Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pergi Taman Nak Joging ker nak Cari Kawan?? zaman sekarang ni pelik !!

Hai korang !! hari ni aku nak sembang pasal sukan dan kawan-kawan.. haha aku tahu korang tak sabar nak dengar dan baca apa yang aku berleter kan.. haha macam mana hari korang? lancar macam selalu ker?? atau dah ada maslaah hari ni.. hahaha aku nak teruskan ni.. ok tak? korang sedar tak yang kita mampu menambah kawan-kawan bila kita rajin bersukan..


Ehh macam mana tuu.. kau ni memandai-mandai jerr tauu.. betullah,aku cakap ni tak kan lah aku nak tipu pula kaan.. sebenarnya sukan adalah tempat paling senang buat karan errhhh silap kawan.. dari situlah kita lebih terbuka dan lebih menenali banyak perkara yang lebih best dan menarik dalam kehidupan kita ni sebab hidup kitakan berbeza-beza kann jadi dari situlah kita mengnali.


Dari situ jugalah kita mula belajar mengenai perangai manusia yang lain.. Aku tahu korang tak nampak lagi apa yang aku ceritakan ni.. jom lah aku ulang balikk.. kita ni suka bersukan di tempat awam seperti padang bola, taman rekreasi dan ada juga pilih untuk bersenam di gym indoor yang lebih kondusif dan lebih tertutup..


Riadah di Taman: Peluang Menambah Kawan dan Kesihatan


Haa dari situlah kita berkenalan dengan rakan-rakan baru kita yang sudaahh banyak kali kita berjumpa sebab tiap hari sangat kita jumpa diorang buat aktiviti yang sama kaan.. jadi daripada hanya senyum kepada berjabat tangan dan selepas itu mula bertanya khabar.. lepas tu mulalah tanya nama kan.. kemudian minta number phone pulaak..


cewahh macam nak mengorat, tapi realiti memang macam ni.. kadang-kadang tu kan.. selepas dapat number phone kaaan.. dia lagi senang nak ajak bersenam sekali.. tak lah sorang-sorang jer kan.. dari situlah kita mula bertambah kawan-kawan kita dan yang lebih menarik adalah kita pula ada circle baru iaitu rakan-rakan sukan kitaa.. haa gittuewee..


Nampak dah ke tidak tu?


Dah alang-alang aku sebutkan pasal bersukan di taman yang sangat viraal dalam kalangan rakyat Malaysia kan.. tapi korang pernah terfikir ke sebab apa jadi macam ni? sebab orang kita ni suka sangat dengan taman.. ehh macam rama-rama pula kan.. tapi pernah lahh  kot kot terlintas satu saat dalam otak korang pasal benda ni??


Takpelaah korang tak fikir tapi aku fikir.. haha. Korang tahu tak yang rakyat malaysia suka bersukan di taman sebab tempat tu senang nak akses dan terbuka.. jadi tak terlalu sunyi yang membuatkan kita rasa takut kan.. biasanya tempat dan taman-taman ni free jer jadi kau boleh datang-bila-bila jer dan boleh stay sambai berapa jam pun tak ada masalah..


Ditambah pula dengan tempat yang luas jadi korang boleh buat apa jer dekat sana.. sebab tu kalau bawa budak-budak tu.. jauh weeehh dia lari sampai kita pun tak terkejar.. tapi ingat tau, bawa kanak-kanak tu kena hati-hati  ya.. kawal betul-betul ya sebab takut ada orang jahat yang berlagak baik untuk culik anak-anak korang ya..


Pemilihan taman juga disebabkan suasana yang sejuk dan penuh dengan kehijauan.. ia beri bekalan oksigen segera untuk kita yang membuatkan kita hilang stress dan dapat fokus dalam kerja dan kehidupan seharian kita selepas itu.. Haa jaranglah aku tengok orang joging dekat tengah-tengah bandarkan.. selalunya dia akan cari tempat hijau ada pokok-pokok skit kan..

Sebabtulah taman begitu diminati rakyat Malaysia..


Disebabkan luas gila taman tu, jadi macam-macam aktiviti yang berlangsung.. ada yang bersilat ada yang bersenam aerobik dan ada juga yang sekadar menghirup udara segar yang menenangkann.. jadi dari sinilah kita mengenali antara satu sama lain.. ada yang tiba-tiba mencubai tai chi ada yang jadi geng lari dan lain-lain..


Korang ingat, join tu saja-saja kerr.. dari situ kita mengenali siapa yang kita berkenalan dan dari situ juglah kita mula berlajar untuk mencuba perkara-perkara baru dalam hidup kita.. contohnya, senam aerobik di taman yang sering disertai oleh pelbagai lapisan umur yang menghasilkan interaksi semasa sesi senaman membuka ruang perbualan yang santai.


Begitu juga dengan aktiviti yoga berkumpulan yang mana aktiviti ini bukan sahaja menenangkan minda tetapi juga menggalakkan hubungan.. ehh macam mana pula tu? ia melalui perkongsian pengalaman dan tips gaya hidup sihat di antara ahli kumpulan.. fuhh manisnya bersukan kan.. cewaahh.. macam nak bercinta !!


Jangan curang pula yer.. kau dah kawin tu bawa lah isteri korang tak perlu lah layan awek-awek single yang bersenam dekat taman tuu.. haaa aiihh geraam aku !! dah jadi laki orang pun menggatall jer kerjanya.. sama jugalah orang perempuan, dah jadi isteri orang atau masih single jangan mengorat laki orang pula ya..

Bukan boleh nii.. ada jer peluang terus nak sambar tak kira lelaki orang ke tak. cari lelaki single tak pa.. kaan.. 


Korang ingat tak aku cerita pasal keluarga dan sukan baru-baru ni kaan.. bagi korang yang berkeluarga yang membawa anak kecil ke taman, korang kena sedar yang kawasan permainan kanak-kanak ini sebenarnya menjadi tempat interaksi yang semula jadi bagi diorang tau.. Anak-anak yang bermain bersama membuka peluang kepada ibu bapa untuk berbual dan berkenalan.


Itulah !! bukan takat anak-anak dapat kawan baru tpai mak ayah juga dapat kawan baru kan.. haha ia lebih praktikal kalau ia taman kawasan perumahan atau rumah condo korang tuu.. selalunya kita dari tamanlah kita jumpa ramai orang yang juga jiran kita.. dari situlah kita mula berkawan dan mengeratkan hubungan sesama jiran.


Sejak itulah ia menambah baik cara kita berkomunikasi dan juga menyesuaikan diri kita dalam masyarakat setempat..


Sebagai bonus untuk korang yang sudah setia baca sampai sekarang, korang nak tahu tak macam mana korang boleh mulakan perkenalan dengan rakan-rakan baru nanti? apa kata kau cubalah tips aku ni ya.. beehh ni bukan nak cari jodoh ya!! nii nak cari kawan baru.. kalau korang jenis ekstrovert tuu.. memang sesuai untuk korang.. tapi klau interovert macam admin ni,kita rileks-rileks jerr ya.


Pertama sekali korang kena berjoin dulu kumpulan-kumpulan aktivit tu.. alahah pilih jerr nak join yoga ke apa kan.. lepas tu mula lah tanya tips nak senang belajar dan mudahkan korang untuk next step.. lepas tu pergi minta no ketua atau join group whatsapp diorang.. haa nanti ada next kelas korang tak tertinggalkan.. jadii dari situlah kita menambah kawan.. 


Dari tak ada kawan bersukan terus ada 10 ke 15 orang kawan baru kaan.. senang jer tapi lepas tu kau kena konsisten lah join diorang.. bukan sekadar nak dapat kawan jerr.. tapi nak perbaiki kesihatan dan terus berusaha menjadi lebih baik menjaga kesihatan pada masa hadapan.. 


Jadi korang jangan ambil ringan dengan bersukan.. korang yang single tu boleh cuba untuk berkawan dlu ya.. dari situ kita bina satu pengenalan yang lebih besar..korang yang ada pengalaman macam aku ni, boleh lah komen di bawah ya.. sebab aku tak banyak sangat pengalaman join kumpulan-kumpulan sukan sebab aku lebih suka untuk bersenam seorang seorang jer..


Jadi kalau korang ada pengalaman menarik dan best boleh komen dekat bawah ya.. nanti aku baca dengan teliti.. boleh aku buat entri part 2 pula nantikan.. terima kasih sebab sudi baca sembang santai aku hari ni.. kita jumpa lain kali pula yer..


Catat Ulasan for "Pergi Taman Nak Joging ker nak Cari Kawan?? zaman sekarang ni pelik !! "