Header Ads

Jurulatih New Zealand Yakin Kalahkan MALAYSIA

Jurulatih New Zealand Yakin Kalahkan MALAYSIA. Fuhh perang psikologi sudah bermula dengan tindakan jurulatih pasukan NZ iaitu  Darren Bazeley menyatakan yang dia sudah menggap pasukannya sebagaai pilihan untuk menang dalam perlawanan hari ini.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan New Zealand dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada petang ini jam 2 petang waktu Malaysia. Perlawanan ini bukan mudah untuk HM kerana perbezaan ranking yang ketara membuatkan kita berada di pihak yang akan kalah.


Jurulatih New Zealand Yakin Kalahkan MALAYSIA



Bazeley berkata : 


"Saya jangka kita akan buat rombakan dalam kesebelasan utama tetapi bukan sepenuhnya.



"Apa yang pasti, saya anggap kita sebagai pilihan pada perlawanan persahabatan itu nanti kerana ini adalah peluang untuk menjadi pasukan utama memandangkan kedudukan ranking yang lebih baik," katanya.


"Mengenai pasukan lawan, kita juga boleh lihat mereka membawa pasukan yang cukup besar ke sini.


"Saya turut mendengar komen jurulatih lawan (Pau Marti Vicente) dan saya harap pemain dapat manfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri nanti," katanya.

Untuk rekod pertemuan sebelum ini sejak tahun 1967, Malaysia hanya menang 2 kali, seri 2 kali dan kalah 8 kali menentang New Zealand. Kita harap perlawanan hari ini dapat memberi suntikan moral kepada skuad negara.


Good Luck HM!! 


Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.