Baru jer cakap pasal badminton, aku rasa semangat aku makin membaru nak tulis pasa bola sepak pula.. aduhh, korang mesti menyampah kann..tapi aku nak tulis juga dan korang kena baca tau !! hehe, aku tertarik nak cerita mengenai kebaikan main bola sepak.. sukanni selalu aku main zaman sekolah dulu dan zaman matrik..
Nak kata aku power tu tak lah, zaman tu terkenal dengan Rosicky yang main dengan Arsenal kan.. member-member aku cakap style aku main macam mamat tulah.. hahaha.. aku rasa aku main macam messi.. ehhh haha mana ada, aku suka buat curling ball macam ashley young jaringkan gol masa manchester united belasah arsenal 8-2 tu..
Haaa entahlah diorang ni cakap aku macam rosicky tu.. haha tapi takpelah bukan itu yang aku nak cerita dekat korang sebab korang lagi power dari aku.. setakat ronaldo tu memang setaraf dengan korang kan.. fuhh aku puji ni,korang tak nak puji aku balik ke? haha semua orang minat bola dan ramai yang jadikan bola sebagai sukan diri no 1 tau.
Tapi berapa ramailah yang tahu kebaikan main bola ni. Bukan nak marah tapi serius ramai tak tahu. setakat tengok game sambil minum teh ais dekat mamaka tu bukan lah baik untuk kesiahatan tetapi kalau kita sendiri main dan keluar peluh barulah baik untuk kesihatan kita tau. Sekarang ni ramai dah kelab-kelab kecil yang ada game sendiri dan pasukan sendiri.
Begitu juga dengan pasukan-pasukan sosial di tempat kerja atau di taman perumahan. masing-masing akan berkumpul ramai-ramai dan main bola bersama-sama sebagai salah satu aktiviti untuk sihatkan badan. aku nak tanya ni, korang ada ker turun main dengan jiran-jiran atau kawan-kawan korang tu? alaa ke tak bercampur langsung.. aku bukan apa risau korang tak da kawan ja.. hahaha
Sempat lagi aku kecam korang kan.. haha tapi takpa, sebenarnya kita mula dengan tengok jer dari jauh tetapi lama kelamaan kita akan turun sikit demi sikit dan berkenalan. barulah kita dapat main bersama-sama dengan diorang kan.. jangalah tiba-tiba terus cakap nak main sekali,diorang pun pening kepala nak cakap boleh ketidak kan.. hehe
Baiklah jomkita sembang sikit mengenai kebaikan main bola sepak ni. macam kita selalu cakap main bola ni banyak buatkan badan kita berpeluh dan bila benda ni berlaku ia akan membantu jantung kita untuk membuang sisa toksik yang banyak dalam badan kita. jadi badan kita akan lebih sihat dan yang paling penting badan kita akn menjadi lebih segar taauu..
Haa.. sebab tu kalau korang perasan lepas korang main bola jer, mesti rasa segar semacam badan kita kan. walaupun letih tetapi masih buat kerja lain sebab badan kita dah reset jadi kosong dan terus segar bugar kata orang tu.. jadi rajin-rajinlah main bola ya dan yang paling penting jangan cederakan diri sendiri.. itu risiko besar bila main bola.
Korang kena sedar yang ada kes main bola kena serangan jantung. ada masa patah kaki dan ada juga patah tangan..semua ini risiko besar jadi kalau korang hanya main peringkat kampung tuu.. main jer lah santai-santai ya. pengalaman aku lihat kawan aku patah kaki main bola dulu masih aku ingat.. ni memang pengalaman gila sampai aku sendiri takut main bola.
Tapi nasib baik dia dapat recovery balik dengan baik dan dapat teruskan hidup dengan sempurna.. jadi korang yang nak main bola untuk kesihatan tu, kena hati-hati dengan keadaan sekeliling ya.
Aku suka main bola sebab aku dapat tambah fokus aku bila main bola ni. Dari segi fokus mata juga dan kaki perlu serentak membuatkan minda aku lebih terlatih dan berasa saling memerlukan tau. Pada masa yang sama gerakan lincah juga dapat dihasilkan ketika main bola tau. kita bergerak laju-laju nak kejar bola untuk buat passing bagai tu semua di ambil kira tau.
Ia memberi manfaat kepada kita yang main bola ni untuk kegunaan seharian kita juga. Bila badan bergerak dengan elok dan baik..kita juga untung maa.. haa bukan senang nak buat benda ni kalau kita tak fokus betul-betul mungkin kita akan dapat penat jer lah.. haha macam selalu korang main tu..berlari bagai laju kemain..tetapi tak dapat info kesihatan yang baik untuk korang..
sebab tulah aku tulis panjang-panjang ni untuk korang.. kalau tidak memang korang tak tahu pun pasal kebaikan main bola ni kan.. jadi bacalah sampai habis ya.. haha
kesian dekat korang kena layan tulisan aku ni.. selain meningkatkan kelincahan kita ni atas padang bola sepak banyak membantu kita berkomunikasi dengan baik sepanjang perlawanan.. tapi itu pun ramai yang bergaduh bertumbuk bagai tau sebab tak puas hati dengan teammate sendiri.. sungguh menyedihakan betul.. kau nak main bola ke kau nak gaduh niii.. grrr.. gigit kang !!
Selain fizikal, kita kena tahu yang dengan bermain bola, masalah mental atau kesihatan mental kita lebih terjamin dan lebih sihat.. sebagai contoh bola sepak banyak mengurangkan stress dan tekanan tempat kerja dan membantu kita menjadi lebih segar tau tak.. memang tak rugi main woo.. jelas sangat ramai dah rasai benda ni sendiri..
Koraang jer yang tak cuba lagi kaan.. korang tak rasa lagi penat bila main bola ni.. lepas tu dah penat berpeluh bagai, balik letak kepala dan terus tidur wehh.. sampai esok baru bangun.. hehe.. itu lah rutinaku kalau main bola waktu malam.. entahlah zaman sekarang ni ramai betul yang ajak main bola waktu malam.. aku pun tak tau wehh..
mungkin sebab kekangan masa jadi semua tearah nak buat aktiviti malam kan sekarnag ni.. risiko itu ada tetapi semua buat tak tahu jer.. dah kena baru lah nak stop.. haha aku cakap dari sudut sosial jer.. main tengah malam boleh jadi penyebab untuk penyakit tambahan.. jadi hati-hati lah ya. korang selalu main bola pukul berapa? cuba komen dekat bawah ni..
Jadi itulah kebaikan bola sepak terhadap aktivit kita seharian.. ramai yang suka main tetapi tak suka nak ambil tahu kebaikan.. jadi aku tergerak hati nak ambil tahu dan kongsikan dengan korang. aku nak tanya dengan korang sama ada suka atau tidak dengan bola sepak.. ke korang rajin layan game jer tapi tak rajin turun main dekat padang..
korang jenis macam mana? kalau akuu, dua-dua.. aku suka tengok bola dan turun main bola juga.. jadi itulah kehidupan aku selain berjoging dan main badminton, aku juga selalu main bola bila perlu dan bila badan rasa aku boleh main lagi untuk hari tu.. yerlah kita pun ada penat dan lelah juga kan..jadi aku pun kena pilih waktu sesuai untuk main..
Kalau tidak, esok MC lah jawab nya.. ahahaha.. korang mesti pernah bagi alasan sakit urat bagai sebab tak dapat masuk kerjakan.. haha lebih kurang aku jugalah kita ni.. hehe komen tau, aku suka baca orang komen di blog aku.. baiklah , kita jumpa di entri seterusnya ya..

Catat Ulasan
Jom komen ! :)