Bersukanlah Dengan Keluarga !! Jangan Bagi Alasan !!
Hai guys !! hari ni aku tak terfikir nak tulis tapi entah macam mana aku terlintas jer nak tulis.. dah alang-alang dah buka laptop kan.. jadi aku pun updatelah blog ni.. hehe sebenarnya tadi aku ada baca berita mengenai senarai atlet paling kaya di dunia.. fuhh bukan main besar dan banyak kekayaan diorang tau.. memang tak sangka langsung!
Jadi aku terfikir nak sembang dengan korang mengenai bagaimana sukan membantu kehidupan sebuah keluarga yang dulunya misikin dan tidak berkemampuan kepada berkemampuan.. fuhh aku teringat kisah Ronaldo 7 yang sekarang ini bermain di AlNassr dalam liga Saudi kan.. haaa dia pun bermula dari susah dan akhirnya menjadi atlet terkaya dunia tau.
Selalunya bila sebut keluarga kita akan banyak bercakap mengena ibu, ayah dan adik beradik yang lain. tapi perseolannya sekarang, bagaimana sukan dapat membantu kehidupan kita bersama dengan keluarga kita.. Macam pelik jer, tapi serius admin nak bagi tahu korang ada perkara penting yang korang pasti sudah terlepas pandang.
Sukan memangg banyak membantu kita dalam meningkatkan hubungan kekeluargaan di samping memberi keseimbangan kesihatan yang sangat penting bagi sebuah keluarga yang harmoni.sebab itulah ia sangat penting bagi kita. Korang mungkin dah tahu yang, Sukan bukanlah sekadar untuk riadah dan juga menyertai pertandingan tetapi ia mampu bagi impak yang baik kepada sebuah keluarga.
Fuhh lain macam jer kali ni.. nak cerita pasal family ni kaan emo sikit.. sebab kita tahu ramai yang nak mengubahkan kehidupan keluarga kita tapi ramai juga yang tak sangka boleh mengubahnya dengan sukan.. fuhh bila sebut jer nama-nama atlet terkenal dunia dan sudah pasti akan ada kisah inspirasi yang mereka lalui untuk membahagiakan keluarga mereka.
Oklah, bila kita cakap pasal sukan dan keluarga.. aku teringat kisah ronaldo yang tidak sempat nak hbahagiakan ayah dia sebab ayah dia meninggal dunia awal kaan.. jadi ia satu benda sedih yang masih diingati oleh ronaldo sendiri.. Sebab tulah aku cakap sukan dan keluarga ni ada kaitan walaupun nampak macam tak da jer kan.. tapi sebenarnya ada tau.
Dua-dua perkara ni saling melengkapi antara satu sama lain..sukan banyak membantu kita mengeratkan hubungan antara keluarga. yang pasti kita boleh tingkatkan kesihatan kita dan pada masa yang sama kita dapat meningkatkan kesihatan keluarga kita juga.. dengan cara bersukan bersama-sama dengan mereka.. kau pergi joging tuu bawak lah keluarga korangpergi taman sekali.
Dengan caranii.. kau sihat, keluarga korang juga akan sihat..sebab apa tau? ada kajian yang mengatakan yang aktiviti sukan dapat meningkatkan taraf kesihatan kita..ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit berbahaya tau.. fuuhh lagi bertambah pentinglah sukan ni untuk kita sekeluarga.. jadi jangan bersukan sorang jerr.. ajak satu family terus tau.. kita sihat sama-sama!!
Pada masa yang sama, sukan dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang berlebihan.. sebenarnya dua benda ni adalah masalah biasa dalam kehidupan manusia.. kita bimbang itu dan ini dan menyebabkan kita stress dan melakukan satu perkara yang bodoh.. jadi nak elakkan perkara itu, maka lebih baikkita bersukan.. kita juga tak nak ahli keluarga kita rasa benda yang sama kann..
Jadi kita bersukanlah bersama-sama dengan diorang.. sediakan jadual yang terbaik untuk mereka turut sama bersukan agar mereka tidak stress dan tidak terlalu risau mengenai perkara yang tidak berfaedah.. Dengan cara ni , suasana kekeluargaan akan menjadi lebih ceria dan harmonis.. tak lah tengok muka sama-sama ahli keluarga asyik stress jer kaan.
Selain itu, kita kena juga fokus kepada anak-anak kita.. mereka juga perlu membina asas yang baik sejak dari kecil lagi.. gaya hidup sihat dengan bersenamperlu diajar dari kecil supaya mereka tidak kekok bila perlu bersenam bila sudah memasuki alam remaja dan sekolah tau.. yang lebih penting mereka juga dapat jauhkan diri mereka dari benda-benda yang tak sihat.. fuh fuh fuh !! jauh kau !!
Korang hensem tak hari ni?? hahaha saja tanya sebab kalau korang bersukan dengan keluarga korang ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan memberi sokongan padu kepada mereka. Mungkin sbeelum ni masing-masing sibuk dengan kerja, tapi bila kena bersukan sekali baru lah tanya kau ok ker, ada masalah kerr.. kaan ni orang cakap small talk yang dapat memberi impak yang baik kepada kita tau.
Yang lebih menarik dan lebih mudah nak faham adalah korang boleh menghabiskan masa korang dengan keluarga dengan melakukan aktiviti-aktiviti sukaan tau.. contohnyaa.. korang pergi hiking bersama-sama waktu pagi kaan.. sambil-sambil layan view tu, lepas turun jer terus pergi breakfast bersama-sama.. haa kan happy seisi keluarga kan.
Korang main badminton ker, jogging ker apa kerr.. semuanya boleh mengeratkan hubungan antra kekeluargaan tapi janganlah guna benda tu sebagai point untuk gaduuhh.. ni tidak, kau stress dekat office lepas tu paksa diri pergi joging dekat taman tapi lepas tu kau marah-marah anak korang pulaakk.. apaa ni..
Aku sendiri pernah alami dan lihat perkara ni berlaku depan mata aku.. benda boleh eratkan hubungan dan jadih benda merenggangkan hubungan.. baik kau balik tidur jer dekat rumah.. tak ada sapa pun yang kacau kan.. fikirlah ya.. kalau letih sangat, fokus bersukan pada hari cuti jerr.. dari situ barulah badan kau pun tak letih dan boleh beri fokus 100 persen kepada mereka..
Cara ni barulaah betul tau.

Catat Ulasan for "Bersukanlah Dengan Keluarga !! Jangan Bagi Alasan !! "
Jom komen ! :)