Pau Marti Dedah Betapa sukarnya perlawanan semalam. Kelegaan jelas terpancar di kalangan peminat bola sepak negara apbila pasukan Harimau Malaya memenangi perlawanan pertama pestabola Merdeka yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Dalam perlawanan semalam, Pasukan Harimau Malaya menang 2-1 keatas Filipina. Hasil jaringan daripada Syameer Kutty menerusi sepakan luar kotak penalti yang hebat dan juga sepakan penalti yang sempurna oleh Safawi Rashid.
Manakala gol The Azkals pula dijaringkan oleh pemain JDT, Feroz Baharudin menerusi gol sendiri.
Malah, jurulatih interim pasukan negara, Pau Marti pula melihat kesukaran perlawanan ini sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Pau Marti berkata :
"Saya fikir ia aksi yang sukar namun kami sememangnya layak meraih keputusan ini (menang).
"10 minit terakhir kami dilihat goyah sedikit...berdepan lawan yang kuat, dengan kekuatan fizikal yang kuat, menunjukkan bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan.
"Saya fikir kami perlu lebih positif di mana kami sudah melangkah ke final, dan kami akan meraikannya malam ini," katanya .
Untuk rekod, pasukan Harimau Malaya akan beraksi dipentas final Pestabola Merdeka 2024 pada Ahad 8. September 2024. Jadi jangan lepaskan peluang untuk memberi sokongan kepada pasukan negara seterusnya kita dapat melihat kembali Malaysia menjulang trofi Pestabola Merdeka!
Ayuh Harimau Malaya!
Catat Ulasan
Jom komen ! :)