak boleh dan haram percaya benda ni tau sebab boleh jatuh syirik.. aku hanya kongsikan gambaran dan pengalaman yang telah berlaku tau.. 

Jangan cakap aku ajar benda tahyul pulak tau.. hehehe.. 


Dari jersi pasukan, logo, hingga stadium dan gelanggang, kalau korang perasan yang setiap pasukan dalam liga kita atau luar akan guna warna yang boleh pengaruhi emosi dan hasil pertandingan.. jadi benda ni bukan kecil dan ia melibatkan cara kita berfikir dan emosi kita bila berlawan dengan lawan ketika di stadium dan juga ketika di luar perlawanan..  


Korang tahu yang warna pasukan bantu pasukan kita ni membuat satu identiti pasukan yang kuku. aku ambil contoh mudah lah iaitu Liverpool yang main dekat EPL tukan. pasukan tu kan pakai jeri warna merah.. korang pernah terfikir ke diorang pakai baju merah dan putih tu sebab apa.. tapi jersi diorang tak lawa pun sebenarnyaa... ehhh


Diorang pakai jersi warna merah sebab nak tunjuk mereka tu berani dan bersemangat.. tapi tak pun semangat.. haha.. kemudian dekat itali pasukan mana yang selalu pakai jersi warna hitam putih? haaa pandai pun ! pasukan tu adalah Juventus !! pernah korang terfikir sebab apa mereka pilih dua warna terus dan kenapa hitam dan putih?


Haa tengokkkk !! ramai yang tak tahu yang warna ni memang ada peranan dia tersendiri tau. sebenarnya juventus pada wal-awal dulu pakai baju warna merah jambu dan putih tau. tapi disebabkan warna asal mereka luntur dan mereka minta bantuan pakar di england untuk hantar jersi yang ada warna yang lebih tahan lama.


Jadi sebab itulah mereka tukar kepada jersi hitam putih yang ketika itu sukar nak lunturrr.. haa ini cerita masa awal-awal pasukan ini ditubuhkan.. sebab itu Juventus pernah pakai jersi merah jambu sebagai simbolik peringatan asal usul mereka yang mana mereka tak pernah lupa dan tinggalkan walaupun sudah ratusan tahun berlalu.

Ia bukan sekadar itu, tapi ia sudah segar dalam ingatan peminat bola sepak yang bila sebut pasukan jersi warna hitam putih, terus korang akan ingat Juventus.. kalau dalam liga super pula? cuba teka? yeaaayy !! betul tu, Terengganu FC yang menggunakan warna itu sejak kali pertama ditubuhkan sehinggalah sekarang.


Jadi dari situ kit fahamlah yang warna menjadi simbol kepada pasukan dan pada masa yang sama simbol kesetiaan peminaat.. Warna juga berfungsi sebagai simbol kesetiaan dalam kalangan peminat. Diorang akan  sering memakai pakaian atau aksesori dalam warna yang mewakili pasukan kesayangan mereka ketika menonton perlawanan atau menghadiri acara sukan. 


ini sebagai tanda pasukan itu sentiasa di ingati tidak kira dimana mereka berada ketika didalam  stadium dan ditempat awam yang lain.  Korang tahu ada yang kata dekat aku sebenarnya warna ni boleh pengaruhi pasukan yang bermain dan pada masa yang sama pengaruhi psikologi pemain yang beraksi di atas padang.


Sebagai contoh, warna merah selalu kita ingat sebagai warna garang dan keberanian. ada juga mengatakan pasukan yang pakai jersi merah ni selalu main agresif dan lebih berkeyakinan. aku ambil contoh pasukan kesayangan aku iaitu juara 13 kali EPL iaitu Manchester Unied. Dari dulu kita membesar dengan jersi merah pasukan itu.


Ia melambangkan permainan diorang ni memang terkenal dengan gaya permainan yang agresif dan berani. korang kena ingat benda ni bukan sekadar kebetulan tetapi ia terus mengalir ke dalam badan para pemain dalam menghasilkan kejayaan besar kepad apasukan itu pada satu masa dahulu, tepi sekarang dah sendu dah.. asyik menang sekali lepas tu kalah 3 kali adeehh.


Seterusnya pasukan yang pakai warna biru pula macam pasukan apa? cuba komen.. tapi aku jawab dulu lah yer. pasukan Chelsea yang sangat terkenal dengan warna biru yang mana warna itu membuatkan pauskan itu dilihat lebih tenang dan stabil. Hasil daripada itu diorang menjadi pasukan yang diam-diam berisi.


Sebab ramai tak tahu apa perubahan taktikal yang akan mereka lakukan sebab terlalu tenang.. itu yang tiba-tiba menang club world cup baru-baru ni kan.. dari tak perform dalamliga tiba-tiba jadi no 1 dunia.. haha kelakar betull.. tapi prestasi mereka juga semakin baik dari masa ke semasa.


Jadi jelas warna dan sukan mempunyai peranan tersendiri dalam membentu peribadi dan menghasilkan  keputusan perlawanan yang lebih baik..Korang ada pengalaman ke brmain dengan jersi kegemaran dan warna kegemaran korang? kalau ada, jom komen di bawah tau !! nanti aku baca.. dalam enrti seblum ni pun ramai yang komen pendapat masing-masing.


Aku suka tau sebab aku tak rasa macam cakap sorang-sorang, jadi kalau korang ada pengalaman macam aku cakap tu, terus komen tau.. nanti aku baca untuk korang.. jangan risau aku balas komen korang nanti ya. Terima kasih kerana sudi menyokong aku dalam penulisan sukan aku ya.


Catat Ulasan for "Warna dan Sukan ada kaitan ker? jom aku kupas untuk korang ! "