Wisel Terakhir Jadi Penentu - Kim Pan Gon

"Sehingga wisel terakhir kami masih ada harapan, dalam bola sepak apapun boleh berlaku. itulah yang diluahkan oleh jurulatih harimau malaya iaitu kim pan gon mengenai peluang skuad negara ke kelayakan piala dunia pusingan ketiga.


Baru-baru ini, harimau malaya gagal memanfaatkan peluang terhidang dengan sekadar seri dengan kyrgyzstan dalam perlawanan kelima kumpulan D.


Kini kita mengharapkan ehsan Oman untuk mengalahkan kyrgyzstan dan pada masa yang sama kita perlu memburu 8 gol di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari selasa ini.


Wisel Terakhir Jadi Penentu - Kim Pan Gon



Kim pan gon berkata kepada media ; 


"Sehingga wisel terakhir kami masih ada harapan, dalam bola sepak apapun boleh berlaku.


"Saya sangat bangga dengan kesemua pemain Malaysia di mana mereka beri kesungguhan, keputusan (seri 1-1 dengan Kyrgyzstan) tidak memihak kami kerana kami mahukan kemenangan.


"Kami akan terus berjuang hingga wisel penamat. Terima kasih kepada penyokong Malaysia yang terus bersama pasukan, saya amat terharu," katanya yang berasal dari Korea Selatan.


Kita doakan agar anak buah kim pan gon dapat membanggakan negara dengan layak ke pusingan ketiga piala dunia 2026 nanti. Ayuh Harimau Malaya!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama