Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Badan Makin berat, ini kelebihan bersukan yang ramai tak tahu.. fuhh aku dah cuba tau !

Hai guys! selamat datang ke blog fokusbola.. eh skema pula aku hari ni. haha biasalah kan kita bersembang macam ni kan.. mungkin pembaca blog aku sendiri tak tahu dan tak kenal aku kan.. tapi takpa tau sebab aku akan terus update mengenai bola dan sukan.. kali ni kita mulaka dengan ringan-ringan jer tau..mesti korang nak tahu kelebihan bersukan kepada fizikal dan mental kita kan.

Oh ya, ramai ermm bukan ramai lah ada segelintir yang menganggap sukan ini membahaya sebab ada kes yang kena stroke ada yang kena serangan jantung bagai ketika bersukan membuatkan sesetengah berkata yang sukan ini membahayakan.. ok tapi betul ke? sudah pastilah salah kan.. sukan ni banyak bagi kebaikan kepada kita dan ramai terlepas kebaikannya.

Yerlah semua asyik dengan makanan segera bagai tak campur lagi dengan makanan viral kan.. sebab tulah diorang ni tak nak tahu pun dengan kebaikan bersukan ni.. nanti nikmat makan itu akan berkurangan lah kan..

Lepas tu, cakap kenapa aku gemuk.. haha dah kau makan banyak dan tak bersenama kan.. macam manalah nak kurus.. dia kena seimbang tau, dia tak boleh cakap dengan cermin ja.. sebab itu kau kena teruskan dengan bersukan barulah korang dapatkan hasil yang amat memuaskan hati korang.. 

Tulis artikel seo dengan keyword ' kepentingan kesihatan bagi kanak-kanak ' dalam 12000 perkataan


Sukan ni bagi korang adalah satu aktiviti fizikal yang beri banyak kebaikan kepada tubuh badan kita dan juga mental kita. satu berita gembira untuk kita adlaah sekarang ni ramai dah yang sedar dengan kebaikan bersukan, jadi ramai juga mengambil langkah dengan bersenam setiap hari dan ada tu yang bersenam di gim yang telah di bayar setiap bulan tau. demi memastikan badan mereka terus sihat dan cerdas.

Macam akulah, balik kerja jer terus aku siap-siap untuk berjoging di sekita kwasan perumahan aku. Aku selalu ambil masa dalam sejam sehingga sejam setengah jer sebab aku pun penat juga bila balik kerja baru nak bersenam.. ditambah pula dengan jem gila masa balik tadi tu, fuhh menguji betul mental aku sama ada nak joging atau baring jer dekat rumah.

Aku pilih bersenam sebab takut jadi lemak pula bila nak mula balik nanti hehe tapi kalau aku letih sangat tu , aku tak lah bersukan petang-petang dan aku buat senaman ringan jer dalam kawasan rumah jer. yang penting kasi keluar peluh.. sebenarnya lebih kepada disiplin harian jer, aku risau sangat akan jadi susah bila lama tak bersukan, jadi lebih baik konsisten buat.



Ramai sedar yang sukan ni ada banyak kebaikan dan aku yakin korang pun dah tahu. tapi aku nak kongsikan sisi lain yang korang pun tak perasan. kebaikan sukan terhadap fizikal badan kita ni sebenarnya banyakk kita tengok balik sukan bagi peluang kepada jantung kita untuk berfungsi dengan lebih baik..

Aku cerita dekat korang ni tau bila kita bersukan, kita akan banyak keluar peluh.. itu diluar tetapi bila didalam badan ia bantu membakar lemak-lemak dengan mudah dan cepat.. bila lemak-lemak dah terbakar bagai tu, maka saluran darah akan lebih terbukan dan lebih clear.. jadi darah akan berjalan dengan baik dan lancar..

Pada masa yang sama, sukan membuat sistem imunisasi kita semakin baik. bila dah baik, kita susah dapat penyakit tau.. kalau durlu kita rajin demam, lepas ni akan susah deman dan sakit. itulah kelebihan yang ramai tak tahu.. kita takut letih tetapi hakikatnya ia beri kelebihan luar biasa kepada kita tau.. rugi kalau kita tak bersukan.

Disamping kelebihan lain yang mana menunjukkan sukan dapat mengawal berat badan kita dengan baik seterusnya memudahkan kita melakukan aktiviti dengan lancar tanpa sebarang masalah.. korang kena lah cuba dulu, bukan setakat dengar orang cakap susah jerr, terus tak mau cuba.. ermm aku tak suka betul korang yang ada perangai macam ni tau.. hehe

Selain daripada terhadap fizikal, sukan juga ada banyak kelebihan dari segi mental. kelebihan ni adallah dari segi mengurangkan tekanan dan kebimbangan. korang tahu tak, bila kita  bersukan, badan kita ni akan menghasilkan hormon endorfin yang juga dikenali sebagai hormon kebahagiaan. Hormon ini membantu mengurangkan perasaan tekanan dan kebimbangan kita tau. 

Yang lebih penting dia menjadikan minda lebih tenang dan fikiran lebih positif. seterusnya ramai yang ada maslaah tidur tu kaan, korang boleh cuba bersenam secara konsisten, nanti korang akan boleh tidur macam biasa balik tau.. hehe. sebenarnya, aktiviti fizikal membantu melepaskan tenaga berlebihan yang terkumpul dalam badan kita ni.

Sebab itulah sukan menjadikan tubuh lebih bersedia bila kita nak tidur dan berehat. maka kita pun akan rasa lebih senang nak tidur dan tidur kita lebih berkualiti.. kau bayangkan bila korang bangun pagi dengan penuh semangat dan badan segar untuk buat kerja keesokannya kan.. fuhh aku dah rasa dah pengalaman ni.. korang yang tak percaya tu memang rugi weh !!

Aku suka nak bagi tahu korang, satu perkara yang ramai tak sedar, kelebihan bersukan adalah untuk kita meningkatkan keyakinan diri kita. ramai yang ada masalah kesihatan seperti badan gemuk dan tak dapat nak menghadapi  orang ramai. percayalah cakap aku, korang kena mula bersukan, bila badan dah slim balik kita akan kembali berkeyakinan untuk jumpa ramai orang.

Dari situlah kita akan mengubah nasib diri kita dan keluarga kita. pendek kata, panjang tak kata apa-apa.. hahaha menjaga kesihatan dalam kesibukan harian kita adalah satu keperluan dan jangan abaikan tau.. korang kerja penat-penat, carilah masa sesuai untuk bersukan agar badan kita terus segar dan berkualiti untuk meneruskan kerja kita semua. 

Kalau kau malas, badan korang akan jadi lemau tau, aku bagi amaran siap-siap tau.. kalau korang nak jadi yang disayangi bos korang, baik bersenam. kalau tidak korang akan jadi alasan diorang untuk kena maki sebab badan besar dan nampak malas.. ramai dah terkena dan lebih menyedihkan diorang pun kena buang dari pejabat tau.


Fuhh aku risau benda yang sama terjadi dekat korang pula lepas.. kita azam ramai-ramai untuk terus bersenam dan mempraktikkan gaya hidup sihat demi masa depan kita ya. ingat ya, kita bersukan ni bukan untuk jadi atlet tau, jangan terlalu memaksa diri nanti kita juga merana, jadi bersenama sebagai hobi yang kita boleh buat sepanjang tahun setiap hari.

Dah baca sampai habis ni, korang mesti dah powerkan mengenai kebaikan sukan terhadap mental dan fizikal kita ni? aku buat kuiz agak-agak boleh jawab tak?? hahaha, aku gurau jerr.. korang komenlah pengalaman manis korang bersukan dekat bawah ni, nanti aku komen dan baca ya. cepat tau !! terima kasih kerana sudi baca luahan aku ni ya.. hehe kita jumpa dalam artikel seterusnya pula. 

Catat Ulasan for "Badan Makin berat, ini kelebihan bersukan yang ramai tak tahu.. fuhh aku dah cuba tau ! "