Header Ads

Persiapan Team Badminton Malaysia sudah Gear Lima!!

Persiapan Team Badminton Malaysia sudah Gear Lima!! sudah pasti ia satu perkara yang menggembirakan apabila melihat persiapan atlet negara berada di landasan yang betul.


Perkara itu disahkan sendiri oleh  Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang mengatakan pemain negara dilihat begitu semangat untuk bermain di Paris nanti.

Rexy berkata :

"Secara teknikalnya, kesemua pemain kita sudah melakukan persiapan yang cukup baik sejak menjalani kem latihan diadakan di sini (Lille).


Persiapan Team Badminton Malaysia sudah Gear Lima!!



"Sehinggalah hari terakhir hari ini (semalam), mereka menunjukkan komitmen yang tinggi dan semangat luar biasa ketika latihan. Itu satu petanda positif menjelang Olimpik Paris," kata Rexy.


Rexy juga menambah;


"Bagi Aaron dan Wooi Yik, persiapan mereka cukup signifikan. Dari segi teknik dan skil tiada masalah, cuma hanya beberapa perkara kecil perlu diperbetulkan terutamanya bagaimana cara mereka menangani tekanan.


"Untuk Tang Jie dan Ee Wei pula, persiapan mereka juga baik. Saya juga nampak Ee Wei sudah kembali berada dalam kondisi terbaiknya dan harap dia dapat mengawal apa jua situasi apabila turun ke gelanggang nanti.


"Sama juga persiapan Pearly dan Thinaah, mereka cukup bersemangat setiap kali turun menjalani latihan di sini (Lille). Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah untuk lindungi Pearly daripada mengalami kecederaan," jelas Rexy.


Dalam pada itu, Rexy berterima kasih kepada semua pihak termasuk Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin yang bersama-sama memberikan sokongan kepada skuad badminton.


"Dalam masa tiga hari ini mulai 19 Julai lalu, Hamidin memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada kesemua barisan pemain negara dalam kem latihan di Lille.


"Sudah tentu, setiap apa yang dikatakan oleh beliau mampu meningkatkan lagi semangat pemain. Kehadiran Datuk Hamidin menambahkan motivasi setiap pemain untuk berjuang pada Sukan Olimpik Paris.


"Terima kasih juga saya ucapkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) atas sokongan yang diberikan selama ini," katanya.

Tiada ulasan

Jom komen ! :)

Dikuasakan oleh Blogger.