Hai korang!! hari ni aku tak da idea nak tulis sangat pun, di sebabkan aku baru habis main badminton,jadi aku nak kongsikanlah dengan korang mengenai kebaikan bermain badminton. yerrr ! aku tahu korang pun main badminton dari sebelum lahir sampai sekarang.. korang pun tahu kebaikan dia kan, tapi suka hati akulah nak cerita juga.. haha
Selain joging setiap petang, antara perkara yang aku suka dalah bermain badminton. Tapi aku tak main selalu lah sebab ada masa tertentu ja sebab sibuk kerja lepas tu tak da geng nak main.. so mahu tak mahu seminggu sekali atau dua minggu sekali jer baru main. korang takpelah ada geng badminton sendiri kan.. aku takder..
tapi bila berkumpula ramai-ramai untuk main badminton ni, memang meriah tau. kadang-kadang tu jadi tempat lepak dan tempat bersembang dan bertanya khabar.. dekat situlah juga ada kawan-kawan kita yang meluahkan perasaan ada yang dimarahi bos sepanjang minggu tu padahal bukan salah dia dan lain-lain lagi..
sebenarnya itulah tunjuan kita berkumpul ramai-ramai.. kalau main tiaptiap hari kita tak akan ad amasalah yang nak diceritakan jadi kita akan jadi lebih menghargai dan tertunggu-tunggu bilalah waktu akan main badminton kaan.. baru seronok bila ternanti-nanti.. jadi memang susah nak cancel game kalau macam ni.. haha
korang yang selalu main badminton atau korang yang nak buat karangan tu boleh guna point ni untuk bantu korang mengenali dan mengetahui kebaikan sukan badminton ya. aku sembang santai-santai jer, korang rajin-rajin lah komen point penting dekar ruangan komen ya nanti. hehe korang kan terlebih rajin dari aku.. haha.
Kita mulakan dengan kebaikan badminton kepada fizikal kita dulu ya.. korang main badminton jangan cakap korang nak tambah lemak.. itu memang bukan matlamat kita kan.. main badminton nak mudahkan darah berjalan lancar dalam badan. kurang stress sebab darah dekat otak bergerak dangan senang dan mudah. itu yang penting.
Sebab itulah bila main badminton, kita mampu meningkatkan keupayan jantung kita. kita tahu yang bila main badminton ni kita kena gerak sana sini dengan capat.. lompat jatuh dan beguling bagaikan..haa itulah sebabnya ia boleh menguatkan jantung kita ketahap yang lebih baik. Kadar degupan jantung kita akan bertambah bila kita bersenam dan main badminton.
Inilah cara untuk membantu jantung kita bergerak dengan lebih baik dan mengurangkan masalah serangan jantung dan lain-lain ya. . haa korang tahu tak yang pemain badminton yang kerap bermain juga dapat memperbaiki daya tahan jantung diorang setiap hari tau. memang diorang akan tingkatkan keupayaan tu setiap hari sebab mereka da jadual mereka sendiri dan ia membantu mereka tahan lama ketika bermain di gelanggang.
Yang paling penting badminton ni dapat kurang kolestrol badan. kau makan lambshank yang berlemak tu, teh ais mamak pulak.. fuhh mainlah badminton ! dapat kurangkan kolestrol tu, lepas tu boleh makan banyak lagi.. hahaha..
Selain itu, main badminton ni dapat membuatkan badan kita langsing tau.. macam model tu. haha tapi ni mungkin matlamat sesetengah orang jer tapi majoriti akan cakap nak badan kurus dan sihat. bila main badminton, kita bergerak banyak dan guna banyak muscle tau. jadi semua anggota kita bergerak dengan pantas dan laju.
Kalau kita tak jaga betul-betul ia akan menjadi mudarat pula pada kita. bila otit kita terus bergerak maka lemak-lemak yang ada pada otot tu akan berkurangan dan lepas tu, kita akanlihat badan kita akan lebih kurus dan baik tau. nak buat kerja lepas tu akan jadi lebih segar dan laju jer.. takda dah nak mengeluh bagai kan.
Aku masih ingat lagi dulu masa aku mula-mula main tu kan.. ni pengalaman aku lah ya, aku susah nak angkat tangan dan nak buat smash, urat belakang aku terasa sakit betul, tapi bila dah selalu main, terus aku lupa yang aku pernah sakit tu.. haha aku pun dah boleh smash macam biasa dah. aku juga dapat lompat tinggi tanpa sebarang masalah.
Baru aku perasan yang masalah tu muncul sebab aku tak bersenam.. haiishh kalau lah aku tahu benda ni dari awal, aku tak stop bersukan dan main badminton dulu.. kalau tidak mesti dah bandan aku jadi sasa macam atlet lain.. haha berangan sungguh.. padahal nak turun main badminton pun sekali sekala pun susah kan..
Badminton ajar aku macam mana nak dapatkan badan yang fleksible. korang pernah tengok pemain badminton keras macam kayu? tak pernah kan!! diorang lompat tinggi siap bengkok badan lagi sebab nak ambil bola takut out nanti dapat mata dekat lawan kan.. jadi memang badminton ini memmbantu kita lebih felksible dan mampu mengelakkan kecederaan lain.
Haa panjang gila aku berleter hari niikan padahal tadi tak da idea nak update apa kan.. hahaha itulah pengalaman kita bila jadi penulis ni, otak cakap takda idea dan malas, tapi bila dah on laptop tu.. fuhh macam air keluar.
itu selingan jerlah, yang penting korang kena tahulah kebaikan badminton ni.. bukan sekadar main dan sokong atlet kita jer tetapi kena tahu kepentingan dia dan kekuatan dia supaya kita bersukan dalam keadaan sedar kelebihan dia. baru rasa feel dia tu lain macam tau. haha.. aku pun tak tahu nak cakap macam mana.. korang kena alami sendiri lah kan.
Aku ada satu rahsia yang aku simpan sampai sekarang ni. kalau korang baca sampai tahap ni maknanya korang setia baca penulisan aku kan.. aku nak kongsikan satu perkara, badminton membantu meningkatkan keseimbangan badan kita dalam membuat aktiviti harian kita. aku sendiri rasa benda ni dan jelas membantu kita menguatkan otot badan kita dan membuat kita seimbang.
Banyak lagilah yang kita boleh dapat dengan kebaikan sukan badminton ni, semoga perkongsian ini membantu kita untuk terus berusaha yang terbaik untuk menjaga kesihatan kita ya. bukan apa, aku risau keadaan kesihatan kita sekarang ni semakin bahaya. banyak gaya hidup kita ni tak berapa sihat, jadi hati-hati dan jangan lupa bersenam ya. hehe
Korang yang selalu main badminton tu, cuba komen apa yang korang dah alami selepas bermain badminton. komen lah aku pun bosan kalau takda komen ni.. hehe mungkin korang dapat kawan baru ker apa ker kan. ada yang dapat isteri tau bila main badminton ramai-ramai dekat court. haha momen indah diorang lah laki bini tu.. hahaha jadi komen tau, nanti aku baca ya.
.jpg)
Catat Ulasan
Jom komen ! :)