Jordi Amat Dedah Pasukan JDT Sudah Bersedia Lawan Shanghai Shenhua

Jordi Amat Dedah Pasukan JDT Sudah Bersedia Lawan Shanghai Shenhua. Menjelang aksi di laman sendiri, JDT bakal menerima kunjungan pasukan daripada China iaitu Shanghai Shenhua dalam perlawanan Asia Champion League Elite 2024.

Kapten JDT, Jordi Amat meluahkan keadaan terkini pasukan itu dan mendedahkan bahawa JDT sudah bersedia menerima kunjungan pasukan China itu untuk perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim. 


Jordi Amat Dedah Pasukan JDT Sudah Bersedia Lawan Shanghai Shenhua



Jordi berkata : 


"Seperti apa yang jurulatih (Hector Bidoglio) beritahu, aksi pertama dalam saingan ACLE tampak positif selepas tidak tumpas, sebaliknya hanya seri dan kami harus tampil dengan corak permainan lebih konsisten bagi mencari kemenangan.


"Tidak dinafikan pasukan lawan adalah pasukan kuat dengan corak permainan pantas dan kami harus lebih berwaspada di benteng pertahanan bagi mengelak daripada melakukan kesilapan.


"Untuk aksi kedua ACLE ini, kami membuat persiapan rapi dan memperbaiki apa jua kelemahan, malah saya harus bersiap sedia sama ada akan diturunkan atau sebaliknya, semuanya saya serah kepada perancangan jurulatih," kata Amat.


Semoga berjaya buat JDT dalam perlawanan ini dan pasti satu Malaysia bakal mendoakan kejayaan JDT dalam perlawanan ini seterusnya mengharumkan nama negara di pentas asia.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama