Selangor FC dan Sabah FC Harumkan Nama Malaysia

Selangor FC dan Sabah FC Harumkan Nama Malaysia. Kedua-dua pasukan ini yang bermain di perlawanan jemputuan RCTI Premium Sports berjaya mengalahkan pasukan tuan rumah.


Pasukan Selangor mengalahkan pasukan gergasi indonesia, Persija Jakarta. Manakala Pasukan Sabah mengalahkan pasukan PSIS Semarang.


Selangor FC dan Sabah FC Harumkan Nama Malaysia



Ketika semua kelab berehat seketika kerana tugasan antarabangsa, pasukan Selangor dan Sabah diberi peluang untuk mengekalkan kecergasan mereka dengan menyertai kejohanan ini.


Pasukan Selangor menang 1-0 keatas persija jakarta hasil tadukan cantik daripada  Alvin Fortes sudah cukup untuk memberi satu piala buat pasukan itu.


Pasukan Sabah pula menang 2-1 keatas PSIS Semarang dalam perlawanan yang didominasi oleh anak buah Ong Kim Swee tersebut. Gol dijaringkan oleh Jafri Chew pada minit ke 39.


 Irfan Fazail menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 80. Gol penyamaan pasukan PSIS Semarang dijaringkan oleh Habil pada minit ke 61.


Keputusan kemenangan ini menyaksikan nama negara terus gah dan tidak dimalukan oleh pasukan jiran. Tahniah Selangor dan Sabah!


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama