-->

Leong Jun Hao Cipta Kejutan Kalahkan Pemain No 3 Dunia

Leong Jun Hao Cipta Kejutan Kalahkan Pemain No 3 Dunia. Satu kejutan berlaku sebentar tadi apabila pemain muda meningkat naik Malaysia berjaya mengalahkan Jonatan Christie dari Indonesia.


Walaupun bertarung dalam 3 set tetapi semangat jun hao memang padu sehinggakan Jonatan christie lemas bermain di hadapan penyokong sendiri.


Di set pertama Jun Hao membuka permainan dengan kemenangan 21-13. Dalam perlawanan ini memang nampak tenang ja Jun Hao main dan kalahkan lawan.


Leong Jun Hao Cipta Kejutan Kalahkan Pemain No 3 Dunia











Bersambung set kedua, Jun Hao lebih berhati-hati dan Jonatan christie seakan-akan sudah boleh dapat baca pergerakan permain jun hao dan mengalahkan dia dengan keputusan16-21.


Namun, Tatkala Pemain indonesia itu sudah yakin boleh mengalahkan jun hao, dia tenang mengawal permainan dan melakukan pergerakkan yang menyukarkan pemain no 3 dunia itu.


Akhirnya, Jun Hao berjaya mengalahkan jonatan christie dengan keputusan 21-12 di set ketiga. Kejayaan ini pasti membanggakan rakyat Malaysia keseluruhannya.


Di terbuka Singapura baru-baru ini, jun hao juga membuat kejutan dengan mengalahkan pemain no 8 dunia Anthony Ginting dari indonesia.


Nampaknya dia sekali lagi mencipta kejutan di kejohanan indonesia open kali ini. Tahniah Jun Hao, teruskan usaha anda!

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama